Wednesday, April 28, 2010

PRK Sibu : 'Isyarat Jari Tengah' untuk siapa?


@limkitsiang said in d end Rasa Chinese voters showed BN their x fingers by giving 82.5pc of votes to PR #Sibu #P212 about 13 hours ago via Twitter for BlackBerry® (Klik sini)

In the end Rasa Chinese voters showed BN their middle fingers by giving 82.5pc of votes to PR - about 15 hours ago via mobile web (Klik sini)

Kit Siang dengan beraninya berkata pengundi Cina telah menunjukkan isyarat 'jari tengah' kepada BN di Hulu Selangor. Aku tahu dia pasti tersenyum lebar melihat angka sebanyak 82.5 peratus pengundi Cina telah memangkah Pakatan Rakyat. Tapi dalam diam, Kit Siang tidak boleh angkuh dan mendabik dada kerana beliau tahu DAP tidak mungkin dapat dicapai matlamat politiknya menerusi DAP secara solo. Paduan impian Anwar hendak menawan Putrajaya dengan iringan doa restu Nik Aziz sudah cukup untuk menjadi pintu kepada harapannya. Dan harapannya dalam pilihanraya kecil di Sibu, Kit Siang mungkin mahu pengundi Cina di sana turut memberikan isyarat 'jari tengah' kepada BN.

Soalan terbesar ini ialah bagaimana agenda BN dalam pilihanraya di Sibu? Bagaimana hendak menghadapi ‘ perang sentimen’ dan bukan isu pembangunan?

Seperti di Hulu Selangor jika kawasan Melayu di Felda menjadi fixed deposit yang menyelamatkan BN. Tapi di Sibu tiada Felda. Anwar Ibrahim, Kit Siang dan Nik Aziz kini tentu sudah boleh goyang kaki melihat akaun simpanan tetap mereka di kawasan majoriti Cina sudah memberi pulangan lumayan.

Tapi Anwar Ibrahim dan Kit Siang kena ingat. Pengundi Cina di Sibu tidak sama dengan pengundi Cina di Semenanjung. Mereka lebih mengerti nikmat bersyukur dengan kemudahan pembangunan yang sedang dialami sekarang. Dan kenyataannya berkenaan isyarat 'jari tengah' itu mungkin akan memakan diri Kit Siang sendiri.


Adakah papan poster ini akan diterbangkan ke Sibu bagi mendoakan kejayaan DAP?

No comments: