Friday, July 24, 2009

Sekarang bukan lagi zaman 'diam itu tanda setuju'

Pengenalan...

Diam tanda setuju. Ni pepatah orang-orang lama, contohnya, kalau dalam perkara2 yang membabitkan soal perkahwinan maka pepatah ni memang selalu digunakan. Tapi, masalahnya, tanggapan orang, kalau diam tu setuju lah tandanya.
Anda setuju atau tidak?

Bayangkan seseorang tu sebenarnya tak setuju pun, tapi terkelu lidah untuk katakan tak, lantas dianggap setuju. Pada saya, bersetuju itu bukan sekadar di bibir, namun yang lebih penting di hati. Kalau kita setuju di hati, pasti akan tergambar di bibir dengan senyuman. Kalau kita diam sekali pun, tapi, di hati tak setuju, mesti di bibir akan mencebik, atau sedikit murung.
Mengapa penulis bangkitkan isu ini?
Pertama sekali, isu 'diam tanda setuju' bermain difikiran penulis sejak keputusan Kabinet memansuhkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 8 Julai lalu. Kita boleh lihat bagaimana reaksi masyarakat berhubung hal ini sebelum dan selepas kerajaan membuat keputusan tersebut.
Sebelum kerajaan membuat keputusan....
Sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad, realitinya ramai yang menyokong langkah kerajaan itu tetapi sokongan mereka tidak nampak ketara. Sebaliknya yang menonjol dengan amat ketara ialah golongan yang menentang. Mereka turun secara beramai-ramai ke jalan untuk mengekspresikan dan meluahkan secara terbuka bahawa mereka menentang PPSMI dan mahu ia tidak diteruskan lagi.




Selepas kerajaan membuat keputusan....


Selepas kerajaan telah membuat keputusan secara muktamad iaitu memansuhkan PPSMI, barulah timbul rasa kurang senang termasuk cakap-cakap bahawa ia langkah ke belakang. Hingga ada lakaran kartun yang menyindir (kalau pun tidak menghina) terutama apabila ia membabitkan bahasa Melayu.




Ketika segala apa yang berkaitan Melayu di negara ini dikatakan perkauman atau rasis, maka sudah tentu mengembalikan pengajaran sains dan matematik ke bahasa kebangsaan akan menimbulkan rasa kurang senang.

Selain itu, turut timbul undian di internet berkenaan keputusan kerajaan ini...

Wajarkah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik diteruskan dalam bahasa Inggeris? -Utusan Online
Ya 46.0%(2917)
Tidak 50.3%(3189)
Tidak kisah 3.7%(233)
Jumlah Undi: 6339

Selain undian di Utusan Online, undian isu PPSMI ini turut dibuka di laman web Chedet.cc. http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/the-teaching-of-maths-and-scie.html

Pendapat penulis...
Mengapa sebilangan besar masyarakat yang menyokong PPSMI ini tidak memberikan respon secara terbuka kepada kerajaan sebelum keputusan muktamad di buat? Mengapa sokongan tersebut sekadar muncul selepas keputusan diambil? Mungkin masyarakat kita masih mengamalkan konsep 'diam itu tanda setuju' seperti yang penulis jelaskan di peringkat awal artikel ini.
Sebenarnya, penulis sengaja bangkitkan 'pengalaman' berkenaan isu PPSMI ini kerana penulis mahu memberi signal kepada anda semua mengenai satu isu yang lebih besar iaitu AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI @ ISA.
Adakah ISA akan mengalami pengalaman yang sama seperti PPSMI?

2 comments:

Anonymous said...

kumbang setuju PPSMI untuk diteruskan..

juga setuju langkah kerajaan Bahasa Melayu kita utamakan Bahasa Inggeris kita perkasakan.

Yes2ISA said...

Salam Perjuangan,

"Adakah ISA akan mengalami pengalaman yang sama seperti PPSMI?"

Saya tidak akan berdiam diri dan benarkan itu berlaku.