Tidak perlulah Naib Presiden PKR, Azmin Ali terjerit-jerit cabar Perdana Menteri berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim isu kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kerajaan.
Barangkali dah terdesak sangat tahu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan terkubur dalam PRK Hulu Selangor, Azmin sengaja pukul canang kononnya malam ini (24 April) ada debat Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, ahli parlimen Gombak itu, minta Datuk Seri Rosmah Mansor ganti jika Najib tidak berani.
Lebih baik jeneral perang Anwar itu bawa Ketua Pembangkang itu berdebat dengan bekas Setiausaha Politiknya Ezam Mohd Noor.
Apa macam...ada berani ka?
Pasti Anwar tak berani berdepat dengan Ezam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ketika zaman reformasi dulu.
Sebabnya, sudah berkali-kali Ezam cabar Anwar berdebat atau jawab pendedahan beliau perihal kotornya politik Anwar yang juga bersekongkol dengan pemimpin Yahudi.
Ketika ceramah bersama rakan tenis Anwar, Datuk S.Nallakaruppan dengan tajuk ‘Jangan Main Belakang’ di pekan Batang Kali, malam Jumaat, Ezam sekali lagi cabar Anwar jawab segala pendedahannya.
“Saya datang nak tunggu jawapan dia (Anwar). Kenapa dia tak jawab dan alih cabaran kepada Perdana Menteri?...Najib bukan standard dia nak layan Anwar, cukuplah saya yang debat dengan Anwar,” katanya.
Ezam mencabar Anwar menyatakan di mana sahaja hendak berdebat termasuk di markas PKR di Hulu Selangor.
Beliau juga mengulangi pendedahan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.
''Baru-baru ini saya telah mendedahkan hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz yang merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam.
''Saya telah berikan tempoh seminggu kepada beliau untuk menjawab dan membuat penafian,” katanya.
Kelmarin, Ezam berkata, beliau akan menyerahkan kepada ahli-ahli Parlimen 'dossier' (fail mengandungi maklumat) termasuk surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.
Ketika membuat pendedahan itu, Ezam berkata, surat tersebut membuktikan Anwar duduk di yayasan itu untuk kepentingan Israel serta Yahudi dan beliau mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjawab perkara berkenaan.
Menurut Ezam kerana Ketua Pembangkang itu terus membisu, beliau cabar Anwar jawab perkara itu dalam tempoh 24 jam sebelum tamat tempoh berkempen di Hulu Selangor.
“Kalau saya buka semua yang saya tahu pasal Anwar, saya percaya beliau tidak berani datang ke Hulu Selangor,” tegas Ezam di depan hampir 500 pendengar.
Beliau menyifatkan Anwar seorang yang munafik kerana bersekongkol dengan Yahudi.
Katanya, kalau pengundi-pengundi di Hulu Selangor merasakan jiwa mereka cintakan keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara, “Anwar patut diludah sahaja kalau bertemu di jalan.”
Tegasnya, ramai yang sudah berkorban untuk Anwar sebelum ini meninggal PKR termasuk pakar bedah saraf dan otak Datuk Dr Halili Rahmat.
“Nasib baik dia tak bedah otak Anwar,” katanya.
Pada ceramah itu, Ezam juga menarik balik setiap patah perkataannya ketika membela Anwar dalam kes liwat terdahulu.
Beliau menyeru pengundi-pengundi sebelum menyokong PKR bertanya Anwar terlebih dahulu dan minta Ketua Pembangkang itu bersumpah betul atau tidak pernah meliwat.
sumber - Agenda Daily