Tuesday, September 21, 2010

Nombor plat 'MCA' hanya untuk ahli MCA?


PUTRAJAYA 20 Sept. - Nombor plat kenderaan berhuruf 'MCA' yang bakal didaftarkan tidak lama lagi kini heboh dikatakan sudah kehabisan? Difahamkan ia susulan daripada desakan ahli-ahli parti MCA supaya mereka diberi keistimewaan untuk memiliki nombor berkenaan sekali gus menyebabkan kementerian berkenaan menyerahkan kesemua nombor pendaftaran bermula daripada MCA 1 hingga MCA 9999 kepada parti terbabit.

Malah cakap-cakap mengenai perkara itu mengaitkan kononnya bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menggunakan kuasa vetonya untuk mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membekukan penjualan nombor pendaftaran itu agar dikhususkan kepada MCA.

Tee Keat ketika dihubungi berkata, beliau pada mulanya menyangkakan perkara itu sekadar gurauan rakan-rakannya apabila ditanya benarkah beliau telah menempah kesemua nombor pendaftaran 'MCA' untuk parti ketika memegang jawatan menteri.''Saya ingatkan soalan itu hanya seloroh tetapi sangkaan saya meleset apabila perkara ini turut ditanya oleh pihak media, rupa-rupanya ia sudah tersebar.

''Saya menafikan tuduhan itu kerana semua orang tahu saya bukanlah jenis yang taksub pada angka lebih-lebih lagi nombor pendaftaran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tee Keat, jika benar MCA ingin mempromosikan parti adalah lebih baik jika semua kaum dibenarkan membeli nombor pendaftaran MCA agar ia turut digunakan oleh semua bangsa sejajar dengan konsep 1Malaysia.Tegasnya, sebagai individu yang pernah menerajui Kementerian Pengangkutan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan secara bertulis mengarahkan JPJ memperuntukkan kesemua nombor pendaftaran MCA untuk parti.

''Lagi pun, kalau nombor MCA atau DAP ke, ianya hanya kebetulan saja, kenapa kita nak bolot, tak payahlah, saya rasa pelik bin hairan bila nama saya dikaitkan dengan perkara ini," katanya.


1 comment:

ISAC said...

Kena serangan Malware bro....

Visitors pun dah teramat kurang....