Andaian yang mudah....3A dalam PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali pasti antara yang rasa kurang sedap badan apabila Ezam Mohd Nor dilantik sebagai ahli Dewan Negara.
Walaupun persidangan Dewan Negara tidak sepanas Dewan Rakyat, tetapi gema suara Ezam tentunya akan menyakitkan telinga pakatan pembangkang kerana bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan itu mengetahui banyak perkara babitkan 3A.
Suara Ezam yang mulai Isnin ini akan bergelar “ YB Senator ” pasti akan meresahkan PKR khususnya Anwar dan Azmin.
Bahkan, banyak pendedahan yang sudah dibuat Ezam serta cabaran beliau meminta Anwar dan Azmin menyamannya jika segala dakwaannya tidak benar, tidak dijawab dua pemimpin utama PKR itu.
Sudah acap kali beliau menegaskan, banyak perkara mengenai Anwar yang beliau ketahui dan semua itu bakal terbongkar sedikit demi sedikit.
Pelantikan sebagai Senator dilihat langkah awal beliau memasuki gelanggang politik yang lebih serius.
“ Terima kasih bapak. Kita terus berjuang.Jawatan soal kedua…terima kasih atas doa bapak”, itu SMS ringkas Ezam mengulas mengenai perlantikannya.
sumber - Agenda Daily
No comments:
Post a Comment