Thursday, April 22, 2010

Ezam M. Noor dan Ahli Parlimen BN



" Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Ezam M. Noor akan menyerahkan beberapa dokumen kepada parlimen yang mengandungi maklumat mengenai bukti Anwar bersubahat melindungi skandal Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz dengan teman wanitanya."

"Kata Ezam, beliau berharap dapat menyerahkan dokumen berkenaan kepada ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam Khamis ini dalam satu ceramah."

"Ezam menambah, maklumat tersebut berguna kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen yang akan mendengar siasatan ke atas Anwar yang dihadapkan ke jawatankuasa itu kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan 1Israel."

Begitulah kuatnya hasrat dan tekad saudara Ezam dalam memperjuangkan prinsip dan kebenaran. Dengan bersumberkan kepada dokumen yang baru diperolehi dua hari lalu daripada seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Bank Dunia, saudara Ezam dengan beraninya mendedahkan sikap hipokrit Anwar yang sendiri bersubahat dengan presiden Bank Dunia yang juga seorang Yahudi yang turut merancang perang ke atas Iraq.

Sekarang, pendedahan maha berani saudara Ezam perlu di bantu dan diteruskan oleh Ahli Parlimen BN. Title anda sebagai wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat amat diperlukan dalam meneruskan pendedahan di dalam parlimen pula. Ezam tidak mampu melakukannya kerana dia hanya rakyat biasa seperti kita. Namun, beliau sudah melaksanakan tugasnya dan sekarang giliran Ahli Parlimen BN pula. Jadi, kalian jangan jadi pengecut. Dedahkan saja! Ini perlu untuk melawan tuduhan Anwar ke atas kerajaan berkaitan APCO.


Jika saudara Ezam adalah Ahli Parlimen, tentu beliau sendiri akan mendedahkannya. Tak perlu beliau menggunakan 'orang tengah'. Tapi tidak mengapa. Rezeki saudara Ezam untuk menjadi Ahli Parlimen mungkin ada dalam PRU akan datang. InsyaALLAH.


p/s - aku sokong jika Ezam bertanding di Shah Alam. Lawan Khalid Samad !!

1 comment:

Anonymous said...

ezam vs khalid samad...fuh...best tuh !