Wednesday, December 28, 2011

Rakyat mahu Selangor 'dibersihkan' segera



1. Rakyat Selangor mahu isu sampah yang menyebabkan negeri itu dilihat semakin kotor akibat kegagalan kontraktor melaksanakan tugas dengan berkesan diselesaikan segera secara profesional tanpa dipolitikkan.

2. Ramai sudah bosan dengan sikap menuding jari antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor mengenai masalah tersebut.

3. Rakyat mahu kerajaan negeri mengutamakan hak mereka kerana pengguna telah membayar perkhidmatan itu.

4. Kerajaan Negeri Selangor seharusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik selepas menamatkan kontrak Alam Flora yang dikatakan gagal melaksanakan tugas.

5. Tetapi apa yang berlaku keadaan semakin teruk. Mungkin kontraktor yang dilantik tidak mempunyai pengalaman melakukan kerja-kerja ini.

6. Jadual memungut sampah yang disediakan semakin menyukarkan penduduk.

7. Beberapa aduan dibuat kerana mereka memungut sampah pada awal subuh hingga tidak sempat membuang sampah, akhirnya sampah terpaksa disimpan dua hingga tiga hari sebelum tiba giliran memungut seterusnya.

8. Lori yang digunakan kontraktor baru agak daif dan tidak bersesuaian. Mereka hanya menggunakan lori kecil tiga tan dan selalu meninggalkan sisa sampah bertaburan di jalan raya.

Sumber

No comments: