Tuesday, June 8, 2010

Siapa kata Mufti Perak senyap mengenai isu judi bola?

Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria


Terjumpa satu komen di blog Gelagat Anwar yang mengulas mengenai isu judi. Begini komennya …

orang biasa | Jun 7, 2010 at 10:34 pm

“ Habis orang UMNO yang bising pasal jualan arak kat selangor tak retorik. Kata memperjuangkan Agama Islam, tapi terang-terang meluluskan lesen judi. Yang sdia ada payah nak hapus, ini keluarkan yang baru lagi. M ufti Harunsani pun diam tak kata apa-apa. Kalau Nil Aziz buat kenyataan lain sikit je mula lah nak komen macam-macam. Padahal berita tu diputar belit oleh akhbar yang mencetus ketegangan.. siapa lagi Utusan Malaysia”.

Kalau beri komen dengan fakta yang tidak betul akhirnya akan memalukan diri sendiri. Maka, satu dunia akan gelakkan kamu.


Siapa kata Mufti Perak Harussani Zakaria diam dan tak kata apa apa?


Siapa kata? Siapa kata?


Jangan tuduh Mufti Perak sebarangan..jangan tuduh Utusan Malaysia sebarangan..kamu baca atau tidak akhbar itu? Kalau dah berkiblatkan harakah, sememangnya otak dan hati boleh jadi hitam.


Pada 6hb Jun 2010, akhbar tersebut ada menyiarkan rencana tulisan Mufti Perak Harussani Zakaria yang bertajuk “JUDI MEMBAWA BALA”. Dengan jelas beliau mengatakan bahawa…


“Saya menasihatkan dan merayu agar pihak kerajaan membatalkan kelulusan untuk mengeluarkan lesen judi tersebut sempena perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010 demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan rakyat jelata dan memartabatkan negara, bangsa dan agama. Saya yakin negara tidak akan rugi, dengan membatalkan lesen judi tersebut, saya betul yakin, kerana itu adalah janji Allah SWT”.


Untuk baca dengan lebih lanjut, klik SINI.



Monday, June 7, 2010

Tidak tolong rakan tumbang

SEORANG anggota rejimen Scots Guards tumbang semasa latihan di London kelmarin.

LONDON - Tahap disiplin dan tradisi ketenteraan yang ketat tidak membenarkan anggota-anggota tentera lain membantu seorang rakan mereka yang tumbang dalam satu raptai diraja di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang anggota pasukan pengawal diraja, Scots Guards jatuh pengsan akibat cuaca panas 27° Celsius semasa sesi latihan terakhir bagi satu acara rasmi di sini pada hujung minggu depan.

Insiden kelmarin itu menyebabkan anggota keluarga diraja Britain yang dianugerah gelaran Duke of Edinburgh, Putera Philip cemas seketika tetapi beliau juga perlu menunggu sehingga perbarisan tersebut selesai sebelum melihat anggota berkenaan diberikan bantuan.

Pihak tentera Britain kemudian menyatakan, anggota malang itu telah sembuh sepenuhnya.


Siapa tak happy kalau cuti sekolah sudah tiba woii

7.10am – Start enjin kereta

7.35am – Dah sampai opis. Lebih cepat dari biasa.

Jalan clear !

Jalan tak jem !

Kalau hari-hari macam ni kan best..

Jimat petrol…jimat masa…

Bila sekolah cuti, budak budak gembira..aku pun turuuuuttttt gembira.


Sunday, June 6, 2010

Apabila seorang CEO bercakap mengenai subsidi rakyat


Terasa mual bila baca kenyataan seorang CEO dalam GLC. Almaklumlah..gaji sebulan cecah beratus ribu kemudian mengulas pulak mengenai subsidi rakyat. Memang ‘sesuai’.

-----------------------------------------------------------------------

Subsidi elektrik tidak mampu bertahan lama

PETALING JAYA 4 Jun - Pemberian subsidi semasa dijangka tidak mampu bertahan lama kerana negara mungkin terpaksa mengimport gas dan dijualnya mengikut harga pasaran pada suatu hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pengguna kini menikmati tenaga elektrik separuh daripada apa yang sepatutnya dibayar ketika harga gas di pasaran semakin naik.

"Sebagai contoh, kalau Petronas membeli gas pada harga pasaran RM100, takkan dia nak jual pada pemain industri pada harga RM50, jadi sebagai pengguna kita terpaksa membiasakan diri dengan membayar harga tanpa subsidi.

