Ketika berlakunya peristiwa 13 Mei, orang Melayu berkumpul di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO. Di sinilah terletaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Idris Harun. Rumah ini telah menjadi saksi kebangkitan perjuangan sebuah bangsa.
Adakah rumah yang pernah menjadi tempat orang Melayu berkumpul ini masih wujud? Masih teguh berdirikah ia, atau sudah runtuh menyembah bumi? Jika rumah ini sudah tiada, kita seharusnya berasa kesal.
Orang lain mungkin melihat ia sekadar sebuah rumah biasa, Tapi kita harus faham bahawa rumah ini bukan sebarangan rumah. Rumah Dato’ Harun Idris ini sepatutnya di angkat menjadi simbol perjuangan bangsanya di Selangor. Rumah ini patut dipertahankan dan dijadikan sebuah memorial untuk anak bangsanya belajar agar tidak lupa, mudah lupa dan terus melupa.
Hari ini blogger GAP aka Gerakan Anti PKR telah menceritakan kisah perjuangan Almarhum Dato’ Harun yang mahu menegakkan martabat dan maruah bangsanya di bumi Selangor. Baca artikel GAP disini.
1 comment:
Cerita jek banyak tak guna bang...kumpul org melayu, kita planned baik2 demi menjaga org melayu kat tanah melayu ni...
Post a Comment