GAMBAR menunjukkan kereta Lamborghini Diablo Jota.
Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com.
Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).
Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.
Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.
Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.
Komen : Perghhh....ternganga sekejap.
7 comments:
Dalam agama Islam, memiliki 7,000 biji kereta bernilai USD $5,000,000,000 (RM 15,000,000,000) bukankah satu pembaziran?
Membazir tuh bukanke satu dari peghangai setan?
Mungkin dia berpegang ngan prinsip:"he,who died with the most toys,wins"
Tapi ada gak yg kata:
"he,who died with the most toys,still dies" ;)
banyak nye kereta..nak pinjam satu boleh? hehe
Nasib baiklah Sultan Brunei tu orang Brunei. Kalau beliau kat Malaysia, confirm akan ada puak akan berdemo depan istana. Depa akan cakap 'kereta air mata'.
Baginda Sultan banyak kereta pun biarlah, as long as rakyat dia terjaga, baginda tidak zalim kpd rakyat. Income per capita among the highest in the world. Jgn terpedaya dgn unsur2 halus yg cuba menjatuhkan kesultanan dan kerajaan beraja Islam. Rasullullah pun mengiktiraf;
1) Sistem Khalifah - yg telah hapus sejak jatuh Khalifah Ottomaniah
2) Gabenor Islam bagi kawasan2 yg tiada Khalifah - dah terhapus juga
3) Raja2 Islam - terbukti melalui surat2 utusan Rasulullah. Sistem inilah yg tinggal beberapa kerat shj.
Kezaliman demokrasi ciptaan Barat -adalah lebih zalim dari Raja yg zalim dlm sejarah.
Penjelasan yang baik dari Tuan Peneroka. Terima kasih.
Memang diakui rakyat Brunei hidup aman makmur. Kaya dengan hasil minyak. Rakyat dari hulu hingga ke hilir semua dapat merasai kekayaan sumber negara.
Semoga sejahtera pemimpin dan rakyat Brunei.
Ini cerita sensasi BOHONG pihak media barat, janganlah kita bodoh sangat nak percaya semua ini, pernah media barat melaporkan Raja2 Arab punya bilik istana EMAS, bilik tandas drpada emas, jamban emas dan macam2 lagi yg hanya orang tolol sahaja yg akan mempercayainya.
ini bukan membazir. kereta yang banyak itu boleh digunakan sebagai `backup' atau `tulang belakang' semasa ekonomi jatuh.
ini seperti redundant array of independent disks dalam hard disk.
lihat link di bawah.
http://ms.wikipedia.org/wiki/RAID
kereta-kereta mewah kepunyaan sultan Brunei dan semua asset beliau adalah untuk mencapai kebolehpercayaan harta kekayaan.
Post a Comment