Thursday, June 17, 2010

Adakah Tun Musa Hitam sudah lupa?


Sedikit kisah lama mengenai Tun Musa Hitam…


Mengulas pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan Umno pula harus menerima realiti bahawa umno tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu.

"Duri dalam daging sudah pun terkeluar dan dari sekarang pucuk pimpinan harus menumpukan usaha mereka kepada: Pertamanya, menerima realiti bahawa Umno sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya oleh rakyat, terutamanya Melayu.


“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘bersih, cekap, amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.


Ini pula kisah terkini mengenai Tun Musa Hitam…


Pengerusi Sime Darby Berhad (Sime Darby), Tun Musa Hitam menegaskan, beliau tidak perlu melayan semua tohmahan dan desakan memintanya meletakkan jawatan ekoran kerugian besar syarikat itu.


Sambil berterima kasih kepada pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan negatif terhadapnya, Musa berkata, beliau hanya akan membuat kenyataan berhubung kedudukannya dalam Sime Darby selepas siasatan audit forensik berhubung punca kerugian selesai Ogos ini.


“Saya tidak perlu melatah dengan semua kenyataan negatif yang dilemparkan terutama mengenai desakan supaya saya melepaskan jawatan. Sebaliknya, saya ucapkan terima kasih dan menganggap ia sebahagian daripada dugaan hidup yang perlu dilalui.


Komen –


Ketika Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO, Tun Musa Hitam ada berkata ‘duri dalam daging sudah pun terkeluar’.


Sekarang lain pula ceritanya. Bukan mengenai UMNO tetapi mengenai Sime Darby.


Syarikat yang dipengerusikan oleh Tun Musa Hitam itu telah mengalami kerugian besar. Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kesemua mereka yang bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami tanpa hanya dibebankan ke atas Ketua Eksekutif Kumpulan yang telah diminta agar bercuti sebelum tamat kontrak.


“Adakah hanya CEO sahaja yang bertanggungjawab? Siapa lagi yang turut terlibat dalam priojek dan gagal untuk melihat bahawa peningkatan kos adalah tinggi dan projek itu tertangguh hampir tiga tahun,” kata Tun Dr Mahathir dalam tulisan blognya. Bekas presiden Umno ini berkata beliau “merasakan tanggungjawab ini seharusnya dikongsi bersama.”


Jika Tun Musa Hitam tidak melepaskan jawatan, terpulanglah. Itu hak beliau. Namun, jangan sampai esok lusa ada pula orang menyindir ‘duri dalam daging masih belum keluar’.



No comments: