Tuesday, February 16, 2010

Bukti : Nik Aziz pun flip-flop...

Siapa pun tak akan lupa penyertaan ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim ke dalam PKR pada bulan Januari 2009. Peristiwa ini dianggap sebagai 'lompatan paling pantas' selepas berakhirnya PRU12 tahun 2008. Orang kata beliau melompat. Tapi Nik Aziz kata peristiwa ini sebagai 'penghijrahan'. Tak percaya? Tengok link ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=19030:kes-adun-bota-fitnah-dan-hasutan-umno-menikam-diri-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Kalau korang malas nak klik link, boleh lihat paparan berita tersebut (print screen).



Beberapa ketika selepas itu, tiga ADUN iaitu dua dari PKR dan seorang dari DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashin kembali semula ke pangkuan UMNO. Kita tengok apa komen Nik Aziz.

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=19194:wajar-diadakan-pilihan-raya-semula-di-perak-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Ini bukti berita yang dipetik dari harakah daily. Sah statement Nik Aziz flip-flop dan tiada pendirian !



Dan terbaru, tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang mengambil tindakan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Nik Aziz kata...

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/14/mstar_berita/20100214163929&sec=mstar_berita


"Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu."

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.



Jadi, apabila ada orang melompat ke dalam PR, itu dikatakan sebagai "penghijrahan dan kurniaan".

Tapi bila orang melompat keluar dari PR, nah...macam-macam statement yang keluar dari mulut Nik Aziz.

Alahai..flip-flop juga dia ni ye...



Friday, February 12, 2010

Happy Chinese New Year 2010


Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua rakan blogger, komentar dan pembaca. Selamat bercuti dan berhati-hati ketika memandu.

Thursday, February 11, 2010

PKR pujuk penyokong dengan telefon. Antara ayat sweet bakal diucapkan adalah..


1st day perbicaraan kes Anwar di mahkamah Jalan Duta menyaksikan around 100 orang sahaja yang datang dan jumlah tersebut makin berkurang hari demi hari. Nak tengok penyokong berkumpul dan junjung poster/sepanduk ke hulu ke hilir pun dah payah nak jumpa.

Disebabkan masalah 'kekurangan' penyokong yang mencapai tahap serius, maka PKR telah menggunakan strategi baru iaitu memujuk penyokongnya hadir ke mahkamah dengan telefon atau e-mel (klik berita disini).

Fuh..nampaknya PKR akan menggunakan kaedah memujuk rayu melalui panggilan telefon. Jadi, bersedialah anda semua untuk mendengar ayat-ayat sweet yang bakal diucapkan oleh mereka hingga membuatkan tahi telinga anda bisa mencair seperti ketulan ais di kutub utara..hehehe

Antaranya ayat sweet yang mungkin digunakan untuk memujuk anda untuk hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Anwar adalah spt berikut ...


"
saya tau awak takut nak turun ke mahkamah jalan duta, tapi awak jgn risau... saya ade.. awak tak perlu takut lagi... tapi kalau awak rase takut jugak... abang mokhtar ade.. dia akan temankan awak..."



"sebelum ni.. abg sorang2 di mahkamah... bile awak ade.. abg janji akan jadi lebih baik nanti..."



"sori sayang.... janji abg anwar tak buat lagi...ni kali pertama dan terakhir dia buat ...marilah bagi sokongan kat abg anwar"



"sori la sayang.....jangan marah2 lagi eh....sayang kan comey.. temankanlah abang di mahkamah..sekarang abang keseorangan..nanti abg mokhtar bawak jalan2...nak....."



"tak molahh majukkk ekk.. nanti kene jual..jomlah datang dan beri sokongan ye.."


"syg dah tak sayang kat abg anwar ker?please jgn buat macam ni. kalau syg tak datang ke mahkamah nanti, boleh jadi gila nanti. plssss jgn buat abg anwar camni syg, merayu sgt2.plis....."



"Sayang,jangan macam ni sayang, kalau sayang tak pedulikan ayang,sesak nafas ayang, gelap dunia ayang malam ni sebab sayanglah satu-satunya nyawa ayang, nyawa yang ayang ada untuk teruskan hidup, hilang sayang,nyawa ayang terhenti...plissss datang mahkamah dan bagi sokongan ye..plisssss"



Apa macam? Anda termakan dengan pujuk rayu ini? hehehe



Tuesday, February 9, 2010

BARING ATAS JALAN Part 2 ?


Aiseh.. LIMA berbalas KOSONG yob! LIMA bijik kena tang muka. Dalam tinju, orang kata itu TKO. Rebah sampai tak boleh nak bangun dah.

Orang yang kena pukulan TKO ni macam biasa akan bagi alasan standard.


"Pengadil tidak adil dan berat sebelah. Pengadil tidak bersikap bebas dan dipengaruhi oleh pihak tertentu", ujar beliau sambil tidak perasan dan sedar yang darah yang keluar dari mulut dan hidungnya akibat ditumbuk bertalu-talu oleh lawannya.
Kalau dalam kes macam ni kita kena bagi hadiah cermin kat dia. Biar dia cermin muka tu sikit.

Bila kita memandu kereta atau motor esok lusa, korang kena jaga-jaga. Jangan memandu sambil makan, merokok atau bercakap dengan henpon. Mana tau kot-kot ada lembu yang baring atas jalan. Tak sempat nak elak nanti, kang tak pasal-pasal terlanggar pulak.

Bukan apa. Sekadar nak peringat. Lembu baring atas jalan kita biasa tengok. Cuma manusia baring atas jalan je kita jarang tengok. Ada sekali dulu. Kat depan masjid.
Bila dah kena LIMA ni, takut ada pulak yang akan baring atas jalan lagi....

