Thursday, December 30, 2010

Video : Jakarta ditakluki Harimau Malaya !!



Terima kasih pasukan Harimau Malaya. Anda mencipta sejarah baru bolasepak negara. Anda adalah fenomena.

Wednesday, December 29, 2010

Indonesia boleh menang jika minum 'air ajaib'?? Hahahaha


JAKARTA, KOMPAS.com - Dengan berjalan terpincang, Marzuib (94) datang jauh dari Depok ke Stadion Gelora Bung Karno (SUGBK). Tujuan kedatangannya hanya satu yakni ingin menyerahkan sebotol air "ajaib" bagi skuad tim nasional Indonesia yang akan berlaga melawan Malaysia, Rabu (29/12/2010) malam nanti. "Pa saya ingin ketemu timnas. Saya ingin menyerahkan sebotol air ini kepada mereka," kata Marzuib sambil menunjukkan air "ajaib" tersebut kepada polisi yang kebetulan berjaga di kantor PSSI.

Marzuib menjelaskan, air yang dibawanya bukan sembarang air. Air yang berasal dari sumur sakti sumur banyumuda, menurut Marzuib, memiliki khasiat yang bisa membuat pasukan "Garuda" menang pada pertandingan nanti.

"Saya enggak ingin Indonesia kalah. Makanya, saya membawa air ini. Air tinggal dioleskan dan kaki mereka akan kuat. Potong kuping saya kalau enggak bermanfaat. Saya jamin menang," ungkapnya.

Khasiat air ini, kata Marzuib, jangan diragukan. Menurutnya, banyak orang termasuk artis sudah merasakan khasiatnya. "Kerjaan saya hanya menunggu sumur itu. Inul aja pernah ke tempat saya. Memang dia kaya dari mana?" klaim Marzuib yang mengaku tinggal Tanggulan.

Sayangnya, perjuangan Marzuib harus sia-sia setelah gagal menemui Firman Utina dan kawan-kawan. "Ya, kalau begini mending saya pulang saja. Dibeli Rp 50.000 pun saya enggak bakal melepas air ini," tutup Marzuib.

Nasionalis1982: Semalam kita gelak guling-guling dengar cerita artis Indon nak pakai coli laser, hari ni timbul pulak cerita air ajaib..hahahahaha..jom sambung gelak..hahaha

Tuesday, December 21, 2010

RTM siar perlawanan akhir Piala Suzuki

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Ahad ini.

RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan itu sama ada menerusi saluran TV1 atau TV2 yang terletak di bawah stesen tersebut.

Menurut Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, siaran langsung itu diadakan berdasarkan permintaan ramai peminat bola sepak tanah air biarpun ia turut disiarkan melalui sebuah stesen TV berbayar.

“Ya, perlawanan akhir itu akan disiarkan secara langsung di RTM. Kita tahu ia mendapat perhatian umum dan bukan perlawanan biasa,” katanya pada sidang akhbar di Istana Budaya (IB) di sini hari ini. - Utusan

Nasionalis1982: Persoalan terjawab. RTM akan siarkan secara langsung perlawanan tersebut. Apa-apa pun kita boleh ucap terima kasih pada RTM.

Jangan biarkan sejarah hitam 2005 berulang di Bukit Jalil



Siapa berada di stadium ketika itu pasti ingat..betapa pahitnya kekalahan di bumi sendiri. Kita menang di Jakarta 2-1 tapi tewas pula 1-4 di Bukit Jalil.

Final AFF Suzuki Cup : Adakah RTM ambil peduli suara rakyat?

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta supaya menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan menyaksikan Malaysia menentang Indonesia, hujung minggu ini.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafli dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air masih mengharapkan penyiaran penuh oleh RTM.

Kata beliau, kementerian perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan rakyat tidak berasa kecewa seperti mana yang dialami mereka ketika gagal menyaksikan aksi penuh skuad negara pada peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

"Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dan berkongsi kegembiraan dengan skuad bola sepak negara yang hari ini telah membuktikan peningkatan prestasi mereka," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Mohd. Razlan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonton lintas langsung di skrin besar di Bukit Bintang beberapa hari lalu juga membuktikan sokongan beliau terhadap sukan tanah air.

"Oleh itu, kita juga mahukan pihak tertentu di kementerian juga dapat merasai kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan," katanya.

Pada aksi separuh akhir lalu, siaran langsung hanya bermula kira-kira 30 minit selepas permainan berlangsung dan ia menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat.

"Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada RTM jika boleh menyiarkan keseluruhan perlawanan akhir nanti," tegas beliau lagi.

Nasionalis1982: Kepada yang melanggan Astro, mereka boleh menonton Astro Starsport. Tapi ulasan diberikan dalam bahasa inggeris. Tak syok. Lagi best tengok RTM. Ulasan pun dalam bahasa melayu. Sehingga saat ini, KPKK dan RTM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai waktu siaran langsung perlawanan akhir AFF Suzuki Cup. Rakyat terus menanti.


Monday, December 20, 2010

Perhatian !! Parking amat TERHAD di Bukit Jalil pada 26 Disember.




Kebetulan pula. Pada 26 Disember ini berlangsung dua event besar di Stadium Bukit Jalil.

Pertama, perlawanan akhir bolasepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia. Dijangka tiket akan sold out. Lebih 90,000 penyokong bolasepak akan bertumpu di stadium.

Kedua, konsert Rock The World 10. Ia akan diadakan di perkarangan stadium Bukit Jalil iaitu di Car Park A pada hari yang sama.


Jadi...macam mana dengan ruang parking? Ahhh...sudahhh. Kalau lambat sampai stadium, pasti pening nak cari tempat letak kereta.

Pihak berwajib tolong ambil perhatian segera.

Luahan hati peminat bola kepada RTM dan Rais Yatim

DUA aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 menemukan Malaysia dan Vietnam pada Rabu lalu dan kelmarin menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya menyiarkan siaran langsung bermula daripada minit ke-30 permainan.

Ini kerana, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tetap mahu menyiarkan Berita Nasional dari pukul 8 malam hingga 8.30 malam sebelum memberi laluan kepada siaran langsung sedangkan sepak mula perlawanan adalah pada pukul 8 malam.

Kini dilema yang sama melanda peminat-peminat bola sepak tempatan apabila aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini turut akan bermula pukul 8 malam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, tiada alasan sebenarnya yang boleh diberikan pihak terbabit untuk tidak membenarkan siaran langsung aksi final itu dimulakan pada pukul 8 malam.

"Semua rakyat Malaysia begitu menantikan aksi final tersebut. Saya pasti, permintaan atau gesaan supaya RTM menyiarkan siaran langsung bermula 8 malam akan berterusan selagi pihak terlibat tidak memberi jaminan.

"Kami akan berusaha untuk mencari juga jalan supaya siaran langsung di RTM tetap akan bermula 8 malam dan bukannya 8.30 malam seperti dua perlawanan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia di Putrajaya petang semalam.

Justeru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim diharap dapat bertolak ansur dalam hal ini dan membuat pengumuman dalam masa terdekat untuk menamatkan keresahan para peminat bola sepak di negara ini. - Kosmo

Saturday, December 18, 2010

Selamat berjaya Harimau Malaya

Selamat berjuang Harimau Malaya.

Doa dan harapan mengiringi perjuangan anda di Vietnam.


Monday, December 13, 2010

Pendedahan WIKILEAKS bawa rahmat kepada ANWAR?


Adakah ini peluang terbaik untuk tunda-tunda-tunda-tunda kes? Baca berita di bawah.

-----------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim on Monday moved to stem the impact on his sodomy trial of US cables released by WikiLeaks claiming he had sex with a male aide in a honey trap set by enemies.

Anwar's lawyer Sankara Nair told AFP he will file a complaint with the court hearing Anwar's sodomy case over articles in the local media which could affect the former deputy premier's ongoing trial.

Most newspapers in the country carried the allegations on their front page with influential Malay daily Utusan running a headline stating: 'Singapore spy agency verifies sodomy act'.

'Clearly it's a case of sub-judice, it's hearsay and conjecture, intelligence reports are not based on facts generally, they are based on rumours and I have served in the security services before so I know that the last thing you do is to trust such a report,' said Mr Nair.

'The judge must call up the newspapers and ask them to explain why they wrote the piece and to show their proof. If they can't do this then they will be cited for contempt,' he added.

'If this is not sinister then it is totally unethical reporting. I have advised my client to file a lawsuit against these papers as well.' -- AFP

Pendedahan WIKILEAKS : Anwar makin serabut

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa, Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sekarang.

Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat. Selanjutnya, BACA SINI.

Nasionalis1982 : Jaga-jaga..nanti orang itu akan berlari-lari anak menuju ke Kedutaan Turki. hehe

Wednesday, December 8, 2010

Jom Baca : Rahsia carian Google

HAMPIR setiap saat setiap individu di negara menggunakan agen carian bagi mencari pelbagai maklumat di laman web. Terdapat pelbagai laman carian di Internet yang biasa digunakan seperti AltaVista, InfoSeek, Google, Yahoo dan Lycos sekadar menyebut beberapa nama.

Bagaimanapun enjin carian yang popular, Google dan Yahoo mendapat tempat di kalangan pengguna Internet. Diberitakan bahawa agen carian Google mempunyai banyak kelebihan jika kita tahu membongkar 'rahsianya'.

"Selalunya pengguna mengambil masa yang lama untuk mencari sesuatu maklumat di dalam Internet.

Pengguna boleh menggunakan enjin carian Google dengan mudah dengan menaip pembuka dan penutup kata "..." bagi mencari satu perkataan. Ini dapat mengurangkan masa untuk mencari bahan di dalam Internet.

Bagi mencari dua perkara berlainan, pengguna boleh menaip "..." "..." misalnya bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat. - Utusan

Rumah DS Khir Toyo bawa nasib malang?


SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang? Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nasionalis1982: Dalam kes DS Khir Toyo, penjual membeli dengan harga RM6.5 juta kemudian menjualkannya kepada beliau dengan harga RM3.5 juta. Adakah kerana kedudukan dan lokasi rumah tersebut menjadi salah satu sebab kenapa harganya boleh jatuh mendadak? Baca sini dan sini.

Sebagai orang islam, kepercayaan bahawa lokasi rumah boleh membawa nasib malang adalah amalan khurafat.Sekian.


Tuesday, December 7, 2010

Masjid Negara Menangis : Rakyat mengkritik penganjur demo air

Ahli Parlimen Shah Alam amat berbangga dengan penganjuran demo air yang dilakukan di perkarangan Masjid Negara. Kononya ia memperjuangkan hak rakyat Selangor. Beliau kemudian telah upload beberapa keping gambar untuk tatapan rakyat. Malangnya, bukan pujian yang tinggi menggunung diterima tapi persoalan dan kritikan pula telah dibangkitkan oleh rakyat. Saya telah petik beberapa komen di blog beliau:

Anonymous said...

yb khalid samad saya raayat kedah ,,,apa kah kedah patut mengikut cara selangor,,,,,,,kalau yb nak buat beri tahu dlm akbar kami raayat kedah sejahtera menunggu ketibaan yb,,,,,jgan buat tak nampak kami raayat kedah,,,,saya terkuak naik nak pitan nak marah pasal air kedah,,,,kalu umno kedah macam org2 yb,,,tak tahu lah apa akan jadi,,politik yg yb lakukan tiada keadilan,,,mengapa selangor saja bagaimana kedah,,,,kedah air sudah dikedong tapi dilepaskan,,tapi selangor bermati2an ingin mengambil nya,,,apa kah garangan politik bagini,,,,,,fikir2 lah

sek 19 said...

Demonstrasi dah tk cam dulu lg...dulu lebih 3 ribu org..tp skrg..??..aku pun da pencen buat benda2 camni..kau trus kan lah khalid..
jgn tgok ttg isu air je sb ko bmusuh dgn syabas...cubalah arahkan kontraktor2 PR perbaiki infrastruktur trutama jalan2 yg blubang2 skitar shaha alam ni..dan mcm lg di daerah2 lain..BN dan PR sama jer...

Tapi kali ni aku nak try pangkah BN..harap mreka2 ni dah brubah..tp kalau tak berubah jugak..aku pangkah pmbangkang lah pulak..bgitulah sterusnya shingga malaysia mempunyai kerajaan mmbri keutamaan pada rakyat..dan anak cucu aku terjamin diatas tanah melayu ini..

wassalam


Anonymous said...

Apa faedahnya kerajaan selangor bagi air free 20m3 sedangkan ada rakyat yg tidak dapat merasa.

kenapa perlu turun ke jalan sedangkan kerajaan selangor boleh bincang dgn syabas & kerajaan persekutuan.

apa salah syabas sedangkan kerajaan negeri ada saham di dalamnya?

