Saturday, September 18, 2010

Siapa yang meroyan bila dunia iktiraf ekonomi Malaysia ?


Berkiblatkan kepada sumber Laporan Bank of America Merill Lynch, Anwar Ibrahim telah menerbitkan 2 artikel dalam blognya bertajuk Ekonomi Malaysia Merudum Ke Tahap Kritikal (17.09.2010) dan Kerajaan Gagal Menarik Pelabur (18.09.2010).


Secara tersiratnya, artikel dalam blog Anwar itu cuba memberi gambaran buruk mengenai ekonomi Malaysia. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai satu cubaan untuk menimbulkan persepsi jahat dalam meracuni pemikiran dan menakut-nakutkan rakyat seterusnya mengharapkan rakyat bangkit untuk membenci kerajaan.


Sedangkan realiti sebenar adalah sebaliknya.


Malaysia sudah dinaik taraf rankingnya yang dahulunya hanyalah ranking 18 dunia pada tahun lepas dan tahun ini naik kepada no 10 pesaing ekonomi dunia.(International Institute for Management Development's World Competitiveness Yearbook 2010)


Malaysia berada di ranking ke-37 dalam senarai “Negara Terbaik Dunia” majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan. Di kalangan jiran, Singapura di ranking ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).(Newsweek)


Pada 30 Ogos 2010, KLCI ditutup pada 1,422.49, paras tertinggi sejak Februari 2008. (Bernama)


Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain di lima negara dan Presiden Bank Pusat Eropah Jean-Claude Trichet. (Bernama)


Apabila Anwar menggunakan laporan bank asing, memang ia nampak hebat dan gah. Orang kampung yang dengar pun mesti bangga dan ternganga. Walhal adakah mereka tahu bahawa Merrill Lynch & Co sendiri pernah bankrap sebelum diambil alih oleh Bank of America dengan nilai AS$50 bilion. Dengan mempunyai rekod buruk, reputasi yang pernah terjejas, kemudian boleh pula bank ini keluarkan laporan ekonomi untuk digunakan oleh Anwar dalam menghentam kerajaan Malaysia.


Ternyata ketika dunia makin mengiktiraf prestasi ekonomi negara, Anwar Ibrahim makin tidak senang duduk. Anwar merasakan pengiktirafan oleh dunia luar menjadi ancaman kepadanya dalam menagih sokongan rakyat bagi mencapai impian beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka dia akan cuba sedaya upaya mencipta persepsi dan spekulasi tidak baik terhadap negara.




6 comments:

Anonymous said...

selagi belum menjadi PM, selagi itu Anwar tidak akan memuji ..semuanya nak dikeji.

selagi anwar belum jadi PM, selagi itu yang baik akan nampak buruk..

itu lah anwar

Anonymous said...

Anwar hanyalah lulusan bidang kesusateraan [bukan niat memandang rendah lulusan sastera], jadi apalah sangat yang boleh diharapkan dari dia dalam bidang ekonomi.
Yang dia pandai hanyalah "mensasterakan" bajet negara yang dibentangkan semasa menjadi menteri kewangan dulu.
Meryll Lynch ni pun satu hal, rumah sendiri pun "not in order", ada hati nak rate rumah orang lain.

Zul Zab

Anonymous said...

x penah denga benda tu baik klu org lain buat..sume x elok..dia je betul..

Anonymous said...

apa lah nak jadi nuar ni. makin tua makin busuk hatinya. umo dah 60tahun lebih. maaf le ye nak cakap ni. kubur kata mari rumah kata pergi pun tak tau insaf lagi. orang lain jadi pendekar nak pertahankan negara. dia ni dak jadi petualang bagi pelingkup negara. tak payah lah teruskan cita2 nak jadi PM. negara perlukan orang muda yang ada wawasan. masa dia ni dah berlalu. kita tak perlukan orang tua yang dah nak nyanyuk untuk jadi pemimpin no satu negara.Allah bagi peluang dengan umo yang panjang supaya ada kesempatan nak buat banyak amalan. bukan terusan jadi orang yang sesat. sok lusa kalau pindah alam tak sempat taubat teruk kat sana nanti.

Anonymous said...

Fakta sebenar...

Anwar Ibrahim adalah bekas menteri kewangan paling gagal dan naif dalam sejarah Malaysia.

Bercakap macam pandai tapi bodoh.

Ular Menyusur Akar said...

Tun M ketawa apabila dengar nuar jadi penasihat kewangan dan ikonomi negeri Selangor.

agbr47: Satu-satu Menteri Kewangan Malaysia yang memohon bantuan IMF.