Wednesday, October 19, 2011

Ketua Pemuda PAS akan sertai Perhimpunan Anti Murtad ??

PAS mengeluarkan kenyataan "TAK AKAN SERTAI PERHIMPUNAN ANTI MURTAD".

Tetapi, apabila dirujuk ke laman web HIMPUN (klik SINI), nama Pemuda PAS telah disenaraikan sebagai penyokong perhimpunan anti murtad ini. Malah Pemuda UMNO juga turut tersenarai bersama-sama Wanita UMNO.


Ketua Pemuda PAS iaitu Nasrudin Hasan juga telah mengeluarkan kenyataan dalam laman FBnya bahawa dia akan hadir.



Jika kepimpinan tertinggi PAS tidak bersetuju dengan perhimpunan anti murtad ini, mereka patut aju soalan kepada Saudara Nasrudin.

Mengapa Pemuda PAS turut tersenarai di laman web HIMPUN? Adakah Pemuda PAS telah derhaka dan tidak patuh kepada arahan kepimpinan tertinggi supaya tidak menyertai perhimpunan ini?

7 comments:

C L J said...

Kalau pun ia diketuai oleh YB Zulkifli Nordin dan YB Sen Ezam apa salahnya ?? Tujuannya bukankah anti Murtad ???

Anonymous said...

Hj Hadi orang Islam.
Ezam org Islam.
Zul Nordin juga orang Islam.
Saya juga orang Islam.
Apa salahnya berhimpun demi akidah org Islam?

Anonymous said...

pas x akan menyertai mana mana perhimpunan apalagi yg berkonsepkan penyatuan umat islam sbb x dpt endorsement dari tuan nya....maklumlah anjing kenalah setia ngan tuan...barulah layak ngan title anjing suruhan tu....

Anonymous said...

Tu kenyataan nasrudin semalam sebelum Tuan Guru keluarkan arahan jangan hadir.
Cerita hari ini macam mana?

Anonymous said...

PAS takut dengan DAP tetapi tidak takut dengan kemarahan ahli ahli PAS yang ingin mempertahankan maruah agama Islam tersayang. Politik adalah lebih penting dari mempertahankanIslam bagi pemimpin PAS.

Anonymous said...

Kalau Ahli dan Pemimpin PAS sertai himpunan sejuta umat islam nanti, anak cucu Pak Ya Kapak nazar nak pakat cukur rambut dan nak botak kepala semua. kalau tuan tuan nampak orang yg kepalanya botak tandanya tu la anak cucu Pak Ya Kapak.hehehehehe.

Anonymous said...

Ya, yg akan hadir tu semuanya Islam, Insya ALLAH.

Yg mereka takutkan nanti adalah siapa yg akan 'terkehadapan' dan menjadi 'key-person' !

Jika org PAS 'terkehadapan', org PAS lain suka tapi org UMNO 'mungkin' benci'.

Jika org UMNO 'terkehadapan', pasti org PAS sangat benci.

Begitulah daruratnya pemikiran org PAS & UMNO yg jumud - tak tahu membezakan Ugama Islam dan percanggahan politik.

Mereka ini TIDAK membaca suruhan ALLAH -
http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/
[29]
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. ... (hingga akhir ayat).

Moga ALLAH Menjadikan ini titik permulaan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Moga ALLAH Memberi petunjuk siapa yg 'berpotensi' utk dijadikan pemimpin yg akan menegakkan Ugama MU disamping membangunkan Malaysia menjadi negara contoh.

AMIN.