Saturday, May 18, 2013
Friday, May 17, 2013
Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X
Selasa, 7 Mei 2013
Jawapan sindiran kepada Azran Osman-Rani @ azranosmanrani
Komrad Azran yang dikasihi,
Sebagai rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya
secara rasmi mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating Malay Club
(SHMC). Di SHMC, moto kami adalah 'Untuk menyekat kebebasan
bersuara/penyataan pendapat oleh orang Melayu'.
Matlamat kami adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat, rendah diri dan bersalah.
Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan sahaja. Berikutan anda telah
menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam twitter anda, kami
merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang terkenal
ini.
Komrad,
Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda
benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa
yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan itu adalah tindakan
orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa yang dianggap
politik sebagai betul.
Ini bermakna anda bebas untuk menulis apa sahaja yang merendah-rendah
dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi tidak akan menulis
apa-apa kritikan terhadap orang Cina.
Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar vernakular sejak sekian lama
telah menulis artikel yang lebih bersifat perkauman dan sensitif sejak
lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang membenci diri sendiri hanya
memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh itu, kami boleh
memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.
Saya mencadangkan agar anda berhubung dengan rakan-rakan kami
daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar daripada mereka
bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan cara
yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor
telefon berkenaan.
Komrad,
Orang Cina telah tinggal di neraka selama hampir 60 tahun. Mereka
telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang Melayu. Orang Melayu tidak
pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina!
Jangan tertipu dengan perbuatan baik orang Melayu membeli dari kedai
milik orang Cina dan pasar raya walaupun terdapat kedai Melayu
berdekatan - orang Melayu hanya menipu.
Juga jangan mendengar orang yang mengatakan 90 peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina!
Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan orang Cina! Mereka adalah
orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan
seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak boleh
hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.
Komrad,
Kita di SHMC perlu melakukan apa yang orang Cina telah buat - Buy Malays Last!
Cuba lihat pendapatan purata orang Cina demi kebaikan kita semua -
mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di SHMC, kami mahu
memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan mempersoalkan orang
Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk mempersoalkan motif
orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM yang korup.
Komrad,
Saya gembira kerana syarikat anda berkongsi warna korporat yang sama
dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu DAP). Adalah malang bahawa anda
tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika tidak,
kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan Eng mengenai
anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja untuk
bos yang kapitalis!
Komrad,
Dari semasa ke semasa, orang mungkin bertanya mengapa anda boleh
menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri. Pada SHMC, slogan
standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar salah untuk
pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak tidak
bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada
asasnya komrad, Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?
Komrad,
Sila beritahu orang Melayu yang mudah terpedaya tentang kebenaran ini.
n Anda tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada syaitan Darth
Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN. Beritahu mereka bahawa anda
berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok wang ajaib di belakang
rumah ibu bapa anda.
Beritahu mereka bahawa anda menjadi Naib Presiden Kanan (Dasar
& Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang korup kerana anda
mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana seorang Melayu
(bekas Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.
Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah mengklon diri anda dan meletakkan klon anda di sana.
Komrad,
Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih banyak kenyataan yang
membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC mengalu-alukan
tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan menangkap
orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka hanya
akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap
orang Cina.
Secara peribadi, saya akan mempromosi syarikat anda, Malindo Air,
untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Kami di SHMC akan mula
memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami Air Asia
menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam PRU-13.
KOMRAD ANDA,
FATIMAH ZUHRI
FATIMAH ZUHRI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130516/re_06/Sindiran-kepada-Ketua-Pegawai-Eksekutif-AirAsia-X#ixzz2TVeAZ4tQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
GELI BEB NAK NAIK AIR ASIA LEPAS NI ....
Monday, May 13, 2013
FILEM TANDA PUTERA : Bila nak tayang?
Makluman : Berita ini telah disiarkan pada Rabu Mac 27, 2013
Filem 'Tanda Putera' Ditayang Selepas PRU-13
SHAH ALAM: Pengarah Filem Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba pada Selasa berkata filem itu akan ditayangkan kepada orang ramai selepas pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan orang ramai
menonton filem itu dalam keadaan tenang serta mengelak bantahan daripada
pihak tertentu.
Shuhaimi berkata beliau memegang hak tayangan filem itu untuk
ditayangkan secara tertutup dan bersedia menayangkan filem itu kepada
mana-mana pihak termasuk pembangkang sekiranya dibayar.
"Saya telah membuat keputusan untuk tayang filem ini selepas pilihan
raya agar penonton dapat tengok dalam keadaan tenang dan tak perlu gaduh
dan buat protes," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi
anggota panel dalam Wacana 'Artis masuk Politik: Kredibiliti atau
Pancing Undi' di Kompleks Karangkraf di sini, Selasa.
Jemaah Menteri sebelum ini membuat keputusan menangguhkan filem itu
kerana terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh
menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
dilaporkan berkata demi kebaikan antara kaum, Jemaah Menteri memutuskan
penayangan filem itu wajar ditangguhkan sebab mengandungi babak yang
mungkin menimbulkan konflik keras.
Filem sejarah itu yang diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan
kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), memaparkan kisah
Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr
Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969. - BERNAMA (KLIK SINI)
Soalan kami...PRU 13 dah tamat, jadi bila lagi nak tayang filem ini?
Friday, May 10, 2013
Thursday, May 9, 2013
Kekecewaan Najib berasas
Kekecewaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan masyarakat Melayu terhadap tindakan pengundi Cina yang beralih kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mempunyai asas yang sangat kukuh.
Dekan Institut Pengajian Cina Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Prof. Dr. Ho Khai Leong berkata, hal ini kerana segala usaha mengangkat kehidupan masyarakat Cina oleh Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) dipandang sepi oleh kaum tersebut.
