Saturday, September 12, 2009

Anwar : Tuntutan keadilan untuk semua rakyat Malaysia?


Manusia yang bernama Anwar ni memang pelik. Begitu mudah beliau mengeluarkan kenyataan atau kata-kata indah dari mulut. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mulalah konar sana, konar sini. Walhal dirinya sendiri tidak sanggup memikul beban. Paling teruk, boleh pulak melenting marah bila ada orang menegur.

Bukankah itu sikap hipokrit?

Manusia yang digelar hipokrit ini selalu saja mencari dan mencipta alasan palsu untuk tidak turut serta bersusah payah memperjuangkan keadilan untuk semua orang. Walhal insan yang mengadu masih mengharapkan keadilan di tanah airnya sendiri. Insan tersebut tidak lain dan tidak bukan Saudara Saiful Bukhari Azlan. Beliau menulis dalam blognya bahawa keadilan yang diharapkan masih belum kunjung tiba. Masih bertangguh (Klik
sini).

Penulis bersetuju benar dengan tulisan Awang Selamat berkenaan isu keadilan untuk Saiful. Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Seterusnya, penulis memetik satu artikel bertarikh 27hb Julai 2009 di dalam blog Anwar Ibrahim yang bertajuk :

Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia (klik sini)
Cantik sungguh tajuk tersebut. Dalam artikel itu, Anwar membangkitkan isu Teoh Beng Hock. Seterusnya beliau menyebut "Melihat amarah rakyat mulai marak, serta penyertaan beberapa pimpinan BN ke dalam PKR, mereka berusaha mengaburi rakyat dari isu sebenar; iaitu Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia"!!!

(sekadar gambar hiasan)

Wainaa...lawak sungguh la..lawak tak? Suka tak? Tutup mata..tutup mata...suprise!!!!!!!!

Anwar menyebut Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia? Come on lah..
Habis tu kes Saiful Bukhari macam mana? Anwar pandang Saiful sebagai rakyat negara mana?Beliau tu kan rakyat Malaysia. Maka beliau juga berhak mendapat keadilan yang sewajarnya atas tiket rakyat Malaysia (seperti tajuk artikel tersebut). Sila baca luahan hati Saiful dalam blognya (klik
sini , sini dan sini).

Penulis terfikir, apa makna jika Anwar tidak mengotakan kata-katanya seperti mana ditulis dalam artikel tersebut. Bukankah itu hipokrit dan double standard namanya! Macam biasalah..berlagak macam primadona. Cakap dia saja yang betul.

Nampaknya, senario ini semakin berkembang dan menular. Sekiranya ada segolongan minoriti yang ikhlas tampil untuk membantu Saiful, mereka pula akan diejek dan dicemuh. Penulis tidak menolak akan kemungkinan, seluruh jentera mereka bakal dikerahkan untuk memutarkan propaganda yang tidak beretika .

Pedas posting kali ini? Biarlah, kehidupan realiti pun tidak selalunya manis. Sekali-sekala kepedasan cili perlu dalam masakan kita supaya dapat menimbulkan kesedaran dengan segera pada si pemakannya.

“Berbuat adillah kerana keadilan itu lebih dekat pada ketakwaan”
(al-Ma’idah ayat 8)

5 comments:

Anonymous said...

anu-war memang takdak teloq sebab tu dia suka juboq...... saiful baru report dia lari kat kedutaan Turki memang takdak teloq kata ada orang nak pi bunuh dia, lepas dapat idea dia buat road show satu malaya kata kerajaan tak betul tapi tapi ugutan bunuh dia ilang macam tu saja. Hampa orang yang ikut parti kayu rentong(pkr) ni asyik dok kena tipu olih anu-war tapi hampa dok syok dengaq kata kata merdu anu-war kat telinga hampa semua lantak lah. Pada aku anu-war ni memang takdak teloq tak berani berdepan dengan saiful dalam mahkamah. Apa takut kalau tak salah buktikan lah. Kalau angkat sumpah jadi ahli parlimen guna WALLAHI WABILLAHI WALTALLAHI BERANI TAPI BILA GUNA SUMPAH SAMA DALAM MESJID(SUMPAH LAKNAT TAK BERANI) MEMANG TAKDAK TELOQ MANUSIA YANG BERNAMA ANU-WAR. HANG TAU LAH NANTI BILA HANG MATI ANU HANG TU JADI APA? SEKIAN WASALAM.

Nasionalis1982 said...

Anon 312,

Mmg anwar takde T***Q. Kes dia lari pegi kedutaan Turki tu mmg drama swasta semata-mata. Cerekarama TV3 pun boleh kalah. Dia bagi alasan 'terima ugutan bunuh'.

"And the Oscar goes to...."

Anonymous said...

itukah KEADILAN yang diperjuangkan oleh Anwar?? What the f c u u u s y y .. ? tangguh dan tangguh dan tangguh .. bosan la dengan perangai jijik & keji anwar ni ... kalau benar2 tak bersalah jangan tangguhkan lagi. bicarakan saja kes liwat tu.

yang paling membencikan sekali .. melayu2 pakatan masih lagi menyontot2 bontot anwar ni .. anwar tak berkenan .. dia kenan dengan bontot saiful jer.. cesss! terkutuknya manusia seperti ini. tidak ubah seperti bangsa yahudi .. 100% anwar menyerupai yahudi.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nasionalis1982 said...

Sori geng...wa terpaksa delete lu punya comment..muahahahaha