Thursday, June 30, 2011

Parlimen dicemari anasir BERSHIT







Gambar di atas kami cilok dari SINI. Terima kasih.




Mangsa terbaru BERSHIT


Selepas penangguhan konsert “2 Raksaksa 2011” gabungan Blues Gang dan Sweet Charity, gara-gara demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan, teater Mak Dara Nyonya turut mengambil langkah sama dengan membatalkan pementasannya pada tarikh tersebut.

Teater tersebut bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.

Namun, kata penerbit teater itu, Siti Rohayah Attan, atas nasihat pihak polis, tarikh pementasan pada 9 Julai perlu dibatalkan supaya tidak timbul masalah lain yang berkaitan dengan demonstrasi berkenaan. - Mstar

Wednesday, June 29, 2011

Berani sungguh dia nak gulingkan kerajaan melalui perhimpunan !!


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar telah menilai kenyataan Ketua AMK dan menganggap ianya ‘sangat serius’ dan ‘melampau’.

Kita sendiri boleh lihat wajah dan nada Datuk Seri Khalid ketika mengulas perkara ini yang disiarkan dalam berita semalam. Serius, tegas dan tidak berselindung.


“Ini satu kenyataan yang sangat serius..saya nasihatkan siapa juga jangan buat apa-apa kenyataan yang boleh mudaratkan ketenteraman awam...ini hingga menyebut hendak gulingkan kerajaan melalui perhimpunan..ini melampau.”


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.


Jika 'hasrat' Ketua AMK itu menjadi kenyataan pada 9 Julai iaitu mahu gulingkan kerajaan melalui perhimpunan, maka kami berani cakap, 10 Julai, 11 Julai dan seterusnya adalah hari-hari mendatang yang tidak pasti bagi Kuala Lumpur dan Malaysia. Aman dan sejahterakah kita?


Bukti video ada dibawah. Kredit untuk blog Media Permatang Pauh kerana siarkan video ini.

BERSHIT baham '2 Raksasa'


Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.

"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas.

"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.

Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.

Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting

"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur. - Mstar

Tuesday, June 28, 2011

Depan boss cakap lain, belakang boss cakap lain. Last2 Johari kantoi!

Apa nak dikato !

Johari Abdul Aziz sudah terkantoi gila babi.

Depan boss cakap lain, belakang boss cakap lain.

Malu semalu-malunya. Mana nak letak muka.

Masa sidang media di pejabat PKR, hang punya cerita banyak sedap. Terangguk-angguk kepala Saifudin Nasution.

Perut tak sama la..punggung tak berisi la..berlakon jadi P. Ramlee la...

Apa nak dikato !

Sepandai-pandai Johari Abdul Aziz melompat, akhirnya jatuh tergolek jua. Hehe

Video bawah : Sidang media di pejabat PKR bulan Mac 2011




Video bawah : Aksi sebenar Johari Abdul Aziz. Kami pasti video penuh akan menyusul kemudian.



Buat apa la nak bakar pejabat PKR yang dilelong tu..wakaka!


Siapa yang nak bakar pejabat PKR?
Jangan-jangan orang PKR sendiri yang buat cerita.

Jika betul PATRIOT ancam nak bakar, mana api, mana gasolin?
Tipikal PKR. Cakap semberono. Bila mintak bukti, PKR sukar konar baring 'belakang'.

Siapa yang mula kerja ugut mengugut?
Siapa yang keluarkan kenyataan nak gulingkan kerajaan di jalanraya?
Cakap jangan sebarang cakap.

Lokman Adam sendiri menafikan tuduhan PKR.
Baca SINI.



Monday, June 27, 2011

DAP fokus BERSHIT. Mereka buat-buat lupa mengenai Laporan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock?

Pada 22 Jun 2011, Suruhanjaya Diraja(RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock telah menyerahkan laporan setebal 124 halaman kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.
Berita mengenai penyerahan laporan ini turut dimuatkan dalam portal Malaysiakini. Disini, kami tabik dengan RCI kes Teoh kerana efisian dalam melaksanakan tugas. Cepat dan pantas.



Namun, apa yang berlaku sekarang amatlah luar biasa dan jarang-jarang berlaku. Adakah anda semua perasan, mengapa DAP menjadi bisu dan tidak bersuara langsung mengenai RCI Teoh Beng Hock?

Kenapa DAP senyap? Biasanya merekalah juara membela Teoh Beng Hock. Mengapa DAP tidak bersuara dan mendesak supaya laporan RCI ini didedahkan kepada umum?

Kami tak terkejut jika DAP menyalak hingga meleleh air liurnya, tapi kami amat terkejut beruk kenapa DAP tiba-tiba jadi kelu dan bisu.

Ketika RCI dijalankan, peguam SPRM telah mendedahkan rahsia besar DAP. Klik SINI.


Sekarang, DAP dilihat menyibukkan diri dengan BERSHIT. Mungkinkah BERSHIT digunakan untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI Teoh Beng Hock?

Segalanya mungkin!

Oi BERSHIT, tang mana yang tidak bersih dan tidak adilnya?

Kami minta anda semua lihat analisa Pilihanraya Umum Mac 2008 di bawah ini. Perhatikan betul-betul kerusi yang dimenangi oleh BN dan Pakatan Rakyat. Perhatikan juga bilangan undi yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.



Dalam pilihanraya umum berkenaan, BN dapat 139 kerusi parlimen dan hilang 58 kerusi.

UMNO pula hilang 30 kerusi dan cuma dapat 78 kerusi. MCA, MIC, Gerakan, semuanya mendapat kekalahan memalukan.

Ironinya, ada anda dengar orang BN berkata pilihanraya umum ini tidak bersih? Ada anda lihat orang BN berdemontrasi di negeri yang dirampas oleh Pakatan Rakyat? Ada orang BN menuduh Pakatan Rakyat menang melalui pilihanraya tidak adil dan tidak bebas?




Lihat imej di atas. Pakatan Rakyat menang 83 kerusi dan mendapat undi sebanyak 3.7 juta.

Sebelum Pilihanraya Umum 12, PKR hanya ada satu kerusi iaitu di Permatang Pauh. Sekarang, mereka berjaya tambah 30 lagi kerusi menjadi 31.

DAP dan lembunya iaitu PAS menambah penguasaan dengan masing-masing menambah 16 kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi Pakatan adalah 83. Meningkat sebanyak 62 kerusi sebelum pilihanraya sebelumnya.

Ironinya Pakatan Rakyat masih berkata pilihanraya tidak adil dan bersih.

Bengong punya BERSHIT, kami sebagai rakyat tak tahu tang mana yang tidak adilnya?

BERSHIT mahu menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia




Puak-puak bullshit menggunakan BERSHIT untuk gulingkan kerajaan.

BERSHIT menyalak tak tentu hala kononnya 'pilihanraya di Malaysia tidak adil' sebagai alasan untuk turun ke jalan raya menentang kerajaan.

" Bagi saya walau apa pun alasan mereka, matlamat akhir mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan. Ketika demonstrasi jalanan 1998, matlamat kami ketika itu adalah untuk menggulingkan kerajaan.

Saya masih ingat lagi kata-kata Anwar, ketika beliau memarahi saya atas penggunaan ayat “menggulingkan kerajaan”. Beliau menyatakan jangan sebut menggulingkan kerajaan kerana ia adalah agenda tersirat.

Beliau nak saya nyatakan isu lain seperti pilihan raya lebih adil, memperjuangkan keadilan dan sebagainya. Namun sebenarnya yang tersirat adalah untuk menggulingkan kerajaan. Oleh itu bagi saya tujuan Bersih bukan membersihkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi mempunyai agenda tersirat mahu menggulingkan kerajaan. - Mohamad Ezam Mohd Nor, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK).




Saturday, June 25, 2011

Betul ke dia ni 'Pakar' Perlembagaan Malaysia?

Apabila seseorang itu memberi kenyataan songsang mengenai Perlembagaan Malaysia, maka dia akan dilabel sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

Apabila seseorang itu mengatakan pihak berkuasa tidak memahami Perlembagaan, maka dia akan diangkat sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

Dan apabila wujud lompong dalam Perlembagaan dan boleh diekspoitasi maksudnya, maka dia juga akan diberikan taraf 'Pakar Perlembagaan'.

