Monday, December 13, 2010

Pendedahan WIKILEAKS : Anwar makin serabut

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa, Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sekarang.

Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat. Selanjutnya, BACA SINI.

Nasionalis1982 : Jaga-jaga..nanti orang itu akan berlari-lari anak menuju ke Kedutaan Turki. hehe

3 comments:

Anonymous said...

run anwar runnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
run for your life.....hahaha

Anonymous said...

aku dok tunggu presiden PKR bukak mulut dia pasal ni...anugerah tuhan la kata kan...he..hee..hee...tapi aku dok dengaq lani dari orang yang lebih kuah dari nasi dok cakap ja...presiden takan nak sengap ja....

Anonymous said...

die dok ngamuk kat parlimen hari ni. cian 'anugerah' ni... idup diselubungi kekusutan.