Tuesday, September 7, 2010

Persembahan Siti Nurhaliza anjuran Kerajaan DAP Penang


PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) bakal membuat persembahan selama dua jam di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 September ini bersempena dengan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri.


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun.


Para peminat hanya perlu membeli sebotol air mineral berharga RM1 yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menyaksikan konsert tersebut.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membuat pengumuman mengenai persembahan itu berkata, pembelian air mineral itu adalah bertujuan untuk membantu kerajaan negeri merekodkan jumlah mereka yang hadir pada konsert tersebut.


“Hakikatnya konsert itu adalah percuma,” kata Guan Eng kepada para pemberita, Isnin.


Sehubungan itu, Guan Eng menjangkakan ribuan peminat Siti akan membanjiri stadium berkapasiti kira-kira 12,000 penonton di Lorong Kulit, Georgetown itu bagi menyaksikan konsert itu.


Katanya, persembahan yang dijangka bermula pada pukul 8 malam itu turut mempersembahkan tarian kebudayaan dan dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertuan Negeri, Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.


“Memandangkan tahun ini, negara kita menyambut pembentukan Malaysia dalam bentuk cuti umum, Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menjadikan program ini sebagai sesuatu yang akan dikenang oleh rakyat negeri ini dan sesuatu yang menggembirakan,” katanya.


Adalah difahamkan, Siti Nurhaliza bersetuju untuk membuat persembahan tersebut.


Mstar Online


8 comments:

Anonymous said...

Buat apalah Dato' Siti terima undangan LGE tu, banyak lagi tempat yang boleh dibuat persembahan. Tak payah lah nak bersubahat dengan kerajan ultra kiasu tu. Minta Dato' Siti tarik balik penyertaan.

Anonymous said...

kalau nak buat konsert tu, jangan lupa jemput Nik Aziz. Nanti kecik hati pulak orang tua tu.

Anonymous said...

apa nak hairan dgn ct ni janji duit masuk...buat modal kosmetik pun pakai duit TEKUN walhal 2 laki bini ni asset 15juta...gamaknya dtk k pun mcm was was nak kasi duit dia takut bisnes lingkup...

cdzaini said...

biarlah ct nk buat konsert kt mane2 pun , nk terima undangan sesape pun . dia mmg seorang yg profesional , bukan main sakit lg hati korang ye .. hati dia x busuk mcm korang .

hangkedee said...

Biasa lah kerepot tak berduit hentam saja lah labu janji polos.Duit amanah TEKUN PUN SAPU juga ke? dasar sekejap buka sekejap tutup!!!!!

Anonymous said...

tak per ..jap buka jap tutup.. nik aziz bagi fatwa kata boleh..tpi kena jemput juga nik aziz ke konsert siti tu ...

Anonymous said...

woi..jangan marah siti. Nik Aziz pun dah bagi kebenaran. hehe.

Anonymous said...

hai nik aziz pun nak berduet dengan siti ke? lagu jeling menjeling sesuai benar