Tuesday, August 16, 2011
Allahuakbar..semoga video ini dapat merungkai segala kekusutan.
Alhamdulilllah, video ini hadir tepat pada masanya ketika JAIS diserang kiri dan kanan, depan dan belakang oleh puak pelampau.
Allahuakbar..Allah Maha Besar. Kebenaran tetap menjadi milik Islam.
Semoga para penyokong gereja dibukakan hati untuk bertaubat.
Pemimpin yang berundur selepas tsunami PRU 2008
- Bekas Presiden UMNO
- Bekas Presiden MIC
- Bekas Presiden MCA
- Masih Presiden Gerakan
Selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah. Tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.
Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang. Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir. Setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan. Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.
Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia. Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang. Lalu Awang tertanya-tanya apakah beliau seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang? - Awang Selamat
Monday, August 15, 2011
Friday, August 12, 2011
Malaysiakini peroleh dana dari luar negara?

Tony Yew dalam Stop The Lies (www.stopthelies.my) mendedahkan bagaimana Malaysiakini yang memperoleh sumber dana daripada Media Development Loan Fund (MDLF), sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan George Soros bagi membiayai operasinya sejak tahun 1999.
Katanya, MDLF sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Malaysia tidak mempunyai saluran alternatif untuk menyampaikan suara berikutan kawalan kerajaan ke atas media dan dengan adanya Malaysiakini, sebuah portal berita bebas, mereka memanfaatkannya untuk menyalurkan pandangan dan berita ke seluruh dunia tanpa sekatan.
Blog ini mendedahkan, pada 1999, South East Asia Press Alliance menyediakan geran sebanyak AS$100,000 kepada Malaysiakini dan kemudian pada 2001, MDLF menerusi CAMP (Centre for Advanced Media, Prague) iaitu sebuah badan teknologi MDLF telah membayar Malaysiakini sebanyak RM188,000 untuk membangunkan aplikasi dipanggil Adengine dan setahun kemudian MDLF membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.3 juta dalam portal berita itu.
"MDLF mempunyai poket yang dalam (banyak wang) kerana mereka memperoleh dana dari sumber-sumber Association of Alternative Newsweeklies, Bank Vontobel, Calvert Social Investment Foundation, DOEN Foundation, Dreilinden gGmbH, Foundation for Democracy and Media, Fritt Ord Foundation, John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, Omidyar Network, Open Society Institute, Oxfam NovibresponsAbility Ventures I, Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA), Swiss Agency for Development and Cooperation, Alexej Fulmek dan David Haas.
"Apakah Premesh Chandran masih mengatakan tidak satu pun dana tersebut datang daripada George Soros? Saya tiada apa-apa dengan Soros tetapi dia yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan 1998. Jadi, dia bukan sahaja menjatuhkan nilai mata wang kita tetapi juga memberi wang kepada Malaysiakini," katanya.
Katanya, Malaysiakini boleh berbangga sebagai sumber berita bebas tetapi jika melihat kepada sejarah dan sumber kewangannya, ia nyata menceritakan segalanya.
-Dipetik dari kolum Isu Blog @ Rencana Utusan
Thursday, August 11, 2011
Perhatian!! Lihat apa akan berlaku jika huruf s dibuang dari perkataan blogspot.
Rusuhan London : 33% sokong polis gunakan peluru hidup
Hasil daripada undian yang dijalankan oleh akhbar The Sun mengenai cara yang patut digunakan oleh pihak polis dalam mengekang rusuhan di London, hasilnya adalah seperti berikut :
> 90% responden menyatakan water cannon(meriam air) patut digunakan manakala 78% responden menyokong penggunaan gas pemedih mata.
> Lebih 60% menyokong penggunaan pistol taser dan peluru getah
> 82% menyokong arahan perintah berkurung oleh pihak berkuasa
> 77% menyokong pihak tentera masuk campur, dan
> 33% menyokong polis guna peluru hidup !
Rusuhan London: Dirompak, dipukul..tapi ia tak akan patahkan semangat saya - Asyraf
Asyraf berkata "walaupun menempuh pengalaman mengerikan dirompak dan dipukul namun dia tetap bersemangat untuk meneruskan pengajian di London".
Rakaman kejadian ini telah diupload di You Tube dan menarik perhatian jutaan penonton seluruh dunia.
Ia turut diulas oleh PM Britain David Cameron "sungguh menjijikkan bila melihat seorang lelaki muda berpura-pura mahu membantu ketika dia dirompak".
Asyraf kehilangan konsol PSP dalam kejadian ini.
Wednesday, August 10, 2011
Rusuhan Di London : Apa sebenarnya yang berlaku ?
Pada malam ketiga , kota London masih dicemari dengan rusuhan, keganasan dan rompakan.
Bagaimana rusuhan boleh tercetus? Apa puncanya?
Hari Pertama
Sabtu, 5.30 petang.
Seramai 120 berarak secara aman dari Broadwater Farm menuju ke balai polis Tottenham. Mereka menuntut keadilan untuk keluarga Duggan Mark.
3 jam kemudian, 2 kereta polis telah dibakar. Tingkap bangunan dipecahkan.
Perusuh mula melontar objek ke arah polis ketika polis menjalankan operasi bersurai.
3.00 pagi, Tottenham Hale Retail Park telah dirompak.
26 polis cedera, 42 perusuh ditangkap.
Pasukan bomba telah diancam ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran.
Hari Kedua
Ahad, 6.30 petang.
Di Enfield, perusuh melanyak kereta polis. Tingkap premis pula dipecahkan.
Sejam kemudian, 100 pemuda bertopeng berkumpul di balai polis.
