Wednesday, December 8, 2010

Jom Baca : Rahsia carian Google

HAMPIR setiap saat setiap individu di negara menggunakan agen carian bagi mencari pelbagai maklumat di laman web. Terdapat pelbagai laman carian di Internet yang biasa digunakan seperti AltaVista, InfoSeek, Google, Yahoo dan Lycos sekadar menyebut beberapa nama.

Bagaimanapun enjin carian yang popular, Google dan Yahoo mendapat tempat di kalangan pengguna Internet. Diberitakan bahawa agen carian Google mempunyai banyak kelebihan jika kita tahu membongkar 'rahsianya'.

"Selalunya pengguna mengambil masa yang lama untuk mencari sesuatu maklumat di dalam Internet.

Pengguna boleh menggunakan enjin carian Google dengan mudah dengan menaip pembuka dan penutup kata "..." bagi mencari satu perkataan. Ini dapat mengurangkan masa untuk mencari bahan di dalam Internet.

Bagi mencari dua perkara berlainan, pengguna boleh menaip "..." "..." misalnya bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat. - Utusan

No comments: