Tuesday, September 7, 2010

Iklan kontroversi TV3 : Konsep 1Malaysia jadi kambing hitam lagi ?


Kononnya Namewee anti racist dan support konsep 1Malaysia. Jadi dia ‘dihalalkan’ untuk buat video klip seperti gampang yang terang dan nyata mengutuk dan mengeji orang lain. Alahai…1Malaysia, dimanipulasi oleh orang yang tak faham konsepnya.

Terbaru adalah mengenai iklan raya di TV3 yang cetuskan kontroversi. Terdengar juga cakap-cakap di kedai kopi atau di facebook yang iklan ini dibuat sebagai kerana terlalu excited menyokong konsep 1Malaysia.

Individu yang membuat iklan ini iaitu Douglas Khoo Hong Seng sudah ditanya, apakah yang memberi inspirasi kepada beliau mencipta iklan raya yang ‘tidak nampak macam raya’ ni. Katanya, beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak, melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam. Beliau langsung tidak menyebut bahawa iklan sebagai manifestasi kepada 1Malaysia.

Masalahnya, di luar sana ada yang sibuk bercakap dan menyalahkan 1Malaysia di atas pembuatan iklan raya ini. Tak fasal-fasal konsep 1Malaysia jadi kambing hitam lagi.

4 comments:

Think said...

konsep 1malaysia tak sesuai dgn jln ceritanya,kalau pas for all mmg boleh...sesuai dgn watak pak lebai tu..ye la,kan mereka memperjuangkan kalimah Allah untk semua..

Anonymous said...

betul lah..bukan 1 Malaysia. tapi PAS for All or also known as ISRAEL for All..hehe

hangkedee said...

Dasar Yahudi berkopiah putih -kenapa tak tarok lambang bulang kosong ngok?

Anonymous said...

TV3 adalah agen Illuminati.

remember AJL? now Iklan Raya 2010.