Di Brixton, rusuhan bermula jam 9.30 malam. 3 polis dicederakan. Foot Locker Store dibakar.
Kedai lain turut menjadi sasaran perusuh iaitu Shepherd's Bush, Dalston, Chingford Mount, Walthamstow. Waltham Forest, Old Kent Road dan Ponders End.
Rusuhan berlanjutan hingga lewat malam melibatkan Oxford Circus, Holloway, Edmonton, Tottenham dan King's College Hospital.
Hari Ketiga
Isnin, 5.00 petang.
Ratusan perusuh menyerbu lori perdagangan, menyerang polis dan menghancurkan kedai-kedai di Hackney.
Di Peckham, bas dibakar perusuh. Polis arah semua kedai ditutup serta merta.
Di Lewisham, perusuh membentuk 'barricade' di luar balai bomba bagi menghalang tugas bomba memadamkan kebakaran.
Sumber- The Sun
London : Perusuh tunjuk b****t
Peristiwa : Rusuhan
Berani dia tunjuk bontot. Kena liwat nanti baru tau.
Ops! Apa liwat-liwat? Ini mesti konspirasi perusuh untuk memalukan saya - MrJuburi
Tuesday, August 9, 2011
Harga Petrol RON95 akan diturunkan?
Sejak 3 bulan lalu, harga minyak mentah dunia jenis West Texas Intermediate (WTI) semakin menunjukkan penurunan yang ketara.
Pada 9 May 2011, harga minyak berada di sekitar USD102.25 per barrel.
Sebulan kemudian iaitu pada 9 Jun 2011, ia berada pada harga USD101.93 per barrel.
Pada bulan Julai, penurunan harga mula berlaku. Ini dapat dilihat pada 8 Julai yang mana harga minyak WTI adalah USD96.20 per barrel.
Seterusnya pada 5 Ogos, harga minyak terus jatuh dan berada pada tahap USD86.88 per barrel.
Dan pada 8 Ogos(semalam), ia jatuh lagi kepada USD80.16 per barrel.
Sumber - WTI Prices, Crude Oil Price
Rezeki Syawal Untuk Kakitangan Awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bonus setengah bulan kepada penjawat awam dengan bayaran minimum sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini.
Beliau mengumumkan pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan, dibayar pada tarikh sama.
Syukur Allah dan terima kasih.
Friday, August 5, 2011
Jalan jem menjelang waktu berbuka puasa
Saya bekerja di Plaza Pantai, Kuala Lumpur. Setiap kali datangnya bulan Ramadhan, jarak perjalanan dari pejabat ke rumah yang hanya beberapa kilometer mengalami kesesakan yang amat teruk.
Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit boleh mengambil masa sehingga setengah jam. Ini amat mengecewakan.

Saya tidak dapat bayangkan betapa kecewanya mereka yang tinggal lebih jauh terutamanya bagi rakan-rakan Islam saya yang ingin berbuka puasa dengan keluarga tersayang.
Jadi saya ingin mencadangkan:
- Syarikat perlu menetapkan waktu bekerja berakhir pada jam 4.30 petang bagi kakitangan beragama Islam;
- Bagi yang bukan Islam, boleh mula meninggalkan pejabat selepas jam 7:00. Berilah peluang kepada rakan-rakan Islam kita pulang ke rumah tepat pada masanya untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka;
- Bazar Ramadhan ditempatkan jaduh daripada jalan utama
- Meletakkan polis trafik bagi menjaga lalu lintas di persimpangan
Kehidupan kita sudah cukup tertekan sekarang. Dengan adanya kerjasama dari semua pihak, setidak-tidaknya kita boleh membantu mengurangkan tekanan ini.
ED SOO,
Petaling Jaya.
-Views @ The Star (4th August 2011)
Orang Cina Kini Kembali Jadi Majoriti Di Pulau Pinang
Jika pada tahun 2009, jumlah masyarakat Melayu Pulau Pinang melebihi kaum Cina tetapi statistik 2010 menunjukkan jumlah tersebut berkurangan daripada 654,300 orang kepada 636,136. Sebaliknya, kaum Cina kini sah merupakan kaum majoriti di negeri ini selepas merekodkan kependudukan sebanyak 42.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri tersebut, ataupun 2.2 peratus melebihi kaum Melayu.
Menurut laporan terkini Bahagian Statistik dari Jabatan Perangkaan, bilangan orang Cina di Pulau Pinang ialah 670,400 orang berbanding dengan 636,136 orang Melayu pada tahun lalu.
Dari segi peratusan, kaum Cina merangkumi 42.9 peratus daripada 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh kaum Melayu dengan 40.7 peratus dan kaum India (9.8 peratus).
Lain-lain bangsa yang terdiri daripada bukan warganegara dan Bumiputera pula merekodkan 6.6 peratus daripada jumlah penduduk. - Mstar
Kami pasti statistik ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pola pengundian rakyat Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang. Ia akan menjadi satu 'battle' yang besar antara DAP, Gerakan dan MCA.
Thursday, August 4, 2011
Friday, July 29, 2011
Pasca kekalahan Harimau Malaya : Artikel menarik untuk peminat bola sepak Malaysia
Usah Panggil Pemain Ke Kem Kebangsaan, Kalau Sekadar Jadi Pelengkap
Kumpulan pertama : Asrarudin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Amar Rohidan, S.Kunalan, Amirulhadi Zainal, Ahmad Fakri Saarani, dan terbaru Ismail Faruqi Ashaari.![]() |
| Azmi, pelengkap |
![]() |
| Amar, tidak begitu berfungsi |
![]() |
| Shakir, tiada peluang |
![]() |
| Apek, cemerlang |