Itulah realiti yang berlaku.


Kami sudah sedar sejak dari dulu lagi. Kami pun baca portal berita berkenaan. Ada artikel di sana kami ambil sebagai rujukan.

Dalam banyak-banyak artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, kami amat tertarik jika ianya berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Individu yang diwawancara tidak lain dan tidak bukan, Aziz Bari dari UIA. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali.

Aziz Bari memang sedap bila bercakap mengenai Perlembagaan. Ironinya, apa yang dikata boleh kita anggap sebagai songsang dan berhaluan kiri. Rata-rata menyebelahi 'tuannya'. Sebab itulah Malaysiakini suka dan menggelarnya sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

Kami cuba cari maklumat mengenai gelaran 'Pakar Perlembagaan' di Malaysia. Pihak mana bertanggungjawab telah memberikan anugerah tersebut secara rasmi? Tiada !


Siapa yang pernah dapat? Pun tiada !

Paling best, bila kami search 'pakar perlembagaan' di google image, majoriti gambar yang keluar adalah Aziz Bari. Tak ke pelik?


Friday, June 24, 2011

Minit 3:37 - "Hari-hari main belakang boring gak"..wakaka!!

Korang layanlah video ni. Ajak member2 opis tengok sekali. Lepas tu boleh gelak ramai-ramai. Hehe..




Kredit untuk 1peluru.blogspot.com

Thursday, June 23, 2011

A. Samad Said: Dari anti-PPSMI ke BERSHIT

Sudah tidak menjadi rahsia lagi wahai Sasterawan Negara.
Sekilas ikan di air, mana satu yang jantan dan mana satu yang betina.
Kami sudah faham dan tahu di mana pendirian kamu.



Bermula dengan anti-PPSMI dan kini perhimpunan jijik bernama BERSHIT, maka ia lebih mengukuhkan tanggapan kami kepada kamu.




Sebenarnya, kami tidak terlalu mempertikaikan penglibatan seorang Sasterawan Negara dalam anti-PPSMI. Ya lah..bahasa melayu itu dalam ruang bidang lingkupnya.

Tapi, jika seorang Sasterawan Negara turut membullshitkan diri dalam perhimpunan BERSHIT, itu sudah lain jadinya.

Maaflah. Kami tak pandang kamu sebagai hero, tapi kamu melihat kamu sebagai kuda tunggangan Ambiga.


Wednesday, June 22, 2011

Foto malam ini : BERSHIT dibakar!

Katakan TIDAK pada BERSHIT !

Undian BER-SHIT berjumlah 1,327,139 adalah tipu, dusta dan bohong ?

Bangga tak terhingga puak BER-SHIT bila lihat keputusan undian di laman portal The Star Online. Jumlah undian yang diterima adalah 1,327,139. Yang sokong BER-SHIT pula hampir 99%. Biar betul!



Portal Malaysiakini berasa amat teruja dengan keputusan berkenaan lantas keluarkan berita 'luar biasa' ini, kononya BER-SHIT dapat sokongan tidak berbelah bagi oleh rakyat.



Hari ini, pihak The Star Online buat siasatan. Adakah benar undian tersebut?

Keputusannya amat tidak dijangka, rupa-rupanya jumlah undian itu adalah tipu, dusta dan bohong! Dipercayai hampir satu juta undian datang dari satu IP yang sama !

kah kah kah kah kah !
kah kah kah kah kah !
kah kah kah kah kah !

Jom baca kenyataan The Star Online.

1.
Dalam masa kurang daripada satu hari, pengundian tersebut menarik lebih daripada satu juta undian yang menyebabkan pihak The Star Online mengesyaki bahawa keputusan sedang dimanipulasi. Sedangkan, pengundian terdahulu hanya menarik purata tidak lebih daripada 30,000 jawapan selama beberapa hari.

2.
Jumlah pelawat unik ke The Star Online adalah kira-kira 400,000 setiap hari, maka ia menambah syak wasangka pihak The Star Online bahawa terdapat manipulasi.

