Orang kata Khairy Jamaluddin (KJ) adalah liabiliti kepada UMNO. Yang dalam UMNO hentam KJ, yang kat luar UMNO pun hentam KJ. Malah, bloggers pro UMNO turut beri amaran, kalau DS Najib lantik KJ maka UMNO/BN akan gulung tikar dalam PRU13. Hebat ‘aura’ anak muda yang sorang ni.
Terbaru, KJ tidak diberi tempat dalam barisan kabinet Malaysia. Ada yang kecewa dan ada yang suka. KJ bagaimana? Pasrahkah beliau?
Dan ini ulasan beliau. "Terima kasih kerana menunjukkan sokongan tetapi jalankan tugas masing-masing dan jangan terpesong dengan hal ini. Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)”.
Persoalannya sekarang, sampai bila KJ tidak akan ‘diterima’? Sampai bila orang akan terus menyampah dengan beliau? Dan adakah KJ masih boleh terus bersabar melayan situasi begini? Hanya tuan empunya diri saja yang tahu.
Jika tidak punya hati yang kental dan mudah mengalah, memang sukar. Semua orang tahu anda cuba berubah, anda telah melakukan segalanya demi parti tapi masih tidak mendapat sokongan yang sewajarnya. Apa yang dibuat segalanya tidak kena. Ahhh..nasib kau lah KJ.
KJ. Mungkin kerana nama. Dengarpun orang dah tak suka.
KJ. Mungkin kerana warna kulit. Dulu sawo matang. Sekarang dah gelap. Tapi orang tetap tak suka.
KJ. Mungkin kerana parti. Sekarang ahli UMNO, esok lusa? Emm…masa tu mungkin baru orang suka.
No comments:
Post a Comment