37% naik tiada salah kalau perkhidmatan yg diberikan adalah A.

Siapa sebenarnya yg marah kenaikan 37% ini?

Rakyat? tokey kilang? tokey kedai basuh kereta? tokey restoren?

berapa peratus yg akan terasa kenaikan ini?

satu lagi, kenapa teressa cock beria-ia nak naik atas masjid sedangkan umat islam nak solat? tidakkah namanya itu kurang ajar & tak tau menghormati agama islam?

berikan kami jawapannya YB bukan politik murahan sebegini.

Sesungguhnya, saya amat tidak bersetuju dgn demonstrasi jalanan ini. ini adalah cara anwar ibrahim semasa zaman universitinya & zaman reformasinya.

zaman sekarang nak masuk 2011. sorry YB, pendekatan pas dah lapuk.

Kalau anda mahu tambah cili kasi panas di blog beliau, KLIK SINI.

Monday, December 6, 2010

Antara Khir Toyo dan Anwar Ibrahim

Saya tidak mahu mengulas mengenai kes rasuah yang sedang dihadapi oleh DS Khir Toyo. Biarlah beliau membela diri di mahkamah. Jika dia salah, maka hukum akan jatuh ke atasnya. Jika dia benar, maka dia akan bebas. Tiada slogan 'wa halalku, wa harammu'. Salah tetap salah.

Apa yang saya ingin sebut di sini adalah sikap DS Khir Toyo dalam menghadapi kes rasuah yang dihadapinya sekarang. Betapa berbedanya antara beliau dan DS Anwar Ibrahim yang sedang mengadapi kes liwat.


(Gambar ehsan Malaysiakini)

DS Khir Toyo dengan gentlemannya telah melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang negeri Selangor. Beliau dengan rela menyerahkan kepada parti dalam menentukan nasibnya.
Malah, beliau amat berharap perbicaraan kes rasuah yang dihadapi beliau dapat dijalankan secepat mungkin. Tiada tangguh-tangguh. Tiada tunda-tunda.

DS Anwar bagaimana? Nak harapkan beliau letak jawatan sebagai ketua pembangkang? Dan selesaikan kes liwat secepat mungkin? Ahhh..mungkin jauh panggang dari api...

Masjid Negara Menangis : Kemuliaannya dicemari !!


Sebelum jejak kaki ke lantai masjid, kita basuh kaki dulu bagi bersih. Kasut pula kita simpan elok-elok di tempat yang disediakan. Tapi apa yang pendemo air buat? Selamba saja pijak lantai kita dengan kasut.

MB bodoh..penganjur bodoh...pengikut pun ikut sama bodoh.






Nasionalis1982 : Video dan gambar ehsan daripada Minaq-jinggo (Klik sini)

Sunday, December 5, 2010

Harga Petrol : Ismail Sabri "menjangkakan tiada kenaikan" tapi...


Saya tak marah kalau kerajaan naikkan harga petrol. Saya tahu kerajaan ada adalah alasan yang munasabah untuk berbuat demikian. Mujurlah harga minyak RON95 yang dinaikkan cuma RM0.05 sen seliter. Bukannya RM0.50 atau RM0.70 seliter.

Siapa yang rasa marah sangat dengan kerajaan, marahlah. Kalau nak tukar kerajaan kerana kenaikan harga minyak, terpulang. Pilihanraya akan datang, kuasa dan undi di tangan anda. Dah banyak kerajaan di negara lain roboh akibat keputusan menaikkan harga keperluan rakyat terutamanya petrol.

Walaupun saya 'tak marah sangat' bila kerajaan naikkan harga minyak RON95, tapi dalam hati ni terimpan rasa meluat dan menyampah. Kerana apa? Kerana saya rasa tertipu dengan kenyataan seorang pak menteri bernama DS Ismail Sabri.

Ketika kerajaan menaikkan harga petrol RON97 pada 1hb Disember 2010, beliau berkata...

"Rakyat tidak perlu rasa panik kerana lebih 90% penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON95 selain menjangkakakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini"

Pak menteri menyebut TIDAK ADA KENAIKAN SEHINGGA PENHUJUNG TAHUN INI yakni pada tahun 2010. Rakyat punyalah lega dan gembira. Tup tup..pada 3hb Disember, kelegaan rakyat diragut. RON95 naik RM0.05 kepada RM1.90 seliter. Terus rakyat jadi bingung dan terpinga-pinga. Aikkk...apa ni??? Hari tu cakap lain.

