Monday, October 24, 2011

Tiket final RM50 - Terima kasih FAM. Jasamu dikenang.


Tiket final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu berharga RM50 bagi setiap tempat duduk.

Jika anda ada 5 ahli keluarga yang mahu menonton bola di stadium, kena sediakan RM250.
Itu belum kira kos petrol, tol dan makan minum. Kalau yang duduk jauh seperti di Kuala Terengganu, cuba bayangkan berapa banyak kos kena tanggung.

Nampaknya, hanya orang-orang kaya boleh ke stadium.
Hebat sungguh final bola sepak Malaysia. Mujurlah hanya ada SATU FINAL, bukan dua atau tiga.

Terima kasih FAM. Jasamu dikenang.

2 comments:

usin said...

rm50 x 60000 tempat duduk. 3 juta bro!!! baik tengok kt tv jelah. fam ni tgh asah pisau nk semelih peminat bola kot.

Anonymous said...

FAM ni bila masa la nak betul2 profesional..cakap bergegar...ade team yg tak bayar gaji player..profesional ape camtu...ade player takut nak cakap gaji tak dapat..pasai apa?pasai team tu tak boleh nak mengadu..sebab yg pegang kuasa sultan dari negeri tu