Sehingga ke hari ini penyokong Bendera yang juga dikenali sebagai ‘kumpulan suka berak merata’ begitu lantang melancarkan gerakan Ganyang Malaysia di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta.
Disebabkan demo ‘baling najis’ yang mereka lakukan tidak berjaya memberi apa-apa kesan kepada hubungan Indonesia-Malaysia, maka ‘kumpulan suka berak merata’ itu telah menggunakan taktik terbaru iaitu dengan cara melampiaskan kemarahan kepada ikon kartun popular Malaysia iaitu Upin dan Upin. Mereka berkata, Upin-Ipin tidak memilik mutu seni sedangkan si Unyil iaitu watak kartun tempatan di sana lebih mendidik anak-anak Indonesia….(kononnya).
Rupa-rupanya, taktik mereka itu telah mengundang tindak balas para pelajar Indonesia di Malaysia yang mengambil inisiatif untuk mewujudkan gagasan ‘Gerakan Damai Indonesia-Malaysia’. Ironinya, para pelajar ini telah mengambil ikon Upin-Ipin dan Unyil yang sedang bersalaman sebagai logo gagasan tersebut.
Penggunaan ikon Unyil dan Upin-Ipin itu dikatakan amat sesuai kerana ia merupakan figura yang baik dan disayangi oleh masyarakat kedua-dua negara. Malah budaya yang dipertontonkan oleh ikon tersebut amat dekat dengan masyarakat. Betul..betul..betul..
Kerajaan Sabah adalah negeri terbaru yang mengumumkan pemberian bantuan khas raya kepada anggota perkhidmatan negeri sebanyak RM500. Sebelum ini kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Melaka, kerajaan negeri Perak dan kerajaan negeri Kelantan turut mengumumkan bantuan yang sama sebanyak RM500.
Cuma kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng pada awalnya cuma nak beri RM400, tapi disebabkan sifat 'tak mahu kalah' dengan kerajaan persekutuan maka di upkan amaunnya menjadi RM500. Mujurlah Lim Guan Eng yang perasan bagus cepat buat keputusan. Jika tidak, frust lah anggota-anggota dibawahnya.
Hari raya adalah hari rezeki untuk semua. Duit atau bantuan yang diterima janganlah di simpan di bawah bantal atau dalam peti harta karun. Belanjalah sebaik-baiknya dan jangan kedekut. Biar semua orang dapat merasa nikmat bantuan tersebut tak kira siapa. Isteri, anak-anak, saudara mara ,penjual makanan di bazar ramadhan, peniaga di shopping kompleks mahupun penjual tiket bas. Selamat berbelanja.
Dan di bawah ini adalah kamera intip 'terbaru' yang didedahkan di Malaysiakini. Datang sekali dengan set lengkap. Beralaskan kain lapik yang sama berwarna merah. Pelik...dulu kamera tersebut mempunyai skrin agak besar, tiba-tiba jadi 'kecut' kecil pula.
Disebabkan terlalu stress dan terdesak akibat misi yang masih belum tercapai, kini kelihatan gerombolan beruk itu berdemo bagai hilang arah. Bakar bendera sudah. Berak merata-rata sudah. Baling najis ke dalam kedutaan pun sudah. Namun masih belum menjadi.
Lalu, mereka pun cari taktik lain. Telur busuk dan ikan masin busuk pula digunakan sebagai senjata terbaru. Dipercayai ia merupakan senjata sulit yang ‘BERTEKNOLOGI TINGGI’. Kalau terkena pada mangsa, nescaya akan hilang deria bau selama sepurnama.
Paling lucu, ikon kartun popular Malaysia iaitu Upin dan Ipin turut jadi sasaran gerombolan beruk yang semakin terdesak. Seperti orang yang mengidam nak makan ayam. Tak dapat daging ayam, dapat bau taik ayam pun jadi la.
Dipetik dari media seberang Kisah si kembar botak asal negeri jiran, Upin dan Ipin, di televisi Indonesia mulai jadi pelampiasan kekesalan orang. Kemarahan sejumlah orang di Tanah Air terhadap pemerintah Malaysia akhir-akhir ini membuat mereka gelap mata, menuntut semua yang berbau negara serumpun itu cabut dari bumi Indonesia.
Sebuah aksi yang digelar di Tegal, nun di Jawa Tengah, menuntut dihentikannya penyiaran film kartun itu. “Ipin-Upin salah satu simbol membawa budaya Malaysia, yang haram hukumnya kita tonton,” ujar Fatur Rahman, koordinator aksi yang tergabung dalam Simphoni Bangsa, kemarin.
“Kita dipaksa memahami omongan gaya Malaysia kayak Ipin-Upin yang tak memiliki mutu seni, padahal tontonan anak seperti Si Unyil lebih mendidik anak Indonesia,” ujar Fatur.
Bahkan Wakil Ketua DPR Taufik Kurniawan pun setuju penghentian penayangan film Upin-Ipin itu. "Tentunya paling tidak pemerintah Indonesia harus mencoba gertakan diplomasi yang enteng-enteng, seperti memblokir film seri Upin-Ipin yang dibuat Malaysia," ujar Taufik kepada Detikcom.
Nasionalis1982 : Haha..rupanya gerombolan beruk amat cemburu dengan Upin dan Ipin. Betul betul betul.
DAP masih berada di hadapan dalam mendaftar pengundi baru setakat ini tetapi pesaing terdekatnya Umno kelihatan cuba merapatkan jurang pada Julai lalu. Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang. Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus.
Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi. Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu. “Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.
“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi. Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR. Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara. Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.
Nasionalis1982 : MCA, MIC dan Gerakan terus lena diulit mimpi indah.
Hanya dengan berbekalkan 2 karya bertaraf sampah sarap iaitu Negarakuku dan Namewee Fuck Racism Malaysia Nah!!!, dia menjadi begitu ‘popular’. Tak perlu bersusah payah menyertai Akedami Fantasia(AF) dan menjadi juara seperti Mawi.
Namewee telah pilih cara gampang untuk menjadi popular dengan menghasilkan video paling gampang. Hanya orang gila yang tiada otak saja akan cakap Namewee itu adalah idola Malaysia atau ikon 1Malaysia. Apa yang kita tahu sebenarnya adalah dia ‘bijak’ mengeksploitasi konsep 1Malaysia. Adakah dengan memberi alasan dia ‘menyokong’ konsep 1Malaysia itu maka dia ‘dihalalkan’ untuk melakukan apa saja?
Dulu, Namewee boleh lepas dan diberi peluang. Itu pun atas ‘pembelaan’ MCA. Sekarang kamu mahu diberi peluang lagi? Oh tidak. Pergi jahanam lah dengan kau punya ‘peluang’.
Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.
Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.
Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).
Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.
Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.
"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.
"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.
Beliau berkata biasanya, bahan-bahan taklimat untuk demonstrasi diperoleh daripada pihak yang membuat pesanan.
Aji berkata organisasinya mempunyai antara 20 hingga 30 peserta di setiap kampung di kampung-kampung di Jakarta dan peserta itu akan dikumpulkan bila ada pesanan untuk aksi demonstrasi.