Kerajaan dah buat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen judi bola kepada Ascot Sport.
Alhamdulillah…syukur. Terima kasih DS Najib kerana mendengar keluhan hati rakyat. Terbukti suara rakyat itu adalah suara keramat. Jadi bolehlah kita tutup buku mengenai isu judi bola ni. Yang baik jadikan tauladan, dan yang buruk jadikan sempadan.
Tapi ada satu puak yang perasan bagus iaitu GMJ a.k.a. Gerakan Rakyat Bantah Judi. Sebelum ini mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai untuk membantah pemberian lesen judi. Sambil berhimpun mereka akan baring atas jalan. Itu stigma. Tak boleh nak ubah.
Ekoran daripada keputusan kerajaan batalkan lesen judi, maka GMJ pun secara tak malunya mengubah plan. Daripada perhimpunan membantah kepada perhimpunan sambutan meraikan kemenangan. Kononnya lah.
GMJ jangan perasan bagus. Rakyat tahu siapa di belakang GMJ. Janganlah hipokrit. Pergilah buat perhimpunan membantah judi, nombor ekor, arak dan pelacuran di negeri pakatan rakyat dahulu. Dan jika kempen kamu itu sukses, barulah buat sambutan meraikan kemenangan. Itu barulah perjuangan sebenar dan sejati. Buktikan kepada rakyat bahawa gerakan kamu bukan ditubuh atas dasar politik dan undi semata-mata.
Kepada GMJ, berjuanglah atas landasan iman yang sebenar. Jangan bersikap double standard. Rakyat memerhati.
3 comments:
Apalah salah jika mereka ni mengucapkan terimakasih kepada kerajaan kerana "mendengar" rintihan rakyaat?
Kita bekerja bukan untuk mendapat nama dan balasan... perjuangan kena ikhlas...
puak2 ini reti ke bertrimakasih aatas apa yg krajaan bg?bersyukur pun blum tentu reti
mereka ini memang gila berhimpun..gila meroyan dan gila baring atas jalan.
apa jenis mentaliti lah diaorg ni.
Post a Comment