Tuesday, June 15, 2010

Kepada BN Perak, tolong hati-hati ya.

Gambar : Kuda trojan

Pada tarikh 25 Januari 2009, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasharuddin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR.


Pada 4 Februari 2009, 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi Mohd. Osman Jailu, dan Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.


Nasharuddin Hashim yang 11 hari lalu telah keluar dari BN turut mengumumkan kembali kepada UMNO.Maka dengan itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dan digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional.


Hari ini, ADUN Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini, melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional.


Sehari dua ni memang kita ada mendengar puak PKR mendendangkan cerita bahawa ada ADUN BN akan lompat parti. Tapi sekarang, tiba-tiba pula ADUN Pakatan Rakyat yang keluar dari parti.


Bukanlah niat untuk mempertikaikan pendirian ADUN DAP tersebut.Tetapi perlulah diselidik kenapa dan mengapa beliau mengambil keputusan sebegitu.


Kepada DS Zambry dan BN Perak, jangan terlalu gembira. Berhati-hatilah. ‘Kuda trojan’ mungkin dihantar untuk memerangkap dan menjatuhkan kerajaan anda.



4 comments:

Anonymous said...

Agreed with u.
DS Zambry perlu hati-hati. Dalam politik, macam macam boleh jadi.

Anonymous said...

setuju sangat. jangan apa yg telah terjadi pd PR jd kpd BN pula.

Anonymous said...

selidik betui2..bukan apa,takut depa tiru taktik BN.

Maklumlah otak depa dah buntu nak pikir strategi baru sbb banyak minum ayor kencing anwar.

Megat Alam Gempita said...

Harap BN Perak berhati-hati sebab kuda trojan semakin ramai dalam BN. Yang penting pastikan BN kuat dan hentam Fuckatan sampai lumat.