Monday, September 6, 2010

4,279,909 juta orang belum mendaftar dengan SPR ??


Daripada 15.6 juta warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas, jumlah yang telah mendaftar dengan SPR sebagai pengundi sehingga bulan Mei 2010 ialah 11,247,525 juta pengundi.


Ini bermakna, baki sebanyak 4.3 juta warganegara masih belum mendaftar walaupun telah mencapai umur 21 tahun.




Itu adalah angka yang diperolehi sehingga bulan Mei 2010. Bagaimana pula dengan angka sehingga Julai 2010?


Berdasarkan rekod terbaru hingga Julai, jumlah pengundi berdaftar telah meningkat sehingga 11,320,091 juta pengundi.


Namun begitu, figure masih tidak banyak berubah. Ada lagi 4,279,909 juta pengundi yang belum berdaftar !! Berapa juta? 4,279,909 JUTA !!!!


Sekarang kita nak salahkan siapa? Salahkan parti politik tidak bekerja kuat? Salahkan mereka yang tidak agresif mendapatkan pengundi baru? Mereka ni dah banyak kali ditegur oleh pemerhati politik termasuk blogger. Lebih-lebih lagi terhadap parti komponen BN - MCA,MIC dan Gerakan. Dah tak boleh nak kata apa dah. Duk lagu tu juga.


Nak kata MCA ada problem rumah tangga? Tak jugak. Semua kan dah ok. Lagipun mereka baru dapat presiden baru. Itulah..jangan asyik buat kongres kemudian keluarkan deklarasi tuntut itu dan ini. Ada orang bagi info, MCA telah menswastakan pendaftaran pengundi baru kepada DAP. Betulke? Mungkin tujuannya nak bagi sindiran pedas pada MCA. Tapi, kalau MCA masih tak terasa hati tak tahulah. Memang korang hati kayu.


Bagaimana dengan MIC?? Samy Vellu cakap dia ada misi iaitu target 25,000 pengundi baru dari kaum India sehingga bulan Ogos. Sehingga bulan Julai berapa MIC dapat? Cuma 1,109 ketul pengundi saja. Bila dengar angka ni, mungkin Samy Vellu akan tepuk dahi dan cakap MMM....I SEE. Jadi, mampukah MIC capai target 25,000 pengundi tu? Kita tunggu laporan SPR akan datang. Kalau tak capai, kita bantai MIC termasuklah si Samy Vellu sekali.



MCA dan MIC ....tidak dapat tidak kamu perlu AKUI kesungguhan UMNO dalam mendapatkan pengundi baru. Jangan lah kamu bersikap seolah-olah kamu adalah parti hingusan atau parti yang baru dilancarkan penubuhannya semalam. Sedarlah diri..parti kamu telah wujud sejak merdeka lagi kan. Jadi, bersikaplah dengan lebih matang.


Kepada MCA dan MIC, kalau dah terdesak sangat dan tak tahu apa nak buat, apa kata kamu pergi mintak UMNO buat tuition atau kelas tambahan untuk ajar kamu cara-cara nak dapatkan pengundi baru. Itupun kalau kamu muka tak malu.


MCA, MIC dan GERAKAN perlu kerja lebih keras. UMNO juga perlu berusaha lebih gigih. Cari ruang dan peluang supaya kamu dapat rebut 4,279,909 juta orang yang belum mendaftar tu.


Ingat..jumlahnya bukan sikit. Jumlah itu mampu mempengaruhi siapa yang lebih layak menduduki Putrajaya !!



3 comments:

Anonymous said...

parti komponen bn buat apa?umno je yang bagai nak rak..pasni minta dato najib masukkan pendaftaran pengundi sbg salah satu KPI, jawatan menteri dan timbalan bukan lagi berdasarkan nisbah parti yang ada tapi berdasarkan berapa banyak jumlah undi didaftarkan. contoh, kalau MCA na jawatan dalam kabinet ditambah, maka prestasi perlu dilihat dalam jumlah pendaftaran pengundi yang dilakukan. kalau tak, parti komponen jadi penumpang je la

GAP KEMBALI said...

bagus bro..fokus pada pendaftaran pengundi..aku link nanti..

kasi terjah mana-mana yang patut. yang lembap kasi balun yg agresif ucap tq..

bro tolong fokus pada isu ni..

Nasionalis1982 said...

GAP..

gua try mana yg mampu. tq