Thursday, July 2, 2009

Gelagat Memualkan Puak Pakatan Rakyat

Berikut adalah senarai gelagat2 puak Pakatan Rakyat. Memang lucu tapi inilah hakikat dan kebenarannya.

1. Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan dianggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan dituduh berat sebelah dan berlaku campur tangan kerajaan.


2. Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang pada 16 September lalu dengan cara hendak membeli 31 anggota BN, mereka anggap ia demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di Perak setelah ada wakil rakyat pembangkang menjadi calon Bebas mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahukan DUN dibubarkan.


3. Apabila ada pemimpin mereka didakwa di mahkamah, mereka anggap itu fitnah, tetapi apabila mereka menuduh pemimpin BN dengan niat memburukkan beliau, mereka kata ia demi keadilan.


4. Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka anggap ia perbuatan salah tetapi apabila mereka bekerjasama dengan DAP, mereka kata parti mereka untuk semua.


5. Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak moral, mereka desak letak jawatan tetapi apabila ada pemimpin mereka terlibat biarpun ada bukti, mereka kata ia konspirasi dan itu soal peribadi.


6. Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita, mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan mereka anggap itu kebebasan media.


7. Apabila kerajaan menghantar anggota polis yang ramai ke kawasan pilihan raya mereka akan kata, itu usaha untuk menakutkan pengundi tetapi apabila mereka menang, mereka kata pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.


8. Apabila mereka menang pilihan raya, mereka akan kata rakyat semakin menolak BN tetapi apabila mereka kalah, mereka akan tuduh BN guna pengundi hantu dan SPR tidak telus.


9. Apabila ada pihak terlalu ekstrem membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara tetapi apabila ada orang Melayu yang menyokong kerajaan menyeru hak Melayu dipertahankan mereka kata itu perkauman.


10. Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia pun tahu, mereka kata ia demi kepentingan rakyat dan negara tetapi apabila idea itu ditolak oleh rakan pembangkang sendiri mereka kata ia idea jahat UMNO dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.


11. Apabila polis melarang daripada mengadakan demonstrasi haram demi menjaga ketenteraman awam, mereka tuduh ia menyekat hak asasi manusia tetapi apabila mereka lakukan juga dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka kata, polis kejam.


12. Apabila UMNO hendak berbincang sesuatu isu dengan MCA atau MIC, mereka akan dakwa UMNO takut kepada kedua-dua parti itu tetapi apabila mereka hendak berbincang sesama sendiri, mereka kata ia melambangkan kesepakatan.


13. Apabila UMNO berikrar terus perjuangkan hak orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, mereka anggap UMNO perkauman tetapi apabila mereka beria-ia menuntut untuk kaum tertentu, mereka kata itu demi kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.


14. Apabila ada rakan dalam pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata, itu bagus tetapi apabila kenyataan mereka disanggah oleh rakan sendiri mereka akan kata media putar belit fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.

15. Bagi mereka, tiada rasuah dalam kamus Pakatan Rakyat. Yang ada cuma 'hadiah', 'rezeki', 'sedekah', 'sumbangan', 'duit poket' dan 'duit kopi'.


16. Berdemo sambil baring tengah jalan. Kalau mati kena gilis, apa hukumnya? Mati syahid?


17. Mereka bersemangat memperjuangkan keadilan bagi seorang pemimpin yang menghadapi tuduhan liwat dimahkamah. Mereka juga memperjuangkan Altantuya. Justice for ALL..tantuya kata mereka. Tapi bagaimana dgn Saiful Bukhari? Kata mereka, itu konspirasi dan fitnah. Mereka hentam Saiful Bukhari. Mereka lanyak kredibiliti Saiful Bukhari. Pulak dah...
Tapi, bukankah insaf kerdil ini juga mahukan kebenaran (penulis cuba elak dari menggunakan perkataan keadilan, kerana keADILan hanya milik mutlak DS Anwar).

Bila kita baca senarai di atas betul2 buat kita semua geleng kepala. Begitukah sikap dan mentaliti puak Pakatan Rakyat di negara ini? Come on lah..untuk mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan pembangkang yang intelligent dan smart. Bukannya bersikap hipokrit dan double standard.

1 comment:

Anonymous said...

aku tak kan lupa tagline ni...

"lompat sini kalu boleh, lompat sana kalu haram"

-rakyat Perak tak sokong Nizar