Tuesday, December 21, 2010

Final AFF Suzuki Cup : Adakah RTM ambil peduli suara rakyat?

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta supaya menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan menyaksikan Malaysia menentang Indonesia, hujung minggu ini.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafli dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air masih mengharapkan penyiaran penuh oleh RTM.

Kata beliau, kementerian perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan rakyat tidak berasa kecewa seperti mana yang dialami mereka ketika gagal menyaksikan aksi penuh skuad negara pada peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

"Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dan berkongsi kegembiraan dengan skuad bola sepak negara yang hari ini telah membuktikan peningkatan prestasi mereka," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Mohd. Razlan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonton lintas langsung di skrin besar di Bukit Bintang beberapa hari lalu juga membuktikan sokongan beliau terhadap sukan tanah air.

"Oleh itu, kita juga mahukan pihak tertentu di kementerian juga dapat merasai kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan," katanya.

Pada aksi separuh akhir lalu, siaran langsung hanya bermula kira-kira 30 minit selepas permainan berlangsung dan ia menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat.

"Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada RTM jika boleh menyiarkan keseluruhan perlawanan akhir nanti," tegas beliau lagi.

Nasionalis1982: Kepada yang melanggan Astro, mereka boleh menonton Astro Starsport. Tapi ulasan diberikan dalam bahasa inggeris. Tak syok. Lagi best tengok RTM. Ulasan pun dalam bahasa melayu. Sehingga saat ini, KPKK dan RTM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai waktu siaran langsung perlawanan akhir AFF Suzuki Cup. Rakyat terus menanti.


3 comments:

Anonymous said...

harus ingat kalau RTM war2 kan awal2 ada siaran lansung stadium akan jadi macam gelora senayang . peminat nak tengok yg free je tak nak datang stadium.tak macam penyokong indonesia mereka patriotik begitu juga dengan penyokong vitnam pada separuh akhir .

Anonymous said...

RTM jangan la main tarik tali dengan rakyat..kesian la pada rakyat yang berada jauh di luar KL

Nuprep said...

lg satu siaran biarlh ditv2..jelas skali..igtlah tv1 mmg x clear..mcm gambar ujan ributpasir..byk rumah2 rakyat yg dpt siaran camtu..tolonglh TV2