"Perdana Menteri berhak kecewa dengan pengundi dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina setelah beliau berusaha keras memenangi hati kaum itu sekian lama menerusi pelbagai program dan bantuan.
"Ada banyak bantuan pelajaran diberikan kepada sekolah Cina termasuk menaik taraf kolej-kolej Cina menjadi kolej universiti. Mereka umpama tidak menghargai usaha ini. Mana-mana perdana menteri di dunia ini pun akan kecewa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pengundi-pengundi Cina yang seolah-olah memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi dibuat kerajaan dengan mengalihkan sokongan terhadap parti cauvinis Cina, DAP dalam pilihan raya umum lalu sehingga menyebabkan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga.
Mengulas lanjut, Khai Leong memberitahu, Najib sejak memegang tampuk pemerintahan telah melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan semua kaum di negara ini termasuk masyarakat Cina.
Segala usaha Perdana Menteri itu jelas beliau, membawa kemakmuran kepada semua rakyat sekali gus membuktikan tiada kaum yang ketinggalan dalam pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada 2020.
"Walau bagaimanapun, etnik Cina mempunyai isu-isu lain yang mereka tidak puas hati di negara ini seperti kesamarataan kaum, justeru mereka menyokong pembangkang yang mereka lihat dapat menjamin perkara tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Dr. Yap Sin Tian ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara tersebut dengan alasan tiada masa untuk melayan soalan tersebut.
Sian Tian sebaliknya meminta wartawan menghubungi pemimpin lain dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu meskipun beliau merupakan pemimpin tertingginya.
"Saya tak boleh jawab soalan ini, saya tiada masa, boleh hubungi orang lain di pejabat Dong Zong," ujarnya. - Utusan Malaysia
Wednesday, May 8, 2013
Monday, May 6, 2013
KITA HARUS CARI JALAN
Jika mereka berjaya memecahkan undi kumpulan kita, mengapa kita tidak boleh memecahkan undi kumpulan mereka?
Ya betul..mereka nampak kuat dan kukuh. Tapi titik kelemahan harus segera dicari bagi melemah dan memecah-belahkan kumpulan mereka.
Bagaimana?
Pergi ke TEMPAT ASAL MEREKA yakni tempat DARI MANA MEREKA DATANG, lihat budaya politik keturunan mereka dan cari PERKARA yang membezakan antara SETIAP PARTI POLITIK di sana.
Selidik apakah isu yang diperjuangkan oleh parti-parti politik di tempat mereka, buat analisa, bawa balik hasil penemuan ke sini dan MULAKAN TINDAKAN...
Faham maksud kami?
Ya betul..mereka nampak kuat dan kukuh. Tapi titik kelemahan harus segera dicari bagi melemah dan memecah-belahkan kumpulan mereka.
Bagaimana?
Pergi ke TEMPAT ASAL MEREKA yakni tempat DARI MANA MEREKA DATANG, lihat budaya politik keturunan mereka dan cari PERKARA yang membezakan antara SETIAP PARTI POLITIK di sana.
Selidik apakah isu yang diperjuangkan oleh parti-parti politik di tempat mereka, buat analisa, bawa balik hasil penemuan ke sini dan MULAKAN TINDAKAN...
Faham maksud kami?
Sunday, May 5, 2013
SIAPA YANG GANAS? SIAPA YANG HURU-HARA? RAKYAT BANGKIT TOLAK PAKATANRAKYAT !!
Lihat apa yang mereka lakukan semasa perhimpunan BERSIH..
Walaupun ia sudah lama berlaku, namun kejadian ini harus menjadi pedoman buat semua..
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK KEGANASAN
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK PAKATAN RAKYAT
Semalam berlaku kekecohan di Dataran Merdeka...baca di sini link di bawah ini...
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/05/video-dua-pemuda-dibogelkan-penyokong.html
Walaupun ia sudah lama berlaku, namun kejadian ini harus menjadi pedoman buat semua..
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK KEGANASAN
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK PAKATAN RAKYAT
Semalam berlaku kekecohan di Dataran Merdeka...baca di sini link di bawah ini...
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/05/video-dua-pemuda-dibogelkan-penyokong.html
Saturday, May 4, 2013
Masanya sudah tiba...
Kita semua sudah berusaha..
Kita semua sudah berkempen dengan gigih..
Esok adalah harinya..
Untuk semua rakyat turun mengundi..
Ayuh teman-teman..
Kita menadah tangan dan berdoa..
Kepada Allah kita berserah..
Kepada Allah kita bertawakal..
Moga kemenangan milik BN..
InsyaAllah..
Kita semua sudah berkempen dengan gigih..
Esok adalah harinya..
Untuk semua rakyat turun mengundi..
Ayuh teman-teman..
Kita menadah tangan dan berdoa..
Kepada Allah kita berserah..
Kepada Allah kita bertawakal..
Moga kemenangan milik BN..
InsyaAllah..
Friday, May 3, 2013
Video Ustaz Kazim Elias ~ Penyelewengan PAS sekian lama ini!
Ustaz Kazim Elias menceritakan tentang pelbagai macam indoktrinasi PAS
mengelabui para ahli dan penyokong parti itu sehingga tidak tahu
membezakan di antara yang hak dengan yang batil didalam kehidupan mereka
di Malaysia ini! Ada pelbagai kisah menarik dan melucukan didalam sesi
ini. Bab ahli PAS memegang batu nesan mengarahkan Malaikat Munkar dan
Naqir supaya jangan dok bertanya sangat dengan simati yang se parti
dengan mereka dan bermacam lagi.
Thursday, May 2, 2013
Wednesday, May 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)