Nizar dibelasah 5-0 !! (Gambar sahaja)















Sunday, February 7, 2010

Tonight at midnight : Chelsea vs Arsenal !!



Didier Drogba seems to be the best Arsenal killer, so him finding the back of the net is something we should all expect. More than one is questionable, but one goal from No. 11 is a valid prediction.

Predicted Score: Chelsea 2 – 1 Arsenal

Antara Bill Clinton, Tiger Woods dan John Terry



Bill Clinton

''Bill Clinton membangunkan aku, Sabtu pagi, 15 Ogos 1998. Ia tak duduk di tepi katil seperti biasanya, tapi mundar-mandir di dalam kamar. Fikirannya nampak kalut dan runsing. Kerana apa? Kerana dia harus memberikan pengakuan di hadapan televisyen nasional tentang hubungan intimnya dengan Monica Lewinsky, seorang gadis yang bekerja di Gedung Putih.

''Selama ini, Bill tidak mahu berterus terang kerana malu, dan ia tahu hatiku bakal terluka dan marah. Nafasku tiba-tiba terasa seperti berhenti. Saat menarik nafas panjang, tangisku meledak dan aku berteriak histeria: 'Apa maksud kamu?
Kenapa kamu bohong?' Saat itu, aku tidak dapat menahan rasa marah yang amat sangat.

'Sementara Bill Clinton masih berdiri di hujung kamar, sambil berulang-ulang meminta maaf. 'Maaf. Aku benar-benar minta maaf. Aku bermaksud melindungimu dan Chelsea (anak gadis tunggalnya.” kata Bill ketika itu.''

Pengakuan pahit Bill Clinton itu diceritakan kembali Hillary Clinton dalam buku terbarunya, Living History.

Itulah kisah Bill Clinton, bekas Presiden US mengenai skandal seksnya yang telah menggemparkan seluruh dunia. Bill Clinton menerima skandalnya dengan hati terbuka. Tidak mengajak rakyat mengadakan demo di jalanan. Tidak menuduh skandalnya itu konspirasi kerajaan terhadap beliau. Tidak mengadakan roadshow di seluruh pelusuk negara US.


Tiger Woods

Selama ini beliau dikenali sebagai anak emas yang sepi dari gosip. Biasanya berita yang kita dengar dari seorang lelaki bernama Tiger Woods adalah prestasi-prestasinya di lapangan golf. Oleh sebab itu, khabar mengenai skandal seksnya dengan seorang pengurus kelab malam cukup menarik perhatian masyarakat dunia.


Diberitakan oleh majalah Enquirer, Rachel Uchitel yang disebut-sebut sebagai wanita yang menjadi teman seks Tiger Woods, menceritakan secara lengkap skandal sang juara dunia tersebut.

Selain itu juga, seorang wanita bernama Jaimee Grubbs yang pernah menyertai program realiti televisyen Tool Academy mendakwa dia menjalin hubungan seks sebanyak 20 kali dengan Woods. Mereka menjalin hubungan selama 31 bulan.

Jaimee memberitahu majalah Us Weekly, dia menyimpan beberapa gambar dengan Woods, lebih 300 mesej 'panas' dan satu rakaman suara.

Akhirnya, Tiger Woods menyuarakan rasa kekecewaan beliau terhadap kecurangan diri dia sendiri terhadap isteri dan juga terhadap keluarganya. Beliau mengaku atas segala kecurangannya terhadap kesemua gadi-gadis pelacur kelas atasan yang telah dilangganinya.

Ketika itu, tidak langsung terdengar tuduhan dari Tiger Woods sama ada skandal seks itu adalah konspirasi berunsur fitnah atau jahat yang mahu menjatuhkan kariernya sebagai seorang juara golf dunia.


John Terry

John Terry, kapten Chelsea dan juga England akhir-akhir ini terkenal dengan skandal seksnya dengan bekas teman wanita bek Manchester City, Wayne Bridge yang juga model pakaian dalam, Vanessa Perroncel.

Bintang bola sepak bergaji 170,000 (RM927,320) seminggu itu dilapor mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun iaitu Jaydon Jean Claude Bridge, hasil hubungan sulitnya selama beberapa tahun dengan Perroncel.

Terdahulu, Terry memohon perintah mahkamah untuk menutup mulut media dengan alasan pendedahan hubungan sulit itu bertentangan dengan hak persendirian dan hak asasi manusia.

Namun, Hakim Tugendhat menolak permohonan Terry kerana berpendapat bintang bola sepak itu sebenarnya takut kehilangan banyak penajaan jika perkara itu dididedahkan.

Terry meraih pendapatan sampingan berjuta-juta pound sterling setiap tahun hasil perjanjian penajaan dan iklan dengan beberapa syarikat gergasi.

Dalam isu ini, tidak pula Terry mengeluarkan kenyataan yang menuduh orang lain melakukan konspirasi terhadap beliau. Tidak pula Terry menulis kenyataan seperti

”RAKYAT MENJADI HAKIM KEBEJATAN REGIM ZALIM INI”

Saturday, February 6, 2010

Di blog Anwar, mereka bebas menyumpah...


Tengok tu...penyokong Anwar berdoa supaya Saiful dijadikan babi.

Tak heran dah. Memang sebegitu tahap pemikiran dan mentaliti mereka.

Sepatutnya komen sebegitu tak layak dipaparkan.

Tapi disebabkan ia penyokong Anwar, maka diluluskan jugak oleh tuan punya blog.

Sapa tuan punya blog tu? Paham-paham sajalah...(klik sini)

Proses percubaan..




MLY dalam proses percubaan..