Thursday, July 29, 2010

Melayu PKR akan 'disedut' keluar dari Pakatan Rakyat

Kita selalu dengar ada orang Melayu PKR masuk UMNO dan ada juga orang UMNO masuk PKR.

Tapi kita jarang dengar orang Melayu PKR masuk PAS walaupun PAS adalah parti Melayu/Islam (kononnya). Mereka ini lebih rela ‘mengetuk pintu’ UMNO berbanding PAS.

Mengapa?

Jawapannya mudah. Hati orang Melayu PKR lebih lembut dari hati Melayu PAS yang mungkin sudah hitam legam. Hati mereka terbukti begitu keras sehingga menolak gagasan kerajaan perpaduan walaupun ia dicadangkan oleh Hadi Awang sendiri.

Dan apabila tiba saat dan ketikanya, majoriti orang Melayu akan ‘disedut’ keluar dari PKR dan Pakatan Rakyat. Yang tinggal cuma saki-bakinya saja iaitu Anwar Ibrahim dan keluarga beliau. Akhirnya, Melayu PAS akan tinggal sendirian bersama Anwar Ibrahim dan DAP sehingga akhir hayat mereka.


Satu hari nanti kamu akan ditinggalkan sendirian bersama Anwar dan DAP.


1 comment:

Anonymous said...

SAMPAH PUNYA ARTIKEL