Tidak mengapalah. Nak menyampah lebih pun dah tak guna. Keputusan dah dibuat.

Lagi satu saya nak minta tolong pada pak menteri. Kalau nak buat sesuatu pengumuman kepada rakyat, tolonglah jangan guna perkataan MENJANGKAKAN. Ia beri maksud yang tak pasti. 50-50 chances. Alih-alih sekarang ni, rakyat dah tak boleh percaya sangat cakap menteri.

Percayalah..setiap patah ayat yang terucap dari mulut seorang menteri memberi harapan yang besar kepada rakyat seperti saya. Belajarlah dari kesilapan lalu.

Terlajak perahu boleh diundur, walaupun perahu itu tiada gear gostan. Tapi jika terlajak kata buruk padahnya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Saturday, December 4, 2010

Pengguna RON97 dan RON95 saling kutuk mengutuk

Ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol Ron97, ada yang tepuk dahi dan ada juga yang urut dada.

Yang tepuk dahi tu adalah mereka yang menggunakan Ron97. Tidak dapat tidak mereka terpaksa bayar lebih.

Yang urut dada pula adalah sebab mereka lega. Lega kerana mereka hanya menggunaankan Ron95. Langsung dah tak guna ron97 . Maklumlah, RON95 kan lebih murah dan ekonomi.

Pengguna Ron95 kata pada penguna Ron97 "nahhh itulah. siapa suruh pakai kereta mahal-mahal. Terpaksa la kamu tangung kos kenaikan minyak Ron97. Minyak mahal untuk kereta mahal. Memang sesuai sangat"

Tapi itu pada 3hb Disember lalu. Hari ni lain pula ceritanya. Kerajaan umumkan harga Ron95 naik 5 sen kepada RM1.90 seliter.

Sekarang giliran pengguna Ron97 pula berkata pada pengguna Ron95, "hahahaha..padan muka. Petrol kamu juga naik harga. Rasakan !"

Thursday, December 2, 2010

Kelantan bakal dapat MB baru ???


Nik aziz cakap dia sudah ready untuk terima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan persekutuan.

Nik Aziz...Nik Aziz...

Kalau setakat cakap kosong, saya pun boleh. Budak tadika pun boleh.

Kita tak perlu pergi jauh sehingga ke Putrajaya. Tak perlu cakap sehingga jawatan TPM. Apa kata Nik Aziz buktikan kata-kata dia terlebih dahulu. Cukuplah sekadar jawatan di dalam kerajaan negeri Kelantan itu sendiri.

Saya cadangkan kepada Nik Aziz agar dalam pilihanraya akan datang, tawarkan satu kerusi DUN dalam negeri Kelantan kepada Lim Kit Siang untuk bertanding. Kalau Nik Aziz bermurah hati, bagi saja kerusi DUN Chempaka yang disandang oleh beliau tu.

Jika Lim Kit Siang menang, jangan tunggu lama-lama. Sebelum ayam peliharaan Nik Aziz berkokok pada waktu subuh, terus saja lantik Lim Kit Siang sebagai Menteri Besar Kelantan.

Oh ya..perlantikan Lim Kit Siang tidak pun bercanggah pun dengan syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam. Tak pun menyebut Nik Aziz adalah MB Kelantan selagi ada bulan dan bintang. Siapa-siapa pun boleh. Inikan demokrasi. Take beer !!

Ini kali, baru lah orang lain akan respect sama Nik Aziz. Bukan hanya cakap kosong dan omong kosong.

Apa macam...Lim Kit Siang sebagai MB Kelantan ?? Mau ka ??

Kekalahan Malaysia : Ia pahit seperti hempedu



Jika anda menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia malam tadi, pasti anda akan rasa apa yang saya rasa. Sungguh mengecewakan. Maruah kita begitu mudah dicarik-carik di bumi Indonesia.

Kita nak salahkan siapa? Salahkan padang? Salahkan penonton? Salahkan takdir kerana ramai pemain utama cedera?

