Saturday, July 17, 2010

Petrol Ron95 : Ismail Sabri, kenapa 1 Ogos??


Ada masa tulisan aku menyokong kerajaan, dan ada masa pula aku mengkritik kerajaan. Aku mengkritik atas dasar check and balance. Aku tegur pada tempat dan masa yang betul. Bukannya berdemo di jalanan.

Berkuatkuasa semalam harga petrol, diesel, gula dan gas dinaikkan. Alahh…rakyat marah kejap je. InsyaALLAH, esok lusa sejuk la tu.

Terbaru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, DS Ismail Sabri keluarkan kenyataan pasal petrol RON95.

ISMAIL SABRI : PETROL RON 95 TIDAK DIBENARKAN DIJUAL KEPADA KERETA ASING BERKUATKUASA 1 OGOS


Maksudnya di sini, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM 2.10 sen seliter mulai 1 Ogos. Ok lah kalau macam tu.

Tapi, aku rasa macam ada yang tak kena dengan kenyataan Ismail Sabri. Macam ada yang kurang. Mungkin kurang masin atau kurang pedas. Kalau aku berada pada waktu sidang media Ismail Sabri ni, aku akan cepat-cepat angkat tangan dan tanya soalan pada dia. Dia kan menteri. Mesti boleh jawab punya.

Wahai DS Ismail Sabri, kenapa larangan tersebut bermula pada 1 Ogos? Kenapa tidak sekarang? Kenapa tidak serta merta? Kenapa tidak dikuatkuasakan tepat jam 12.01 tengah malam pada hari ini? Kenapa ? Sila jawab !!

Ohhh..bila nak naikkan harga petrol untuk rakyat sendiri, bukan main cepat. Kerajaan cakap, berkuatkuasa tengah malam ini juga. Perghh…langsung tak bagi ‘masa kecederaan’ untuk rakyat. Langsung tiada ‘masa simpati’ untuk rakyat. Kesian.

Tapi, bila larangan terbaru dikeluarkan untuk kereta asing, berkuatkuasa pulak bukannya serta merta atau tepat jam 12.01 tengah malam. Tapi 1 Ogos. Siap bagi ‘masa kecederaan’ lagi. Sehingga 31 Julai nanti, ada 14 hari. Lama giler beb. Baik hati sungguh kerajaan aku ni. Pemurah.

Cuba anda teka dalam tempoh 14 hari akan datang ni, berapa banyak duit subsidi kita yang mereka akan sedut? Mesti banyak..confirm akan cecah berjuta-juta. Ismail Sabri tak perasan ke hal ni? Atau buat-buat tak tahu? Huh…kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Sebelum ni kerajaan kata, kalau potong subsidi akan jimat RM750 juta. Ok bagus tapi kalau 14 hari mendatang ni, kerajaan bagi orang asing makan free subsidi kita macam mana? Tak ke susut penjimatan RM 750 juta tu?

Cadangan aku senang. Pertama, tukar ayat larangan penjualan petrol tu PENGHARAMAN penjualan petrol kepada kereta asing. Ayat kena gempak. Biar orang takut. Haram !

Kedua, kuatkuasakan pengharaman penjualan petrol tersebut serta merta! Sekarang ! Bukannya pada 1 Ogos. Sekarang jugak bro! Bila lagi nak tunggu !!!!!


1 comment:

amieiezam said...

ha jawap menteri...jawap! well done bro...teman pun ding dong jugak antara nak sokong dengan tak pasal minyak