Wednesday, September 1, 2010

Rating terkini SPR : UMNO semakin agresif 'mengejar' DAP


DAP masih berada di hadapan dalam mendaftar pengundi baru setakat ini tetapi pesaing terdekatnya Umno kelihatan cuba merapatkan jurang pada Julai lalu. Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang. Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus.

Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi. Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu. “Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi. Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR. Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara. Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.


Nasionalis1982 : MCA, MIC dan Gerakan terus lena diulit mimpi indah.


5 comments:

Megat Alam Gempita said...

BN = 59,374 n PR 105,037
Macamana tu, masih nak mimpi basah lagi? fikir-fikirlah !

Anonymous said...

shhh...senyap senyap. jangan bising. depa(MIC,MCA,GERAKAN) masih tidoq. air liur basi meleleh.

usin said...

Apa nak heran bro. MCA dan Gerakan dah swastakan daftar undi kpd DAP. Yg dok ada tu saja nak cover line je, malu ngan UMNO konon. Pigi dah... dasar longkang...

Anonymous said...

rakyat tak nampak pun sebarang usaha MIC, MCA dan GERAKAN...semuanya pemalas...

apa yg diaorg rajin buat adalah kongres..haha

Yang Canggih (....is Allah jua) said...

BN = 59,374 n PR 105,037
Macamana tu, masih nak mimpi basah lagi? fikir-fikirlah !

ANWAR GAMES IS FULL SUPPORT TU DAP'S DREAM..OTHERS: PKR & PAS JUST FOLLOWS. BUT...THE OTHERWAY ROUND IS:

Kerana PAS tolak Hudud , 756 ahli PAS keluar parti masuk UMNO

Akibat daripada penolakan PAS terhadap hukum Hudud yang selama ini dipejuangkan oleh parti itu , seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan PAS di Parlimen Larut mengumumkan keluar parti serta merta dengan menyertai UMNO .


SELAMA: Seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Pak Su Mat Arop Samat,klik di sini yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian UMNO secara besar-besaran.
Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di negeri itu. - BERNAMA

HARAM IS HARAM TO VOTE PAS..