Wednesday, September 1, 2010

Baling najis pun boleh dapat upah ya


Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.


Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.


Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).


Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.


Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.


"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.

"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.


Beliau berkata biasanya, bahan-bahan taklimat untuk demonstrasi diperoleh daripada pihak yang membuat pesanan.


Aji berkata organisasinya mempunyai antara 20 hingga 30 peserta di setiap kampung di kampung-kampung di Jakarta dan peserta itu akan dikumpulkan bila ada pesanan untuk aksi demonstrasi.

Seterusnya, baca sini.


4 comments:

hilbert said...

Salam Merdeka bro,

ya bro,,hehe...apa boleh buat bro...dah mereka takde kerja lain...lontar najislah...nak lontar kek mana mampu beli..hehe

yang aku sakit hati sangat ni, mereka ni tak henti2 memprovokasi Malaysia...macamlah negara kita ni kejam sangat... nanti bila ada musibah melanda negara mereka, kan Malaysia juga yang pertama datang membantu...

Anonymous said...

salam,
indon ni berani dgn Malaysia je.
yg jaga org demo pun berdemo jugak. agaknya dpt duit. depa tak tau kalu kita pun demo, .... abis belaka. minah indon kat umah abis, kat kilang pun boleh tutup, kat kedai lagi, tukang cuci lagi, tukang umah, yg keja ladang dan macam-macam lagi. abis belaka kalau kita demo jugak. kalu tak ada indon, apa jadik agaknya kat org malaysia yg dok guna indon nie.

Anonymous said...

indon idiot

Anonymous said...

Mat-mat indon tu memang la dah tak de keja, sbb tu asal dpt makan, bunuh org pun diorang sanggup. Tapi sapa yang mengupahnya? Itu yang kena cari tu...