Kalau ikut sumber dari Malaysiakini, Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.
Uncle Samy, dengar sini... Tidak kira siapa pun calon, tidak kira siapa pun yang bertanding, sama ada atas tiket MIC ataupun tidak, parti MIC tidak akan hancur.Pemimpin dan ahli datang dan pergi. Parti tetap di situ juga. Kalau bukan calon pilihan Uncle yang terpilih, kita kena kasi tolong sama dia untuk menang. Untuk survival MIC dan untuk BN jugak. Jangan kerana isu calon ini, BN akan berpecah-belah dan berpuak-puak. Seterusnya, Pakatan Rakyat akan guna peluang ini untuk lanyak BN.
Uncle Samy, you listen. We want to win back the seat. So be a gud boy and sing 'I will follow you'.
No comments:
Post a Comment