Friday, July 16, 2010

Tutup mata..tutup mata..suprise!!!


Harga petrol naik? Semua orang terkejut. Ada yang hampir mengalirkan air mata. Ada yang mengurut dada. Yang nak kena sawan pun ada. Nampaknya, semua masih trauma dengan kejadian harga petrol naik sebanyak RM0.78 sen tahun 2008. Hati dan telinga cukup sensitif bila dengar tentang harga petrol nak naik ni.

Ribut tak ada, hujan tak ada, angin tak ada, kera pun tak ada. Tapi pokok tetap bergoyang. Thumbs up untuk kabinet DS Najib kerana bijak cover line ura-ura untuk naikkan harga minyak. Aku percaya ramai yang tak tahu. Bila tengok berita, kita diberitahu harga petrol diselaraskan. Pastu disebut pula subsidi. Tidak pulak disebut harga minyak naik. Pelik.

Masih tak percaya? Terus buka internet dan cari sumber sahih. Sah. Harga petrol naik RM0.05 sen. Satu lagi thumbs up untuk kabinet DS Najib sebab cukup bijak cover line. Guna ayat penyelarasan subsidi daripada menggunakan ayat harga petrol naik. Lebih sedap didengar. Tahniah. Kabinet DS Najib dah dapat dua thumbs up.

Ohhh naik RM0.05 sen sahaja. Semua boleh urut dada sebagai tanda legaaaa. Itu kepada mereka yang berpendapatan sederhana atau tinggi. Tapi bagaimana dengan orang di kampung dan di pendalaman? Yang cari rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Adakah mereka turut urut dada sebab tanda lega atau sesak nafas? Wallahualam…

On the way ke pejabat tadi, aku buka radio Hot.FM. Nak dengar celoteh deejay FBI,AG dan Farah Fauzana. Rupanya dalam radio pun kecoh mengenai harga petrol naik. Ada pendengar yang call cakap dan membentak “tak suka, tak suka harga petrol naik. Nanti semua harga barang naik walaupun RM0.05 sen”. Kita yang sedap memandu sambil layan udara pagi pun rasa terganggu. Asalnya hati boleh menerima hakikat,tapi hal ni buat kita berfikir panjang….sighhhh…ada betulnya juga.

Yang pasti, ada orang yang cukup happy mappy dan melompat girang. Isu pasir akan tenggelam dek kerana kenaikan harga petrol. Umpama dah lembik kena belasah dengan kayu, kayu itu pula digunakan untuk membelasah orang yang memukulnya. Sebab orang yang telah memukulnya dengan murah hati berkata ‘nah ambil kayu ni, kau pukul aku balik’. Lepas ni kabinet DS Najib pulak kena smash. Confirm. Tu laa…sapa suruh bagi bola tanggung.


7 comments:

Ms Pearl said...

good morning white gandalf :P

gomen ada la tu project nak guna duit...tunggu je ler.....
zaman tun mahathir dulu pun naik juga....ikut la pasaran semasa...

isu pasir dan isu minyak dua perkara yang berbeza.

satu kes untung makan sendiri (pasir) satu lagi minyak untung makan ramai ramai. jimat subsidi yang kena subsidi rakyat kalau difikirkan balik duit subsidi tu macam macam gomen boleh buat....

tu nak tanggung ptptn yang RAMAI DOK LIAT NAK BAYAR (mungkin???)

those yang befikiran asyik nak senang je akan mengurut dada (kata nak duduk di bawah pemerintahan DAP kan? so belajar la dari sekarang)

sebab? di bawah DAP karang belum tentu MELAYU ADA KEISTIMEWAAN HARI INI.

baru tarik 5 sen dah urut dada ye?

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! :D

Nasionalis1982 said...

Ms pearl..

Katamu ada benarnya. Marah dengan gomen tak lama. Tak kan lah kerna RM0.05 tu kelambu nak dibakar. Kerajaan pun nak ditukar. Nak lari dari mulut kucing yang comel, tak pasal2 pula masuk ke dalam mulut singa lapar yang dah lama tak makan daging segar. Memang sengaja nak cari nahas lah.

Tapi pelik juga. Bila petrol naik semua orang melompat. Mungkin sampai tahap ada yang nak berdemo sambil baring atas jalan.

Kalau harga rokok naik, tiada pulak yang nak buat macam tu. Semua orang pasrah walaupun hari-hari urut dada sebab batuk dek hisap asap rokok.

Anonymous said...

Bila ceta pasal subsidi kena tarik skt, dah meroyan.Kata dah nak jadi liberal smua sama.Tak payah DEB, ketuanan Melayu dsbgnya. Bila PERKASA warning jgn sentuh pasal biasiswa MARA, takde yg urut dada pulak.Apa ke bodoh puak2 yg meroyan ni.. Woi!!! Sedo le, subsidi diselewengkan n ada puak buat untung atas subsidi ni.Brkapai2 minyak kapai asing guna, gula lagi ...tak pernah tengok tv ka, tong gas kecik depa transfer kat tong besar atau tanker minyak transfer tangki lain.Sapa punya tu???
Bila hati dah tenang , fikir2kan 5 sen, satu tangki penuh beza tak sampai 2 hinggit n gula plak pakai 2 kg sebln, apa bising2.Tak usah mkn luar kalau harga makanan/minuman naik. Rokok tiap2 thn naik, takda org bising pun.
Bule jimat dekat 1 billion, bayangkan tokey2 duk goyang kaki slama ni.Kita proton,depa keta apa???Kita duk2 bising, diorang atur strategi, sini boleh pulun, sana boleh pulun..... kita pulak hanyut ngan ceramah, Akademi Fantasia, Adamaya dll.

Nasionalis1982 said...

anon 10:17,

Tu yg pelik tu, bila harga rokok naik tapi tiada pihak nak tubuhkan pulak Gerakan Membantah Kenaikan Harga Rokok (GMKHR). Semua pasrah...alhamdulillah.hehe

Ms Pearl said...

kalau harga lipstick naik
i pengsan :D

Anonymous said...

Kebanyakkan orang di Malaysia hanya tahu menyalahkan kerajaan bila harga barang dinaikkan sedikit kerana kononnya ia membebankan rakyat. Tapi tidak membuat selidik betul-betul berapakah harga minyak dinegara jiran kita semua. Harga minyak Malaysia antara yang paling rendah di Asia Tenggara. Apa yang kerajaan buat dengan menaikkan harga minyak sedikit adalah betul kerana ia dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang tinggi. Oleh itu, duit yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik untuk negara. Nampak gayanya orang Malaysia tidak tahu bersyukur dan hanya tahu komplain sahaja. Mungkin golongan ini hendak semua benda disubsidi. Kalau boleh subsidi benda-benda seperti pen, pensil, kertas, baju, seluar, buku nota, kasut, stoking, jam tangan, minyak rambut dan lain-lain. Kerajaan nak kena subsidi semua benda ke?

Ms Pearl said...

media cyber?

kalau kerajaan subsidi lipstick sure vote untuk sharizat naik next PRU

satu lipstic Christ. Dior = RM80.00 kalau subsidi turun sampai RM50.00 pun kira orait :D