Monday, September 7, 2009

Menjelang 16 Sept : Rakyat tak pernah lupa !

Pada tahun 2008, 31 Ogos pun boleh tenggelam. Ini semua 16 September punya pasal. Mana-mana tempat atau ceruk kampung, kedai kopi, pasar tani malah kat lobi hotel pun orang duk sibuk cerita pasal 16 September.

Orang cakap pada tarikh tersebut,kemungkinan berlaku satu kejutan dalam dunia politik negara. Kejutan macam mana? Bagi mereka yang angau, 16 Sept tu seolah-olah macam satu ’penawar yang menceriakan’.

Sekarang,sesiapun tak pernah lupa. Tanya la kawan, jiran,atau member sepejabat pasal 16 Sept 2008, pasti mereka akan cakap "kami tak pernah lupa!"

Kenapa 16 Sept 2008 menjadi tumpuan?

Kerana pada tarikh itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kurang daripada sebulan selepas pilihan raya umum, mendakwa beliau mempunyai sejumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi mahu melompat parti menyertai pakatan pembangkang yang dianggotai Pas, DAP dan PKR yang menamakan gabungan parti sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Untuk makluman, pembangkang hanya memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi bagi "menumbangkan" kerajaan BN dan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Anwar juga penuh yakin menyatakan bahawa pakatan pembangkang akan "mengambil alih" pusat pentadbiran Putrajaya pada 16 September semasa bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu, dengan slogannya "Dari Permatang Pauh ke Putrajaya".

Beliau menguatkan lagi ramalan berkenaan selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.
"Ya. Kami mempunyai angka yang mencukupi, terutama daripada UMNO (parti yang menjadi tunjang BN). Saya akan mengumumkannya (lompat parti) selepas saya kembali ke Parlimen," kata bekas Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara berkenaan waktu itu.

Rakyat tak pernah lupa kata-kata Anwar. ”We have the number”. Menjelang 16 Sep 2008, kata-kata tersebut masih diucap berulang kali. ”We have the number, we have the number”.

Anwar kembali ke Parlimen pada 28 Ogos 2008, dua hari selepas beliau memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi masih tetap enggan memberitahu apa yang dikatakan "pembelotan" dan hanya menyatakan, beliau masih di landasan yang betul bagi mencapai impiannya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

"Saya akan hanya menamakan mereka pada masa yang sesuai. Inilah yang telah dipersetujui... perjanjian dengan rakan-rakan saya (Ahli Parlimen BN berkaitan)," kata Anwar pada 6 September di Jakarta, teguh dengan cita-citanya membentuk Kerajaan Malaysia yang baru pada 16 September dan beliau yakin tidak menghadapi masalah untuk merealisasikan impiannya itu.

Sejurus selepas mengumumkan beliau mempunyai Ahli Parlimen BN, Anwar yang dipecat daripada kerajaan pada 1998 ekoran tuduhan liwat dan menyalahgunakan kuasa, mendakwa kebanyakan Ahli Parlimen yang akan berpaling tadah adalah dari Sabah dan Sarawak.

Namun, semakin tarikh 16 September menjelang tiba, beliau berkata, pucuk pimpinan kerajaan pasti terkejut kerana Ahli Parlimen yang "bertukar kapal" kebanyakannya adalah daripada UMNO atau parti komponen BN yang bertapak di Semenanjung.

Inilah fantasia bulan madu 16 September ciptaan Anwar. Tiada nama dan tiada senarai mengenai mana-mana Ahli Parlimen yang akan melompat parti. Walaupun hampir setahun berlalu, sampai sekarang senarai tersebut masih tersorok. Tiada siapa yang tahu. Bila berucap depan rakyat, macam nak runtuh pentas ceramah tapi tiada apa. Kosong belaka! Sekadar gembar-gembur bahawa Anwar akan membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri ke enam Malaysia.

Moralnya, tembelang serta kepura-puraan beliau ditelanjangkan. Ini kerana tiada lagi alasan dan hujah peristiwa 16 September tidak berlaku. Pada waktu tersebut, sudah semestinya pelbagai alasan akan keluar. Itu tak betul, itu salah bla bla bla...

Dulu, Anwar selalu cakap ”We have the number”. Ya betul, memang Anwar ada nombornya...

3 Adun Pakatan Rakyat di Perak isytihar keluar parti (klik sini)

1 Adun UMNO masuk PKR di Perak tapi bertindak keluar dan masuk kembali ke dalam UMNO (klik sini)

1 Adun PKR di Kedah keluar parti (klik sini)

Dan apabila 16 September 2008 melabuhkan tirainya, baru rakyat tahu dan sedar. Siapa sebenarnya yang berlagak seperti primadona!

2 comments:

Anonymous said...

angan2 yang sudah terbengkalai. anwar merasa malu dengan kata2nya yang tidak kesampaian. inilah padah seorang manusia yang terlalu banyak menipu dan mengsonglapkan minda rakyat. balasannya juga akan diterima dari masa ke semasa. aku tak sabar tunggu mamat ni mampos..

Anonymous said...

anuwar memang pembohong dulu kata ada 6 kotak rahsia kerajaan tentang penyelewengan dan penyalahan kuasa masa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir tapi sampai masuk sg buluh selama 6 tahun pun kotak tak ada memang penipu besar dan para penyokong nya memuja dia membuta tuli ibarat pipit tuli makan berhujan, nak di halau kain basah, tak di halau padi habis. sekian wasalam.