Wednesday, July 7, 2010

Jutawan misteri Malaysia bawa Paris Hilton

GAMBAR menunjukkan Paris Hilton bersama Jennifer Rovero di sebuah stadium di Johannesburg, Afrika Selatan pada minggu lalu.

JOHANNESBURG - Seorang jutawan Malaysia dilaporkan membawa selebriti terkenal, Paris Hilton dan pelakon filem Titanic, Leonardo DiCaprio ke sini dengan menaiki sebuah jet peribadi pada Khamis lalu dari London, lapor beberapa buah akhbar di Barat dan Afrika.

Paris yang terkenal sebagai anak pemilik Hotel Hilton dan menerusi program realiti televisyen The Simple Life itu diterbangkan ke sini untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2010.

Kebanyakan akhbar tidak mendedahkan identiti jutawan itu tetapi melaporkannya sebagai seorang jutawan misteri.

Sumber - Kosmo

Nasib baiklah berita ni tak dimuatkan di muka hadapan media arus perdana. Last week kisah cinta artis diletakkan di front page Utusan Malaysia. Tajuk besar adalah mengenai Anwar Ibrahim tapi gambarnya adalah artis. Pergh....semua orang tepuk dahi.


1 comment:

Anonymous said...

publisiti murahan kepada artis malaysia...kesiannnnnn