"Kita perlu bersedia untuk membayar lebih daripada apa yang dinikmati ketika ini kerana Petronas tidak akan selama-lamanya menanggung beban dengan membayar separuh daripada harga pasaran untuk menjual gas kepada TNB dan industri," katanya.

Che Khalib menambah, pengguna tenaga elektrik harus menerima kenyataan bahawa mereka tidak selamanya akan menikmati subsidi tenaga elektrik kerana tanggungan kerajaan ketika ini amat tinggi.

Beliau berkata, mengurangkan subsidi gas dan menaikkan tarif elektrik merupakan antara cadangan yang diusulkan oleh TNB untuk memantapkan ekonomi negara.
Bagaimanapun, langkah itu dijangka tidak memberi kesan kepada kebanyakan isi rumah kerana ia hanya akan melibatkan mereka yang menggunakan tenaga elektrik lebih daripada 200 kiloWatt (kWh).

Sehubungan itu, beliau meminta agar orang ramai berhenti berdebat tentang pengurangan subsidi tetapi membincangkan bagaimana caranya untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Che Khalib menyarankan mereka membahaskan mengenai berapa jumlah yang akan dinaikkan atau bila subsidi boleh dihapuskan secara beransur-ansur, seperti sama ada dalam tempoh lima atau sepuluh tahun, katanya.

"Keputusan-keputusan ini boleh diperbahaskan, tetapi untuk menyatakan bahawa subsidi akan berterusan saya merasakan ia tidak berlaku,'' katanya lagi.

Sumber – Utusan Malaysia

-----------------------------------------------------------------

Menurut laporan tahunan 2008, gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB ialah RM1,107,280.00 setahun. Sumber Malaysiakini. Itu tahun 2008 punya, bagaimana untuk tahun 2010?

Kalau boleh, mana-mana CEO yang sememangnya bergaji besar ni janganlah menyentuh soal subsidi. Kami rakyat kat bawah ni dah kecik hati. Sekian.

Saturday, June 5, 2010

Apa kata kalau KJ ......


Orang kata Khairy Jamaluddin (KJ) adalah liabiliti kepada UMNO. Yang dalam UMNO hentam KJ, yang kat luar UMNO pun hentam KJ. Malah, bloggers pro UMNO turut beri amaran, kalau DS Najib lantik KJ maka UMNO/BN akan gulung tikar dalam PRU13. Hebat ‘aura’ anak muda yang sorang ni.

Terbaru, KJ tidak diberi tempat dalam barisan kabinet Malaysia. Ada yang kecewa dan ada yang suka. KJ bagaimana? Pasrahkah beliau?

Dan ini ulasan beliau. "Terima kasih kerana menunjukkan sokongan tetapi jalankan tugas masing-masing dan jangan terpesong dengan hal ini. Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)”.

Persoalannya sekarang, sampai bila KJ tidak akan ‘diterima’? Sampai bila orang akan terus menyampah dengan beliau? Dan adakah KJ masih boleh terus bersabar melayan situasi begini? Hanya tuan empunya diri saja yang tahu.

Jika tidak punya hati yang kental dan mudah mengalah, memang sukar. Semua orang tahu anda cuba berubah, anda telah melakukan segalanya demi parti tapi masih tidak mendapat sokongan yang sewajarnya. Apa yang dibuat segalanya tidak kena. Ahhh..nasib kau lah KJ.

KJ. Mungkin kerana nama. Dengarpun orang dah tak suka.

KJ. Mungkin kerana warna kulit. Dulu sawo matang. Sekarang dah gelap. Tapi orang tetap tak suka.

KJ. Mungkin kerana parti. Sekarang ahli UMNO, esok lusa? Emm…masa tu mungkin baru orang suka.


Friday, June 4, 2010

Demonstrasi ok, tapi boikot lagi ok.


Bila ada isu melibatkan Israel dan Amerika, semua pihak akan mula bersuara, mengutuk, mengecam, memaki.

Tambah hebat, ada yang sanggup berdemonstrasi dan berarak hingga ke pintu kedutaan. Aku memang respect kamu semua kerana anggup berpanas dan berhimpit dengan ribuan orang demi menyuarakan kemarahan dan bantahan.

