Friday, July 9, 2010

Pengundi Baru : Ranking Bulan Mei 2010

DAP mengatasi parti lain dalam gerakan mendaftar pengundi baru di lima negeri, termasuk Pulau Pinang dan Johor dengan menarik 12,844 mereka yang layak mengundi untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang Mei lalu.

Parti itu berjaya menarik 6,192 pengundi baru di Pulau Pinang, diikuti Johor (2,860), Selangor (1,934), Perak (1,084) dan Negeri Sembilan (290). Buat kali pertama pada bulan berkenaan, DAP mengatasi UMNO dalam pendaftaran pengundi baru yang dipercayai bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.


Bagaimanapun, bagi pendaftaran keseluruhan pengundi baru mengikut kaum dari 2009 sehingga Mac lalu, Melayu mendahului dengan 51.6 peratus atau 5.8 juta pengundi, diikuti Cina 31.05 peratus (3.5 juta pengundi) dan India 7.3 peratus (819,975 pengundi).



UMNO hanya mendahului di Terengganu dengan mendaftar seramai 1,488 pengundi baru, diikuti Kedah (834), Sabah (648) dan Pahang (376).
PAS pula mendahului pendaftaran pengundi baru di Kelantan iaitu seramai 2,362 dan Melaka (125), manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mendahului di Kuala Lumpur sebanyak 598.

PARTI KOMPONEN UTAMA BARISAN NASIONAL (BN) SEPERTI MCA, MIC DAN GERAKAN DILIHAT KURANG MENYERLAH APABILA HANYA MEMBUAT PENDAFTARAN BARU SEBANYAK 641 DI 14 NEGERI. TIADA SEBARANG PENDAFTARAN BARU OLEH PARTI PROGRESIF PENDUDUK (PPP) SEPANJANG MEI LALU.

Bagi prestasi pendaftaran pengundi baru mengikut parti pada Mei lalu untuk 14 negeri, DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), PKR (2,281), MCA (317), MIC (249) dan GERAKAN (75).

1 comment:

Anonymous said...

Parti komponen utama BN - MCA, MIC, Gerakan tidooooooooooooooo