Wednesday, August 10, 2011

Rusuhan Di London : Apa sebenarnya yang berlaku ?


Pada malam ketiga , kota London masih dicemari dengan rusuhan, keganasan dan rompakan.
Bagaimana rusuhan boleh tercetus? Apa puncanya?


Hari Pertama
Sabtu, 5.30 petang.
Seramai 120 berarak secara aman dari Broadwater Farm menuju ke balai polis Tottenham. Mereka menuntut keadilan untuk keluarga Duggan Mark.
3 jam kemudian, 2 kereta polis telah dibakar. Tingkap bangunan dipecahkan.


Perusuh mula melontar objek ke arah polis ketika polis menjalankan operasi bersurai.
3.00 pagi, Tottenham Hale Retail Park telah dirompak.
26 polis cedera, 42 perusuh ditangkap.
Pasukan bomba telah diancam ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran.



Hari Kedua
Ahad, 6.30 petang.
Di Enfield, perusuh melanyak kereta polis. Tingkap premis pula dipecahkan.
Sejam kemudian, 100 pemuda bertopeng berkumpul di balai polis.
Di Brixton, rusuhan bermula jam 9.30 malam. 3 polis dicederakan. Foot Locker Store dibakar.
Kedai lain turut menjadi sasaran perusuh iaitu Shepherd's Bush, Dalston, Chingford Mount, Walthamstow. Waltham Forest, Old Kent Road dan Ponders End.
Rusuhan berlanjutan hingga lewat malam melibatkan Oxford Circus, Holloway, Edmonton, Tottenham dan King's College Hospital.


Hari Ketiga
Isnin, 5.00 petang.
Ratusan perusuh menyerbu lori perdagangan, menyerang polis dan menghancurkan kedai-kedai di Hackney.
Di Peckham, bas dibakar perusuh. Polis arah semua kedai ditutup serta merta.
Di Lewisham, perusuh membentuk 'barricade' di luar balai bomba bagi menghalang tugas bomba memadamkan kebakaran.

Sumber- The Sun

3 comments:

Anonymous said...

Gempar berita dari london tadi
Rusuhan yang berlaku di London adalah angkara perbuatan UMNO kah kah kah nanti demostrasi akan di adakan di Kuala Lumpur oleh Pakatan Rakyat membantah campur tangan UMNO di kota London....

Anonymous said...

tidak syak lagi..Britain memang layak ditabalkan sebagai juara hak asasi dunia selain USA.

Anonymous said...

Semua kejadian buruk yang berlaku adalah angkara UMNO.

BODOH punya PAS.... otak udang, otak pemalas dan otak dengki....
kahh.. kah... kahhh...