Saya tak perlu menjadi jurulatih profesional untuk mengkritik corak permainan dan taktikal bolasepak Malaysia. 3 gol yang diperolehi oleh pasukan Indonesia amat mudah. Pertahanan kita buat kesilapan bodoh. Senang sangat hilang bola bila diberi tekanan. Bila pemain Indonesia datang menghampiri, pemain pertahanan nampak kalut dan gelabah nak control bola. Akhirnya bola terlepas begitu saja dan pemain Indonesia dapat mengambil kesempatan untuk buat serangan balas dan menjaringkan gol.

Kita dah kalah dengan Indonesia. Menanti di hadapan adalah Thailand dan Laos. Pilihan yang ada sekarang adalah menang kedua-dua perlawanan atau bakal pulang awal. Bersedialah dengan kritikan peminat, pemerhati dan media.

Wednesday, December 1, 2010

Jom tukar gambar profile anda di facebook kepada logo dan bendera Malaysia



Petang ini tepat jam 6.30 petang, negara kita Malaysia akan turun ke padang bertemu team Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Doa dan harapan akan mengiringi perjuangan pasukan bolasepak kita di sana.


MALAYSIA BOLEH !!!

Gambar di atas akan diletakkan di blog ini sebagai tanda sokongan kepada pasukan bolasepak Malaysia yang akan berjuang di dalam Piala AFF Suzuki.

Jom tukar gambar profile anda di facebook kepada logo dan bendera Malaysia sebagai tanda sokongan padu kepada mereka. Kita hangatkan suasana.


Berita kurang enak pada 1 Disember 2010


Dalam hidup ini, ada 3 benda yang kita tak dapat elak.





Pertama - Kematian




Kedua - Cukai




dan yang ketiga....












turun bawah....













turun bawah....













turun lagi....



















lagi turun....













Kenaikan Harga Minyak
!!!!!





Mulai jam 12.01 tengah malam tadi, harga RON97 naik lagi. KPDNKK macam biasa...suka buat suprise kepada rakyat.

Nasiblah siapa yang pakai RON97..terpaksa menanggung kenaikan harga minyak.

Tuesday, November 30, 2010

Seloka ‘Anwar Anugerah Tuhan’


“Anwar ANUGERAH TUHAN”
KATA ISTERI YANG TAK KERUAN
KONON BERJUANG UNTUK KEADILAN
AHLI SENDIRI MEMPERTIKAIKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

PENYOKONG SETIA TURUT MENGANGGUKKAN

TERLALU OBSES DENGAN IMPIAN

PUTRAJAYA JADI IDAMAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

AMBOI BEGITU HEBATNYA PUJIAN

PARTI SENDIRI TAK KETAHUAN

INIKAN NAK PERINTAH SATU KERAJAAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

KE SANA KE MARI HEBOH SAKAN

SATU DUNIA DIA JAJAKAN

KONON ‘BN’ ZALIM DALAM PEMERINTAHAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

BANGGA SEBAGAI PEMIMPIN PAKATAN

KIT SIANG, HAJI HADI BERI LALUAN

WALAUPUN KERUSI TAK BERKECUKUPAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

GELI GELEMAN SELURUH BADAN

KES PERIBADI DIA LEWATKAN

KES ORANG LAIN DIA SIBUKKAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

PARTI KRONI DIA ASASKAN

JANGAN USIK SIORANG KANAN

KELAK TERSINGKIR MACAM SIPOLAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

SIVAJI THE BOSS JADI MAINAN

MENCATUR PEMIMPIN MASA HADAPAN

HABIS BERCELARU PARTI KEADILAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

TIMBUL PULA RASA KASIHAN

KONGRES AMK TAK DAPAT SAMBUTAN

BAGAIMANA MEMBINA PEMIMPIN LAPISAN?


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

CETUSAN NALURI ISTERI KESAYANGAN

KETUANAN MELAYU KINI DIKETEPIKAN

SEBAGAI STRATEGI MENENTU KEMENANGAN


“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

ANAK BERANAK DALAM PIMPINAN

ANGGOTA LAIN CUMA TEMPELAN

SIAPA KOMPLEN HARUS

DISINGKIRKAN


BENAR, “ANWAR ANUGERAH TUHAN”

UNTUK DI JADIKAN BATU SEMPADAN

OLEH SEMUA INSAN-INSAN

AGAR TIDAK TERSESAT JALAN

Sharudin Abdullah

Bandar Baru Bangi, Selangor.

-Forum Utusan