3.
Pemeriksaan awal log laman web menunjukkan kira-kira sejuta undian ke laman pengundian daripada hanya satu alamat IP.

4.
Bertindak atas kepercayaan bahawa keputusan pengundian telah dicemari, pihak The Star Online telah membuat keputusan untuk menutup pengundian sebelum tengah hari Selasa.

Tuesday, June 21, 2011

Adakah ini bukan menghasut?


Boleh jadi gila dibuatnya bila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini mengenai Ibrahim Ali.

Malaysiakini dan Majlis Peguam tuduh Ibrahim Ali sebagai menghasut. Apa yang menghasutnya?

Bagaimana pula dengan kenyataan Lim Kit Siang? Adakah ini tidak menghasut?

"Lim Kit Siang warned Umno to beware of a Malaysian version of the Tahrir Square revolution as witnessed in Egypt." Baca SINI.


Perhimpunan HARAM : Cegah sebelum parah


Satu kumpulan besar sedang melakukan demonstrasi di tengah ibu kota. Kononya ia adalah perhimpunan aman yang membawa suara rakyat.

Pihak berkuasa cuba sedaya upaya mengawal keadaan. Namun disebabkan peserta demo yang terlalu ramai, maka usaha pihak berkuasa totally gagal.

Provokasi melampau telah mengundang kemarahan. Demonstrasi kini bertukar menjadi rusuhan. Semuanya sudah di luar kawalan.


Tiba-tiba bunyi senjata dan letupan bom kedengaran. Keadaan yang kelam kabut menjadi hiruk pikuk. Kelihatan mayat bergelimpangan di atas jalan.

Penganjur demo tuduh pihak berkuasa lakukan kekerasan dan bertindak zalim. Pihak berkuasa kata bukan kami yang lakukan.

Penganjur demo tak puas hati. Lalu mereka kerah seluruh anggota untuk lakukan rusuhan. Ibu kota semakin huru hara......




Tangan-tangan ghaib tersenyum gembira. Umpan sudah mengena. Ketika ini, baru ramai yang sedar dari lena. Namun, segalanya sudah terlambat. Apa boleh buat..padan muka kita.


Wednesday, June 15, 2011

Itu hari RM100juta, hari ni RM1.8juta. Senang giler jadi pembangkang.


Senang sungguh jadi pembangkang di Malaysia. Mereka petik sejumlah angka kemudian persoal tindakan kerajaan. Malaysiakini pula jadi tukang karut. Mantop !

Pertama, isu mengenai RM100 juta untuk penganjuran Hari Seniman. Lim Guan Eng petik berita dari Bernama kemudian terus mengecam kerajaan tanpa usul periksa. Main taram saja. Malaysiakini letak tajuk gila dalam portal "Bajet 1/2 tahun dihabiskan dalam satu hari". Walhal, KPKK menjelaskan Rm100 juta adalah untuk Dana Industri Kreatif dan perbelanjaan Hari Seniman 2011 tak sampai RM100,000.


Pembangkang yang suka serkap jarang layak dipanggil badut politik.

Kedua, isu laman facebook Keme
nterian Pelancongan. Anthony Loke (DAP) kata kerajaan habiskan RM1.8 juta untuk akaun facebook sedangkan ia boleh dibuat secara percuma. Malaysiakini letak tajuk berita macam sawan babi "RM1.8juta..untuk laman facebook?".

Kami tak bodoh macam Anthony Loke. Kerajaan pun tak bodoh macam Anthony Loke. Budak sekolah pun tahu akaun facebook itu percuma. Buat apa kerajaan terhegeh-hegeh bayar RM1.8juta unntuk benda yang percuma. Apalah bodoh sangat?

Menteri Pelancongan dah beri jawapan balas pada Anthony Loke. RM1.8 juta bukan hanya setakat klik button 'sign up' akaun facebook, kemudian letak profile gambar, update status dan lain-lain. Ia lebih dari itu. Cari maklumat,penilaian, kumpul data, pembangunan kandungan, siaran iklan dalam laman Google dan Facebook. Itulah kerja yang perlu dibayar dengan amaun RM1.8 juta. Ingat murah?

Kalau Anthony Loke boleh buat secara sukarela dan percuma,
be my guest!

