Wednesday, June 23, 2010

Penunjuk perasaan mahu Ariel 'Peterporn' direjam

Ratusan penunjuk perasaan menuntut hukuman rejam terhadap selebriti yang terlibat dengan klip video seks di Jakarta semalam.

JAKARTA - Sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal.


"Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati," kata seorang penyelaras protes itu, Fadilah Karimah.


Tunjuk perasaan itu dilakukan semasa klip video itu masih boleh dilihat di Internet.

Menurut perangkaan, Indonesia mempunyai kira-kira 40 juta pengguna Internet. - AFP

2 comments:

Anonymous said...

Sekarang macam macam gelagat ada ada bakar patung soo yang ni rejam batu dengan patung ariel pon boleh ka????

Nasionalis1982 said...

anon,

kalau boleh buat mcm tu apa salahnya..satu cara meluahkan perasaan kepada Ariel Peterporn.