Saturday, June 12, 2010

Gelaran Datuk : Bukan Chua Jui Meng sahaja yang ditarik

Bukan bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sahaja yang kena tetapi tiga ada tiga orang lain yang turut ditarik balik gelaran Datuk oleh Istana Johor.

Mereka ialah wanita Asia pertama yang merentasi Kutub Utara dan Selatan Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Shaftdean Lufty Rusland dan peguam Hassan Yunos.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli yang mengadakan sidang akhbar di Istana Besar, Johor Bharu Jumaat mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap Chua yang kini anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan PKR.

Beliau bagaimanapun menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.

Katanya, kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah "melampaui politik."

Baca seterusnya di sini.

Desas desus sebelum ini ada mengatakan yang Anwar Ibrahim mahu mengadap Sultan Johor untuk memohon penjelasan kononnya gelaran itu ditarik atas sebab tekanan politik.

Jadi Anwar tak perlu melatah atau gelabah kerana bukan Chua Jui Meng saja yang ditarik gelarannya. Ada 3 orang yang lain. Tepuk dada tanya selera..kenapa dan mengapa.


2 comments:

agbr47 said...

Tak payah mengadap sultan jika selepas itu membuat ulasan menghina sultan. Itu hak mutlak sultan. Gunakan Kapal. Dia boleh dakwa sultan. Kapal pun baru terlepas dari tudahan menghina DYMM Sultan Perak. Tak tentu pasal UMNO pula yang dapat fitnah. Sultan bagi anugerah kepada yang berjasa kepada rakyat negeri. Jika jasa di tukar menjadi punah ranah, eloklah tu di tarik balik.

agbr47: Patut belajar muhasabah diri.

Anonymous said...

Kapal Sink tidak akan mendapat apa-apa gelaran..dulu kini dan selamanya.