Thursday, July 22, 2010

Kadar Base Landing Rate(BLR) terkini !!

Kadar Base Landing Rate (BLR) terkini.




Kalau sapa-sapa yang buat pinjaman perumahan guna kaedah konvensional memang cukup terasa dengan kenaikan BLR walaupun ia cuma +0.01%.

Rumah sekarang semuanya dah mahal. Lebih-lebih lagi area Lembah Klang. Puchong, Bangi, Kajang, Shah Alam...rumah kat satu semuanya dah naik harga. Dulu nak cari rumah landed double storey yang harga RM250,000 boleh lagi. Sekarang jangan harap lah. Paling kurang pun RM350,000. Yang kesiannya siapa? Anak muda bumiputera. Ramai yang tak dapat nak beli. Belum ada kerja tetap lah...nak beli kereta dulu lah...belanja kahwin lagi lah. Nak bayar 10% deposit rumah pun dah gelabah nak menggagau cari duit.

Realiti yang boleh kita lihat sekarang ni, orang non-bumi yang cukup agresif beli rumah. Kat mana-mana pun kita boleh tengok. Asal saja projek baru dilancarkan, ramai non-bumi akan datang serbu untuk survey. Kuasa beli mereka tinggi. Jarang nak nampak orang kita.

Selagi kadar BLR terus naik, selagi itulah lagi kurang orang kita membeli rumah. Apa nak buat... Kalau ada pilihan pun, ambil pinjaman rumah secara islamik.