Mayat Beng Hock, 30, ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pukul 1.30 petang, kelmarin. Mangsa sebelum itu dikatakan berada di tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan tersebut. Dia dipanggil sebagai saksi berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri yang melibatkan beberapa orang Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
2. ALTANTUYA SHARIBUU
Model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui ajal setelah jasadnya dikatakan berkecai akibat diletupkan di kawasan belukar berhampiran Empangan Tasik Subang. Model kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun ditemui mati, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
3. SITI FARIHAN
Pada 22.Jun.09 seorang Penuntut UKM di Bangi telah jatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM.Sehingga sekarang misteri kematian Siti Farihan masih belum terjawab.
4. SAIFUL BUKHARI
Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.
Pandangan penulis...
Mereka adalah mangsa. Mangsa yang memerlukan keadilan dan kebenaran yang sewajarnya. Tapi apa yang kita lihat sekarang, mereka mendapat layanan yang berbeza. Ada mangsa yang diekspoitasi sehingga ke jalanan. Nama mangsa disebut dan dijerit oleh mereka seolah-olah mangsa mendapat pencabulan hak asasi manusia yang teruk.
Tapi, terdapat pula mangsa yang mendapat layanan sebaliknya. Langsung tidak dipandang kematian mereka. Tidak ada pula pihak yang cuba berdemo demi mendapatkan keadilan atas kematian-kematian yang disifatkan sebagai misteri itu. Malah, ada mangsa yang dituduh sebagai 'orang jahat' kerana cuba menjatuhkan perjalanan politik seorang pemimpin pembangkang. Mangsa dituduh sebagai agen konspirasi kerajaan.
Mengapa perkara sebegini berlaku?
Jawapannya mudah. Semuanya kerana motif politik semata-mata.
Kematian yang boleh dieksplotasi dan mempunyai kelebihan dari segi politik akan dipergunakan sebaik-baiknya. Pedulikan moral..pedulikan semuanya..asalkan survival politik dapat diteruskan. Isu kematian ini akan terus dimain dan diputar belit..tapi sampai bila? Yang pasti, mereka ini bersikap hipokrit, double standard, berat sebelah dan tidak adil...
Moga ALLAH lindungi Malaysia..Moga kebenaran akan bersama kita...Amin.....
4 comments:
agree with you.
salam bro,
Minta kebenaran artikel anda dan jadikan analisis Kumbang.
Kumbang, anda dipersilakan...
Salam bro/300,
Saya tercari-cari wajah Ustaz Nasharuddin dalam gambar yang teratas..tak jumpa..dia terlindung ke atau dia malu-malu kucing.
Lihat benda apa yang ada atas meja itu yang sehingga membuat Anwar, Azmin, Shamsul, Sallehuddin Ayub menundukkan kepala.
Nak tau ? ...sebotol arak cap PG, barang-barang untuk dipersembahkan kepada roh si mati, kayu colok yang telah dihidupkan, lilin yang telah dinyalakan dengan api, duit kertas hantu untuk dibakar..itulah yang didalam bungkusan plastik tu, bro...dan juga barang makanan untuk dimakan oleh roh si mati sementara menunggu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kenapa TBH mati.
Nah! sekarang Suruhanjaya Di Raja itu akan ditubuhkan untuk kes TBH itu, apakah ada jaminan daripada PAS/DAP/PKR yang mereka tidak akan menubuh pula sebuah "Suruhanjaya Jalanraya" atau "Mahkamah Jalanraya" untuk tujuan yang sama???
Post a Comment