Tuesday, April 27, 2010
PRK Sibu : Kredibiliti pengundi Cina bakal teruji
Aku ada menulis tentang realiti pendirian pengundi Cina di dalam PRK di Hulu Selangor yang mana mereka di beri layanan first class oleh BN ketika tempoh berkempen. Klik sini. Namun hakikatnya, susu di balas tuba. Undi yang diterima BN jatuh mendadak berbanding PRU tahun 2008. Ironinya, sebelum hari mengundi Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan over konfiden menyebut 50 peratus pengundi Cina akan menyebelahi BN. Tapi ia tak menjadi kenyataan kerana Pakatan Rakyat kuasai 75 peratus undi kelompok tersebut. Jadi, sekarang apa cerita wahai MCA & Gerakan?
Akan datang ini akan berlangsung PRK di Sibu. Aku anggap PRK ini sebagai anugerah untuk BN kerana ia akan memberikan petunjuk dan signal mengenai kredibiliti pengundi Cina di Sibu yang mana kaum tersebut merangkumi 60 peratus daripada jumlah pengundi. Adakah kredibiliti pengundi Cina di Sibu sama seperti pengundi Cina di Hulu Selangor? Dengan kata mudahnya, antara pengundi Cina Semenanjung dan pengundi Cina Borneo adakah wujud perbezaan sikap mereka ketika memangkah kertas undi?
Kepada BN, tolong awasi golongan melayu liberal yang awal-awal lagi akan menabur racun di Sibu. Hati-hati dengan individu tersebut yang mungkin akan berkata dalam kempen mereka "Pengundi Cina boleh minta apa saja kepada kerajaan BN tetapi menyebelahi pembangkang ketika mengundi".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment