Tuesday, December 21, 2010

RTM siar perlawanan akhir Piala Suzuki

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Ahad ini.

RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan itu sama ada menerusi saluran TV1 atau TV2 yang terletak di bawah stesen tersebut.

Menurut Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, siaran langsung itu diadakan berdasarkan permintaan ramai peminat bola sepak tanah air biarpun ia turut disiarkan melalui sebuah stesen TV berbayar.

“Ya, perlawanan akhir itu akan disiarkan secara langsung di RTM. Kita tahu ia mendapat perhatian umum dan bukan perlawanan biasa,” katanya pada sidang akhbar di Istana Budaya (IB) di sini hari ini. - Utusan

Nasionalis1982: Persoalan terjawab. RTM akan siarkan secara langsung perlawanan tersebut. Apa-apa pun kita boleh ucap terima kasih pada RTM.

1 comment:

Ms Pearl said...

perfect!

"Rakyat di dahulukan" - :D
bukan semua ada ASTRO kan? kan? kan?