Tuesday, September 7, 2010

Jangan gentar Zaid..LAWAN ! LAWAN !!


Datuk Zaid Ibrahim telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR. Jawatan yang akan beliau tanding bukan calang-calang kerana ia adalah jawatan Timbalan Presiden. Nak harapkan Zaid bertanding jawatan Naib Presiden? Sorry, jawatan tu tiada kelas. Zaid adalah bekas menteri UMNO. Jadi Zaid kena jaga prestij dan jawatan Timbalan Presiden PKR adalah paling sesuai dan secocok.


Rupa-rupanya niat Zaid tidak disenangi oleh segelintir pihak dalam PKR. Mereka seperti tidak berpuas hati. Sehinggakan ada ahli parlimen dan senator PKR sanggup mengadakan satu sidang media bagi menyokong Azmin Ali secara terbuka. Malah tanpa segan silu mereka mengiktiraf Azmin Ali sebagai regu terbaik kepada Wan Azizah. Perghhhh..kuat betul nada mengampu dan membodek dalam PKR. Maklumlah, pemilihan parti makin hampir. Pandai-pandai la nak hidup.


Kesian Zaid. Ketika ‘katak’ ini melompat ke dalam PKR, Zaid diangkat sebagai hero dan dipuji kerana mempunyai prinsip perjuangan yang berani. Bukan orang lain, tapi pengampu-pengampu dalam PKR sendiri yang puji begitu.


Namun kini, kesetian Zaid telah mula dipersoalkan. Tiada lagi gelaran hero atau zorro untuk Zaid. Gelaran yang kekal hanyalah kuda Zaid saja iaitu Kelantan.


Zaid tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Nak luah di bahu Anwar? Bahaya. Nanti lain pula jadinya. Jadi, Zaid meluahkan isi hati di laman blog beliau sendiri. Berdasarkan kepada susunan dan lenggok ayat dalam blognya itu, Zaid ternyata frust dan kecewa. Adakah Zaid juga merajuk?


Zaid sangkakan ribut hingga ke petang, rupanya cerah di tengah hari. Muncul ‘penyelamat’ Zaid iaitu naib presiden PKR, R.Sivarasa. Pelik sekali kerana Sivarasa sediri langsung tidak tahu menahu mengenai sidang media yang dijalankan oleh ahli parlimen PKR bagi mengumumkan sokongan kepada Azmin Ali. Malah, nama Sivarasa turut disenaraikan penyokong Azmin sedangkan beliau sendiri belum mengaku sama ada menyokong Azmin atau tidak.


Jadi, Zaid tidak perlu bimbang atau gundah gulana. Peluang Zaid untuk menang tetap ada kerana jawatan Timbalan Presiden itu akan ‘diperjudikan’ kepada hampir 400,000 orang perwakilan. Mereka yang berkuasa untuk memilih Zaid atau tidak. Bukannya ahli parlimen PKR yang sibuk mengampu tu.


Jangan gentar Zaid..LAWAN !! LAWAN !!


Biar putih tulang jangan putih mata !!



6 comments:

Anonymous said...

salam zaid, jangan gentar, jangan takut, lawan tetap lawan.

80% lagi dibelakang anda. azmin hanya dapat 20%.

kita nak lihat biar pkr hancur.

-art-

Anonymous said...

Betul tu...kuatkan semangat kamu Zaid. Kamu mesti lawan Azmin. Biar PKR hancur dan berpecah belah!!

Anonymous said...

kalau dibandingkan dengan kelayakan akademik, Zaid sepatutunya diberi peluang untuk menjadi timbalan presiden dan bukannya azmin ali..Azmin hipokrit anwar hipokrit demokrasi cakap pasal demokirasi ..porahhh mana boleh jadi kemp[en manager azmin dan bukankah ini dikatakn buyer???kalau umno buat anwar menyalak macam anjing..sebab ape anwar nak sangat tolak Zaid???takut rajsianya akan terbongkar sekiranya azmin kalah..inilah sebenarnya dia jadi kempen manager dan yang pengikut aljuburi pulak sokong habis...lebih baik sokong zaid seorang peguam yang hebat, handal dan dai juga hebat bercakap[ akan demokrasi..sokong lah zaid..

Anonymous said...

zaid adalah harapan untuk kita melihat PKR hancur !!

Anonymous said...

kalau kalah jemput la lompat ke PAS pulak,
TAKE BEER!!!
TAKE BEEER!!

Anonymous said...

Lawan tetap lawan jangan berundur setapak pun tak semua sokong Azmin kalau kau menang ubah pkr berjuang untuk parti bukan berjuang untuk Anuar saorang yg lain tu hanya nak jawatan saja bukan nak berjuang untuk parti bertahun bertahun dalam PKR apa jasa mereka dalam parti satu pun tara makan elaun buta je.