Thursday, July 15, 2010

Kerajaan negeri yang bodoh sombong

Pasir di Selangor akan 'ditekan', dilanyak dan disedut selagi boleh.

Isu pasir di Selangor meletup-letup. Pergh...dalam gambar kita nampak lori berbaris-baris tunggu giliran nak bawak lari pasir. Inilah salah satu transformasi kerajaan negeri. Merakyatkan pasir demi kroni sendiri.

Ada orang membandingkan antara tabiat kerajaan negeri yang dulu dengan yang sekarang. Mereka kata “ahh..sapa pun yang memerintah, keadaanya sama saja bang”. Semua sumber lesap dan hilang. Baik BN atau PR. Sama saja.


Benarkah begitu?????


Jika kamu katakan kerajaan negeri dahulu tak cekap mengurus sumber, bagi aku kerajaan negeri sekarang lagi tidak cekap mengurus. Kononnya mereka melantik Penasihat Ekonomi yang cantik resumenya. Tapi cantik di kertas sahaja tak cukup bro. Kita boleh tengok hasilnya sekarang macam mana? Hancur ! Hancur ! Oh ya..upah sebagai Penasihat Ekonomi cuma dibayarRM1.00, jadi kerjanya pun bernilai RM1.00. Pasrah sajalah.


Jika kamu katakan kerajaan negeri dahulu sebagai bodoh, bagi aku kerajaan negeri sekarang lagi lah bodoh dan bebal. Cuba kenangkan kembali pada waktu mereka jadi pembangkang dulu. Perghh…masa tu memang syok mengkritik. Berlagak primadona, macam cakap dia saja yang betul. Sekali pilihanraya jalan tahun 2008, nahh terus jadi kerajaan negeri. Terkejut beb.


Ingatkan bila dah dapat mandat sebagai kerajaan negeri, kononnnya dapat memerintah dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Tapi apa yang kita dapat tengok sekarang, makin berlubang bumi Selangor dibuatnya. Dah tak boleh nak control.

Kita sebagai manusia akan belajar dari kesilapan yang berlaku dalam hidup. Kalau dah sekali silap jalan, tak kan lah kita akan silap di jalan yang sama untuk kali kedua. Kalau masih silap juga, tak ke bodoh namanya tu.

Begitu juga lah dengan kerajaan. Jika kamu dah nampak kegagalan kerajaan negeri dahulu mengurus sumber, sepatutnya bila dah dapat kuasa untuk mentadbir negeri, kamu boleh mentadbir dengan lebih baik dan bagus. Dengan kata mudahnya, belajar kesilapan kerajaan terdahulu. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Malah lebih teruk. Hancur…punah!


Ternyata, kerajaan negeri Selangor hari ini sungguh memalukan. Gagal mentadbir dan mengurus sumber bumi dengan baik. Mereka tak pernah belajar dari kesilapan lalu. Itu namanya ego dan bodoh sombong.


Perghh...dengan pasir, macam-macam kita boleh buat.


5 comments:

Anonymous said...

mereka bekerja bukan untuk rakyat, tapi untuk poket sendiri.

harap2 jika kerajaan negeri bertukar pada PRU akan datang, mereka akan lebih bertanggungjawab. jangan ulang kesilapan lalu.

-satria puchong

Anonymous said...

setuju dgn satria puchong..

khir toyo di tolak rakyat sbb isu menggondolkan bukit cerakah. Harap2 rakyat selangor akan tolak PKR sbb isu pasir nie..

amin..

Anonymous said...

dimanakah Elizabeth Wong selaku PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR negeri Selangor? Masih tidur lenakah beliau sehingga tidak sedar akan keributan pasir di bumi selangor?

Psttt...orang tangkap gambar 'belukarnya' pun dia tak sedar. Masih syok tidur tu.

Anonymous said...

Salam tuan, tks melawat. boleh masukkan blog saya dlm blogroll tuan?

Apa kata penyokong PAS selepas Anwar dan Parti Keadilan Rakyat iktiraf Israel?

Nak tahu juga ulasan dan pandangan ilmiah penyokong PAS tentang hal ini. Jangan emosi ye.

http://apakatapas.blogspot.com

Nasionalis1982 said...

ApaKataPAS,

Nak cari ulasan ilmiah penyokong PAS ni agak sukar. Tapi kalau nak jumpa ulasan yang dungu dan kelakar memang senang.

Cari di Pokok Sena. Kat sana ada sorang bakal Raja Lawak musim baru. Si Mahfuz Omar.