Monday, June 21, 2010

Adakah benar RTM menipu rakyat Malaysia?


Selepas 10 hari Piala Dunia berlangsung, ramai tidak senang dengan RTM apabila mendakwa stesen televisyen itu membohongi rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati siaran langsung seperti mana diuar-uarkan.


“RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik”


“Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong.”

Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan.


“RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan,” kata Ibrahim. Seterusnya baca sini.


Rakyat yang tidak melanggan Astro tiada pilihan. Mereka berharap dapat menonton Piala Dunia di saluran tv percuma. RTM atau Media Prima. Nak harapkan Media Prima? Lupakan sajalah. Syarikat itu cuma perjuangkan hiburan – Mentor, Juara Lagu, My Starz LG etc.

RTM? Nasib baik ada siarkan juga Piala Dunia…tapi tak semuanya siaran langsung. Kalau tiada live waktu malam, kena tunggu hingga 2.30 pagi. Lebih malang kalau perlawanan waktu tersebut tidak melibatkan pasukan pilihan. Sekarang, rakyat dah komplen dengan RTM. Mereka kata RTM tipu rakyat. Promosi pulak bagai nak rak, mengatakan RTM adalah penyiar berlesen. Jadi dalam kepala rakyat, RTM akan menyiarkan ‘kesemua’ perlawanan Piala Dunia. Walhal yang ditayangkan adalah 24 siaran live dan 11 siaran ulangan sahaja. Nak buat macam mana, kenalah tengok bola di kedai mamak dengan bayaran segelas teh tarik..

---------------------------------------------------------------------------------------

Daripada siapa RTM mendapat hak penyiaran Piala Dunia?


RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam dan sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2 daripada pemegang hak siaran teristrial eksklusif Piada Dunia FIFA 2010 iaitu Syarikat Esprit Media Sdn Bhd. Baca sini.


5 comments:

pencinta kebenaran said...

salam..tp at least siarkan lah game2 yg org nak tgk jgn la siarkan game yg hampeh..tu yg org marah!

Nasionalis1982 said...

Salam pencinta kebenaran,

kalau tak langgan Astro, memang tak merasa la demam Piala Dunia sebenar...

nak harapkan RTM...mmm...Sukan Sea pun tiada siaran, kecuali semi final dan final bolasepak yang Malaysia dapat emas tu.

Anonymous said...

Tahniah RTM,

Dulu Rahmat Tipu Mahatzir, sekarang Ramai Tipu Melayu sebab melayu tak cukup duit nak ambik astro.

Memang patut kena maki pun, promosi saja lebih tapi bodoh mcm taik. Takkan la satu agensi kerajaan kena sekat dgn syarikat bodoh mcm tu. Logik ker ?

Tapi ada juga logik nya sebab yg pegi bincang tu pun bodoh jadi abih lah satu RTM kena maki BODOH !!!

Lain kali jgn biarkan si bodoh jadi ketua anda !

Bodoh punya ketua !

hilbert said...

Salam bro.,,

sayapun dah menyampah dengan rtm ni... betul selalu kata yang terkini..apa yang terkininya?

Lihat sekarang, tiap waktu ada iklan kata siaran langsung diTV1 dan TV2... habuk pun tarak...

hari tu pada pada perlawan masih awal sampai saya pernah tanya pasal hal ini kepada Sayed Munawar dalam facebook beliau kenapa RTM cakap tak serupa bikin tentang siaran langsung yang dikatakan disiar setiap perlawanan diadakan, namun jawapan beliau, dia tidak tahu pasal dia hanyalah pengacara sambilan di RTM...ADUAHIIIIII!!!!!

Nasionalis1982 said...

Hilbert,

Kalau itu jawapan yg diberikan oleh Syed Munawar, sebijik macam kisah murid yang ditanya mengenai jumlah lembu dan kambing.

Bila ditanya berapa jumlah lembu, murid itu boleh jawab dengan mudah. Tapi bila ditanya jumlah kambing..nah...dia kata tak tahu sebab apa? Sebab murid itu kata bapa dia cuma bela lembu dan tidak bela kambing.