Apa yang diharap adalah semangat itu akan kekal dan tidak akan padam. Jangan jadi macam buih coca-cola. Bila buka penutup tin, berbuih-buih air coca-cola keluar. Tapi ia sementara. Lama kelamaan, buih pun hilang.

Bagi aku demontrasi kurang berkesan. Memorandum pun kurang berkesan. Senjata untuk kita menyuarakan bantahan kepada Israel dan Amerika adalah boikot barangan mereka. Itu adalah senjata paling ampuh.

Boikot dan terus memboikot. Jangan lagi pergi ke McD, Starbuck dan lain-lain.

Tapi kalau ada jualan murah barangan mereka hingga 70% diskaun macam mana? Ahh sudahhhh…


Thursday, June 3, 2010

Jangan biarkan rakyat menangis..


Nampaknya ada menteri yang berani usik subsidi rakyat. Kalau subsidi tidak ditarik,maka Malaysia akan bankrup dan jadi macam Greece. Setaraf sampah.


Itu hak menteri untuk cakap macam tu. Dia punya pentas, dia punya rostrum. Peduli apa sama rakyat.


Tapi aku pun rakyat. Keluarga aku, kawan-kawan aku rakyat. Orang kampung aku pun rakyat. Hati rakyat akan terusik bila subsidi diusik. Lebih-lebih lagi bila melibatkan perbelanjaan harian - petrol, tol dan barang keperluan.


Lupakah anda wahai pak menteri, kemudahan yang diterima secara langsung oleh rakyat adalah subsidi. Tak kira yang di bandar atau di kampung, semua akan dapat merasa subsidi.


Kerajaan buatlah apa pun. Lebuh raya bertingkat, jambatan bengkok, bangunan pencakar langit atau lain-lain, yang dapat faedah secara langsung golongan tertentu saja. Rakyat luar bandar tak dapat apa-apa.


Dulu bila kerajaan tubuhkan pasukan F1, aku sokong walaupun kos berpuluh juta. Duit rakyat jugak diperah.


Tapi bila subsidi nak di usik, hati rakyat cukup terasa. Dulu petrol dah naik sampai RM2.80 seliter. Rakyat bagi ‘hadiah’ untuk kerajaan. Tumbang 5 negeri.


Bila nak buat keputusan, selamilah perasaan rakyat. Luka dalam hati sapa yang tahu…


Wednesday, May 19, 2010

Facebook : Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia



Ini adalah akaun facebook Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia. Kalau korang support PDRM, dialu-alukan untuk jadi sahabat. Klik SINI.

Facebook kelab ini juga turut dimuatkan dalam berita Mstar online. Klik sini.

Monday, May 17, 2010

PRK Sibu : Itulah hakikatnya..


BN telah kalah di Sibu dan itulah hakikatnya..

''Kekalahan tidak akan membuatkan anda berkembang, tapi anda juga harus sedar betapa sukarnya mempertahankan apa yang telah anda kecapi sehinggalah kekalahan ini, dan inilah yang anda perlukan kadang-kala.

Kadang kala, anda memerlukan kekalahan bagi memberi nilai kepada setiap kemenangan yang telah anda perolehi. Kekalahan ini bukan suatu pengakhiran, tapi ia adalah satu pengajaran. Anda tidak boleh selalu menang, anda perlu juga kalah supaya proses muhasabah diri berlaku. Ia adalah proses evolusi kematangan yang normal.


Kepada teman-teman, teruskanlah perjuangan kalian semua dan jangan sesekali mudah putus asa...

Sunday, May 16, 2010

PRK Sibu : Muslimah DAP?


Memang dah molek bila pakai purdah. Tapi kenapa purdah ada lambang roket?





PRK Sibu : Peratusan mengundi hingga jam 12 tgh hari



Masa Jumlah Pengundi Peratus Pengundi (%)

9:00 pagi 3310

6.33%


10:00 pagi 11,270 20.21%

11:00 pagi

15,767

28.83%


12:00 tgh hari

20,241

37%

PRK Sibu : Peratusan mengundi hingga jam 11 pagi


Masa Jumlah Pengundi Peratus Pengundi (%)

9:00 pagi 3310

6.33%


10:00 pagi 11,270 20.21%

11:00 pagi

15,767

28.83%

PRK Sibu : Peratusan mengundi hingga jam 10 pagi


Masa Jumlah Pengundi Peratus Pengundi (%)

9:00 pagi 3310

6.33%


10:00 pagi 11,270 20.21%