Tuesday, June 14, 2011

BERSIH nak bersih apa lagi?



Kami faham tujuan sebenar perhimpunan Bersih. Ia tidak lebih dari sekadar alat kosmetik untuk cover masalah peribadi pemimpin dan krisis dalaman parti.

Mereka guna nama BERSIH. Tapi sebenarnya amat kotor dan jijik. Semua benda mereka nak disalahkan. Sistem, kerajaan, peraturan. Semuanya salah belaka. Habis, apa yang betul?

1. Pada PRU 12, Pakatan Rakyat berjaya tawan 4 negeri di Semenanjung Malaysia.

2. PAS berjaya kekalkan pemerintahan di Kelantan sejak pilihanraya umum tahun 1990.

3. Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan undi popular BN pada PRU12 dengan begitu drastik.

4. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN pada pilihanraya kecil tahun 2009. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memperolehi 32,833 undi untuk menewaskan calon UMNO yang mendapat 30,552 undi.

5. Wan Azizah letak jawatan ahli parlimen Permatang Pauh. Kemudian, dia beri jalan kepada Anugerah Syaitan Nirrojim untuk bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Walaupun diberi saingan sengit, PKR tetap menang bergaya dengan menewaskan calon UMNO, Arif Shah Omar. Ironinya, kemenangan PKR itu disambut dengan majoriti lebih besar iaitu 15,671 undi berbanding 13,338 undi pada tahun 2008.

6. Pakatan Rakyat berjaya runtuhkan tembok BN dalam pilihanraya kecil Sibu. Calon DAP, Wong Ho Leng menang dengan majoriti 398.

7. Pakatan Rakyat berjaya memenangi 16 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak. DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1.

Tuan-tuan, buka mata luas-luas. Lihat dan fahamilah tindak tanduk BERSIH. Tengok apa yang mereka telah capai dalam PRU12. Adakah sistem pilihanraya yang sedia ada ini kotor?

Percayalah. BERSIH hanya alasan karut untuk orang yang terdesak.


Monday, June 13, 2011

Budaya bawa masuk bendera parti politik dalam stadium bola


Rupanya ada juga penyokong bola yang alami krisis identiti.
Mereka datang stadium nak nonton bola tapi bawa bendera parti politik.
Apa kes?


Bila kita bagi nasihat, marah! Mereka kata ini hak masing-masing dan demokrasi. "Suka hati bapak akulah nak bawa bendera parti masuk stadium! "




P/s - entah-entah, jamban kat rumah pun dicat dengan warna bendera politik.

Saturday, June 11, 2011

Perhimpunan BERSIH adalah perhimpunan paling kotor dan jijik



Adakah perhimpunan BERSIH itu satu gerakan subversif?

Subversif Menurut Perlembagaan Persekutuan


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANPART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan-

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya, maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

Friday, June 10, 2011

BERITA TERKINI : Utusan Online sudah pulih

Terkini : Kami mendapati portal Utusan Online sudah kembali pulih. Tiada lagi masalah untuk memasuki portal tersebut. Harap maklum. Klik SINI.


---------------------------------------------------------------------
Posting Asal :

Ini berita terbaru yang kami terima. Diperolehi daripada twetter
wartawan Agenda Daily.

" Laman web utusan, kosmo dan yang sama server dengannya tak dapat diakses sebab kena serangan DDOS sejak semalam. Perang siber. "


Harap maklum.




Posting Asal :

Kami mendapati portal Utusan Online dan Kosmo Online agak sukar untuk dilayari sejak dari hari semalam. Tak smooth seperti biasa. Ia mengambil masa yang lama untuk keluar paparan. Adakah ianya serangan virus? Atau kena hacked?

Kami ingin bertanya, adakah anda juga mengalami masalah yang sama?
Sehingga kini, pihak Utusan Online masih belum keluarkan apa-apa kenyataan.

Mesej dari RTM


KEPADA SEMUA PEMINAT BOLASEPAK TANAHAIR,

NANTIKAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011

ANTARA KELANTAN DENGAN TERENGGANU

SABTU INI (11 JUN 2011), JAM 8.30MALAM

SIARAN SECARA LANGSUNG SEMESTINYA DI TV1